Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 April 2016

Pertindihan Kerusi Dgn DAP - Ini Kronologi Kejadian Dari Sudut PKR.


Fakta dan kronologi isu PRN Sarawak.

1. Pasukan yang terlibat dengan rundingan kerusi Sarawak ialah pimpinan MPN Sarawak iaitu Baru Bian dan See Chee How serta pimpinan pusat Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr Xavier. Keputusan akhir diserahkan kepada Azmin untuk memuktamadkannya dengan Lim Guan Eng.

2. Setelah dinilai, terdapat 13 kerusi yang bertindih antara Keadilan dan DAP iaitu ;

1. Batu Kitang
2. Bukit Simuja
3. Tasik Biru
4. Mambong
5. Simanggang
6. Senadin
7. Marudi
8. Mulu
9. Layar
10. Ngemah
11. Machan
12. Murum
13. Belaga

3. Setelah rundingan, dipersetujui oleh pasukan rundingan (bersama-sama MPN Sarawak) dengan DAP untuk membuat penilaian kerusi berdasarkan penilaian ‘polling’ melalui Merdeka Centre. Apabila perkara ini dibawa ke Biro Politik, sebahagian pimpinan telah menyuarakan bangkangan terhadap kaedah polling ini.

4. Oleh kerana masa yang singkat dan kos yang tinggi, polling hanya boleh dijalankan untuk 6 kerusi iaitu Batu Kitang, Bukit Simuja, Tasik Biru, Mambong, Simanggang dan Senadin. Kerusi yang tidak dijalankan polling memerlukan rundingan.

5. Daripada 6 kerusi berkenaan, hanya kerusi Mambong yang menunjukkan populariti calon yang baik. Yang lainnya DAP lebih menerima sokongan.

6. Difahamkan keputusan polling tersebut tidak pula dimaklumkan kepada bakal-bakal calon dan grassroots di Sarawak. Mereka masih menganggap mereka layak untuk bertanding dan tindakan DAP satu tindakan untuk merebut kerusi mereka.

7. Satu lagi isu yang dibawa ialah DAP menamakan dua calon dalam polling di Batu Kitang. Oleh itu, MPN Sarawak mempertikaikan sama ada keputusan polling memberi gambaran sebenar.

8. Oleh kerana keputusan polling menyebabkan KEADILAN hilang 5 dari 6 kerusi, Sdr Saifuddin Nasution telah diminta dan diarahkan oleh parti untuk berunding semula dengan DAP bagi menyuraikan kebuntuan rundingan yg terhasil dari keputusan asal pasukan rundingan, supaya Batu Kitang diserahkan kepada Keadilan bersama beberapa kerusi yang lain. Biro Politik bersetuju supaya Batu Kitang diberikan keutamaan kerana ia kerusi pasti menang berbanding kerusi-kerusi lain.

9. Sdr Saifuddin Nasution berjaya merundingkan supaya perjanjian asal iaitu keputusan polling menentukan agihan kerusi diketepikan. Dari 11 kerusi yang belum dipersetujui pada ketika itu, mengikut kajiselidik hanya Batu Kitang yang ada potensi besar untuk menang. Kerusi-kerusi lain menunjukkan BN masih berada di hadapan.

10. Akhirnya DAP bersetuju mengenepikan persetujuan asal untuk menentukan agihan kerusi mengikut polling. Anthony Loke (wakil DAP) bersetuju supaya Batu Kitang dan 3 lagi kerusi (dari senarai 11 dirundingkan) diserahkan kepada KEADILAN, selebihnya 7 kerusi diambil DAP. Penentuan terperinci 3 kerusi Dayak kepada KEADILAN dan 7 kerusi Dayak kepada DAP bakal dimuktamadkan di peringkat tertinggi di antara Azmin Ali dan Lim Guan Eng.

