Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 April 2016

MYKMU Mengumpat Mukhriz..



Bagus juga dorang bergaduh sesama sendiri. Boleh jadi modal kita nanti. 

Hihi

Sumber : MYKMU.net

Khabarnya semalam berlangsung sidang Dun Kedah yang menjadi saksi pertemuan pertama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dengan bekas penyandang jawatan itu, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimana? Seronok duduk di kerusi belakang?
Setelah beberapa bulan tidak bersua muka, akhirnya bertemu juga di Dewan Undangan Negeri Kedah. Menurut rakan-rakan di sana, banyak mata yang bertumpu pada dua Adun berkenaan semalam. Mungkin mengharapkan sesuatu berlaku antara mereka?

Apa yang menariknya ialah reaksi Ahmad Bashah yang ternyata berjiwa besar dan dikatakan terlebih dulu menyapa Mukhriz di kerusi Dun Ayer Hitam. Walaupun lebih senior, lebih Kedah dan bergelar Menteri Besar, Ahmad Bashah tetap ‘hemoi’ terhadap Mukhriz.
Penulis juga dimaklumkan oleh rakan-rakan di sana bahawa sebelum sidang Dun Kedah berlangsung, Ahmad Bashah telah melancarkan program BARAKAH, sebuah program yang menyatukan semua jenis sumbangan Kerajaan Negeri kepada rakyat Kedah yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Katanya, semua bantuan BARAKAH itu diagih-agihkan ke semua Dun tanpa mengira di kawasan pembangkang atau BN, termasuklah di Dun Ayer Hitam. Namun apa yang menjadi bahan lelucon di sana, bantuan BARAKAH yang dicetus hasil inisiatif Ahmad Bashah dikatakan ‘sengaja’ di ‘branding’ semula di kawasan Mukhriz itu.

Beg bantuan BARAKAH yang berwarna biru dan hanya menampilkan logo program berkenaan rupa-rupanya telah bertukar warna menjadi merah. Lebih menggelikan hati, ada pula imej Ketua UMNO Bahagian Jerlun ‘menempel’ di beg bantuan BARAKAH yang dihulur di kawasan itu?

Setahu penulis, Mukhriz di zaman beliau menjadi Menteri Besar, dia dikatakan jarang-jarang sekali meletakkan logo parti di mana-mana program anjuran Kerajaan BN Negeri Kedah. Selalunya hanya ada logo ‘Kedah Aman Makmur’ atau hanya imej beliau saja di ‘billboard’ di sekitar negeri itu.

Tapi selepas tidak menjadi Menteri Besar, tiba-tiba saja program di bawah Kerajaan BN Negeri Kedah itu bertukar wajah? Pada penulis, perkara itu hanyalah isu kecil sahaja. Namun begitu, ramai yang tersengih dengan gelagat Mukhriz tersebut.

Mukhriz dalam sidang Dun Kedah semalam dilaporkan ada bertanya tentang projek meganya, KXP, yang membabitkan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim. Maklumlah, dia yang umum projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar Kedah.
Memalukan, soalan Mukhriz hanya dijawab dengan satu ayat saja? Malah yang menjawab soalan itu pula hanyalah Exco? Mungkin kerana itu Mukhriz ‘bengang’ dan meminta Ahmad Bashah yang menjawab soalannya itu?

Bila dijawab KXP masih lagi dibincang dan diperhalusi, apa lagi yang Mukhriz mahu sebenarnya? Jawapan itu sudah memadai dan menandakan projek tersebut masih dalam agenda Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jika tidak, sudah tentu jawapan dari Exco terbabit ialah ‘kita dah batal dah projek tu’, bukan?

Pada pandangan penulis, Mukhriz sepatutnya bertanya tentang perkembangan projek Rubber City yang lebih penting bagi rakyat Kedah. Projek itu telah diluluskan dan dimasukkan dalam RMK ke-11 yang lalu. Malah ia melibatkan golongan penoreh yang kini dikatakan tertekan dengan harga getah yang agak rendah.

Kemudian, khabarnya Mukhriz membebel di luar dewan di depan wartawan. Boleh pula cetus spekulasi anggaran kos KXP kononnya berubah dari RM1.6 bilion kepada RM4 bilion. Lepas itu sebut pula tentang integriti dan ketelusan?

RM1.6 bilion itu hanya lapangan terbang ‘basic’ saja, bukan? Tiada tempat ketibaan dan perlepasan penumpang kerana KXP disasarkan untuk tumpuan aktiviti kargo sahaja, bukan?
Jadi, jika desas-desus yang Mukhriz dengar itu RM4 bilion, mungkin pelan asalnya telah dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa yang lebih lengkap seperti yang lain dan tidak tertumpu pada aktiviti kargo saja. Mungkin ‘alang-alang’ mahu bina, maka ia dilengkapkan supaya lebih sempurna, bukan? Kenapa Mukhriz suka menabur buruk sangka?
Jika mahu berburuk sangka, mungkin Mukhriz boleh menjelaskan tentang desas-desus Litar 1Kedah yang dikatakan asalnya hanya dianggar bernilai RM4 juta sahaja sebelum bertukar menjadi lebih dari RM70 juta. Kemudian, kenapa pula ia dikatakan berubah pula kepada lebih kurang RM30 juta.

Apa penjelasan bekas Menteri Besar tentang projek yang dikatakan di bawah kuasa Menteri Besar Incorporated (MBI) itu? Benarkah tentang dakwaan desas-desus tersebut? Mengapa dari RM4 juta ia berubah hingga menjadi puluhan juta ringgit? Ada masalah integriti dan ketelusan?

Pada pandangan penulis, jika enggan membantu Kerajaan Negeri sekalipun, tidak perlulah tunjuk perangai kebudak-budakan di sidang Dun. Mujurlah tidak tersingkap hijab dalam tempoh 2013 hingga Mac 2016. Jika disingkap, tidak mustahil ada yang keluar dewan dibuatnya…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...