Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 April 2016

PKR Tipu DAP, DAP Tipu Melayu & Penyokong Pembangkang Yang Tertipu.


Membaca laporan di portal-portal pro pembangkang tentang hari penamaan calon bagi calon-calon PRN Sarawak sememangnya melucukan.

Bukan laporan-laporan itu yang melucukan tetapi komen-komen di portal2 berkenaan yang melucukan. Jelas, ia menunjukkan betapa kecewanya penyokong2 pembangkang khususnya Pakatan Harapan. 

Jika sebelum ini pembangkang bergaduh sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat yang menyaksikan PKR dan PAS berpecah dengan teruk tetapi kali ini di dalam PH, PKR dan DAP sekali lagi bergaduh sesama sendiri meskipun tanpa penglibatan PAS. Boleh jadi PAS, PKR dan DAP sememangnya tidak serasi untuk duduk di dalam satu parti atau tidak boleh bekerjasama di antara satu sama lain.

Di PRN Sarawak menyaksikan ;


Pembangkang VS pembangkang = pembangang kuasa dua.

Ya. PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan tetapi PAS masih lagi memegang posisi sebagai pembangkang sehingga artikel ini ditulis. Belum lagi berubah menjadi sebahagian daripada parti-kerjasama BN. Tidak boleh menuduh PAS ialah BN-FRIENDLY secara dokumentasi hanya semata-mata beberapa pimpinan ternama PAS sangat suka kepada penyatuan PAS-UMNO. PAS juga tidak bodoh. Mereka tahu mereka tidak boleh bersatu dengan BN sewenang-wenangnya kerana pada saat mereka melakukan itu PAS sedar bahawa kali ini bukan dua, bukan tiga bukan juga empat sebaliknya PAS akan hancur terus jika bersatu dengan BN. Risiko yang PAS tidak akan berani ambil. Sebab itu laluannya sukar juga untuk PAS menjadi BN-FRIENDLY secara dokumentasi. Mutual mungkin tetapi ia boleh berubah berdasarkan kepada emosi dan situasi ini menjadikan validilitynya zero.

Berbalik kepada pertembungan PAS vs AMANAH. Ia adalah satu pertembungan yang tiada rugi tiada untung.

Tiada rugi kerana PAS, AMANAH belum pernah lagi mampu menambat ahti rakyat Sarawak. PAS sebelum wujudnya AMANAH gagal mendapatkan kepercayaan pengundi Sarawak untuk mengundi mereka. AMANAH selepas PAS ialah parti yang masih HIJAU dan sesungguhnya cabaran dalam pilihanraya negeri kali ini boleh dikutip sebagai menimba pengalaman. Jika ada kerugian pun ia adalah wang semata-mata. Dan wang itu pula boleh jadi hasilnya dari kutipan derma.

Walaupun tidak rugi bukan pula bermaksud pertarungan tersebut beroleh keuntungan. Pada pendapat aku impak negatif akan datang di Semenanjung kelak. Pertembungan tersebut menjarakkan hubungan PAS dan AMANAH dan akan mempengaruhi pilihanraya umum khususnya di kawasan Semenanjung.

Bagaimana dengan PKR vs DAP pula?

DAP menyatakan ;


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kecewa dengan tindakan PKR bertanding di lima kerusi yang telah diberikan kepada DAP.

Justeru, DAP memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Batu Kitang sebagai menjawab keengganan PKR mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui secara bertulis oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 7 April lepas.
“Kalau satu kerusi mungkin kita boleh maafkan, tetapi bagaimana untuk maafkan lima kerusi? Kami rasa DAP telah ditipu.
“Apa yang berlaku sejak 7 April sehingga hari ini adalah persetujuan bertulis tidak dipatuhi. Tiada kesungguhan untuk mematuhi persetujuan itu. Saya rasa tindakan itu amat mengecewakan dan ia boleh menyebabkan penyokong keliru,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Senadin hari ini.

Malam tadi, FMT dimaklumkan bahawa DAP akan mengetengahkan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa sebagai calon di Batu Kitang selepas rundingan antara kedua parti menemui jalan buntu.
Di penamaan hari ini, sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara DAP dan PKR.
(rujuk


Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertindak menukar calon mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Stakan pada saat akhir pada Hari Pencalonan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Leslie Ting Xiang Zhi, 25, tiba pada jam 9.25 pagi bagi menggantikan Aziz Isa yang sebelum ini diumumkan sebagai calon DAP di DUN tersebut.

Leslie telah diiringi pencadangnya, Tony Kilin, dan penyokongnya Edmund Damit Asong.
Bagai bola Abdul Aziz Isa diperlakukan. Sekejap di sepak ke Stakan kejap di sepak ke Batu Kitang. Kemon. Apa neh. DAP dan PKR gagal selesaikan masalah berkaitan pembahagian kerusi kenapa perlu DAP mesti mengorbankan Abdul Aziz Isa disitu?

Kejap. Kenapa mesti letak Abdul Aziz? Kan dah diumumkan dia bertanding di Stakan? Lebih sanggup DAP tukar calon Stakan dan gadai Abdul Aziz di Batu Kitang, kenapa? Kalau pun PKR nak juga bertanding disitu kenapa DAP mesti cabut Abdul Aziz dari Stakan dan pindahkan ke Batu Kitang? Tindakan tersebut membuatkan aku was-was dengan DAP. 

Ya. Memang. Betul. Calon melayu dalam DAP. Ahli melayu dalam DAP. Akan berpuluh2 kali atau mungkin beribu2 kali mengulangi bahawanya DAP bukan parti racist yang meminggirkan kaum melayu.

Tetapi, percakapan mereka tu kalau kita banding dengan tindakan DAP adalah sangat kontradiks. Tak sehaluan pun.

Cakap pongpangpongpang benda lain.
Buatnya pongpangpongpang benda lain.
Apa daa.

Kesian aku tengok Abdul Aziz. Nampak sangat DAP nak korbankan kau. Ya, kau takan nampak, feel macam tu pun sebab PERCINTAAN ITU BUTA, kan?

KAH KAH KAH

Apa pun aku salute la pada Azmin. Berjaya dia memperbodohkan DAP. Dan nampak sangat Wan Azizah tu puppet dalam PKR. Nama aje presiden tapi semua gerak kerja, arahan bahkan rasa hormat ahli berpihak kepada Azmin Ali. Dalam kenyataan terkini PKR Sarawak pula, Baru Bian dilaporkan berkata mempertahankan tindakan PKR meletakkan calon di beberapa buah kerusi sehingga menyaksikan pertembungan dengan DAP kerana DAP tidak respon kepada rundingan yang dibuat oleh PKR sampai la pada saat akhir. Ini siapa tipu siapa neh? Tak kisah la jawapan PKR tipu DAP ataupun DAP yang tipu PKR tetapi apa yang pasti kedua2nya menipu kepada media dan public dan lebih teruk penyokong2 tegar mereka pun turut sama tertipu. Kesiannnnnnn. Hah, sokong la lagi bagai nak rak. HAMBIK kau!
BTW, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kan bersama-sama Mahathir nak selamatkan Malaysiaku ini. Betul?
So, lepas neh Mahathir turun pentas PH dan kempen undi PH ke macam mana? Ke terang2 pemimpin2 PH diperbodohkan Mahathir? Sekali lagi. Kesiannnnnnnnn!
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...