11. Pada 7 April 2016, secara prinsipnya persetujuan telah dicapai antara Azmin dan Lim Guan Eng untuk 8 kerusi diserah kepada DAP dan 5 kerusi diserah kepada Keadilan (selain dari 11 kerusi yang dirundingkan, 2 kerusi yang sebelum itu telah dipersetujui iaitu Mulu dan Murum dibuka kembali)

8 kerusi DAP ialah:

- Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum

5 kerusi Keadilan ialah:

- Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga

12. Walaupun begitu, rundingan difahamkan terus dilakukan sama ada sebelum atau selepas 7 April (pertemuan Azmin dan Guan Eng), terutama untuk kerusi-kerusi yang tidak dijalankan polling iaitu Marudi, Mulu, Layar, Ngemah, Machan, Murum dan Belaga.

13. Pada 11 April 2016, Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah dimaklumkan bahawa persetujuan telah dicapai di antara KEADILAN dan DAP. Majlis Presiden seterusnya mengarahkan KEADILAN dan AMANAH pula merundingkan beberapa kerusi yang bertindih di antara mereka. Hasil dari mesyuarat ini, Dr Wan Azizah di dalam sidang media selepas itu mengumumkan bahawa rundingan kerusi bertindih telah selesai dan prinsip Satu lawan Satu dipegang.

14. Pada 15 April 2016, MPN Sarawak menolak keputusan tersebut dan mahu mengekalkan bertanding 40 kerusi walaupun bertindih dengan DAP atas sebab menggunakan kuasa veto dan autonomi.

15. Tindakan MPN Sarawak tersebut diakui dalam pengetahuan Tian Chua atas alasan untuk memastikan kestabilan dan kebersamaan Keadilan Sarawak dan bakal-bakal calon yang telah bekerja keras. Di samping itu, tindakan tersebut dianggap tindakan mengacah DAP supaya tidak merebut kerusi yang akan ditandingi oleh Keadilan. Di dalam Biro Politik tergempar malam itu, Tian Chua mengaku bertanggungjawab dan menyatakan ia strategi untuk memaksa DAP kembali membuka rundingan.

16. Tindakan ini juga memberi isyarat buat pertama kali bahawa seolah-olah Keadilan bersedia hadapi pertandingan 3-penjuru dengan DAP. Ini bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden PH.

17. Pihak DAP Sarawak kemudian memberi reaksi bahawa mereka juga bersedia hadapi 3-penjuru dengan bertanding di Batu Kitang jika Keadilan tidak berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui.

18. Watikah calon telah ditandatangani oleh Presiden untuk 37 orang calon. Setiausaha Agung telah menulis surat kepada SPR sebelum itu bahawa watikah hanya boleh ditandatangani oleh Presiden seperti peraturan dan amalan parti sebelum ini.

19. Pada hari Jumaat 22 April 2016, Dr Wan Azizah memberi mandat kepada Azmin untuk menyerahkan watikah yang telah ditandatangani oleh Presiden (sebanyak 37) dan menyelesaikan isu pertindihan kerusi dengan DAP dan pimpinan Keadilan Sarawak. Pesanan ini telah dihantar melalui whatsapp kepada Azmin.

20. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah meminta Azmin supaya kembali kepada beliau untuk urusan watikah calon. Pesanan ini dibuat melalui voicemail setelah Dr Wan Azizah gagal menghubungi Azmin.

21. Penyerahan watikah untuk 37 calon telah dilakukan oleh Azmin kepada Baru Bian pada 22 April 2016 di Kuching. Baru Bian telah memaklumkan pihak media bahawa Keadilan masih mahu bertanding di 40 kerusi dan akan terus berunding dengan DAP untuk 5 kerusi yang bertindih.

22. Oleh kerana Dr Wan Azizah tidak mendapat kemaskini petang itu, beliau menelefon Dato' Kamaruddin Jaafar yang turut berada di Kuching. Dato' Kamaruddin Jaafar memaklumkan bahawa Azmin memberi mandat kepada Baru Bian untuk mengeluarkan watikah tambahan bagi 5 kerusi.

23. Keadaan ini berlarutan hingga hari penamaan calon dan berakhir dengan pertandingan pelbagai penjuru di antara KEADILAN dan DAP.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...