Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Januari 2016

Jawapan Kelakar MB Pahang Isu Kematian Ikan & Bauksit YG Anda Mesti Tonton (Video Inside).



Ini bukan troll. Seriyus MB Pahang Adnan Yaakob buat lawak bhai. 

Point Mb Pahang kenapa ikan Belanak ditemui mati banyak-banyak hari tu di Sungai Tonggak ialah ;

1. Sebenarnya ikan Belanak bukan hidup di Sungai.

2. Ikan Belanak hidup di laut.

3. Rupa2nya ada orang bagitau saya.

4. Ikan tu dicampak disitu, kemudian diambil gambar kemudian buat cerita ikan tu mati kena racun akibat bauksit.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

MB Pahang neh nak ku kata sewel kang dia mencarut ke aku pula. Tapi aku rasa orang yang bagitau dia tu lupa nak baca point-point penting isu kematian ikan-ikan tersebut secara misteri kot.

Meh baca sini dulu ==> http://www.amenoworld.net/2016/01/ikan-mati-tiada-kaitan-dengan-fenomena.html

Lepas baca sila la laju-laju bisik ke telinga Adnan Yaakob agar dia tak malukan diri dia macam paparan video kat bawah neh.

Tiada sesiapa kata ikan tersebut hidup di Sungai. Bahkan dah diberitahu awal2 hasil analisa bahawa ikan tersebut mati bukan di kawasan habitat asal. Bila diterbalikan keluar air merah seakan bauksit dari mulut mereka.

Aiyooo.

Sapa la yang bangang sangat bagitau MB bahawa ikan tersebut dicampakkan ke situ dan ditangkap gambarnya. Banyak juga kerja nak campak-campak ikan di sepanjang perairan sungai Tonggak tu ek.

Dan paling penting. Sapa la yang bangang sangat p percaya cerita orang tue sampai sanggup berucap depan microfon.

KAH KAH KAH

Hadoi.


Kemudian isu bauksit, katanya ;

1. 99% masalah bauksit berpunca dari lombong haram.

2. Ia kerana masalah penguatkuasaan yang berkaitan langsung dengan undang-undang.

3. Semua kuasa dipecah-pecahkan akibat mewarisi pusaka dari British.

4. British tak pernah beri kuasa tertentu kepada satu2 institusi.

5. Akhirnya kita tiada kuasa langsung untuk kuatkuasakan undang-undang.

KAH KAH KAH

Biol punya jawapan.

British dah bertahun angkat kaki. Apa kau nak babitkan British lagi. Gubal la undang2 baru. Lagipun, bila PTG ke PDRM ke blablabla semua tu ada kuasa pun dah kenapa? Tak boleh bekerjasama ke? Jawapan macam gampang. Pelik juga. Yang akta hasutan 1948 pusaka British beria pula pertahankan. Ngok ngek betul.

KAH KAH KAH

Yang aku heran. Kalau 99% masalah bauksit berpunca dari lombong haram, akhirnya ke mana mereka hantar bauksit2 mereka? Bukan ke pelabuhan ke? So, tak boleh detect?

KAH KAH KAH

Nak memperbodohkan orang tapi diri sendiri terlihat bodoh. Ikan mati dicampak ke situ? Tangkap gambar? Salah British? Kita tiada kuasa? 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Video ;

Jawapan Kelakar Dari MB Pahang Knp Ikan Mati Di SG Tonggak.
Kalau taknak ketawa pecah perut, jangan tonton penjelasan MB Pahang tentang isu kematian ikan Belanak & masalah bauksit.
Posted by Ameno World on Thursday, January 28, 2016

Khamis, 28 Januari 2016

Gani Patail Pengerusi Sarawak Hidro Yang Baru - Diam-Diam Berisi Rupanya..


Patutlah diam.
Rupa-rupanya dia sibuk dengan kerjaya baru la.
Hihihi.

Membaca laporan sebuah portal pro UMNO, PRU14 ;

TAHUKAH anda bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan bekas Peguam Negara merupakan Pengerusi Sarawak Hidro yang baru? Kami tidak pasti, sejak bila beliau dilantik memegang jawatan tersebut namun kami difahamkan bahawa beliau mendapat gaji yang cukup lumayan selain daripada kemudahan dan keistimewaan yang lain.

Sarawak Hidro Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Mei 2000 dengan objektif untuk membangunkan dan menguruskan Projek Hidroelektrik Bakun di tengah Sarawak.

Pada 5 Oktober 2015, Gani Patail bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan selepas karier yang berwarna-warni selama hampir 35 tahun. Untuk makluman umur Gani Patail genap 60 tahun semasa beliau bersara. 60 tahun adalah umur persaraan wajib bagi penjawat awam.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada Tan Sri Abdul Gani Patail atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Sarawak Hidro yang baru.

Rujukan :  http://www.pru14.tv/2016/01/27/gani-patail-pengerusi-sarawak-hidro-yang-baru/

Dan hasil semakan di website Sarawak Hidro ==> http://www.sarawak-hidro.com/Pages/boardOfDirectors.aspx

Mengesahkan laporan berkenaan.

Padan lah hilang, senyap, misteri.

Kah Kah Kah..

Rabu, 27 Januari 2016

Isu Derma 2.6b - Timb. Menteri Minta Sangka Baik, BBC News Sahkan Raja Abdullah Penderma Najib.

Secara tiba-tiba semuanya terlerai. Sedangkan sebelum neh begitu beria mengunci mulut dan enggan menyebut walau satu nama sekalipun siapakah yang sanggup mendermakan 2.6b kepada Najib Razak.

Satu persatu.

Selepas pejabat Peguam Negara bebaskan Najib dari pertuduhan 2.6b dan meminta SPRM tutup kes, berita berkenaan mendapat liputan antarabangsa. Bukan setakat di Malaysia, agensi-agensi berita luar negara turut melaporkan isu berkenaan. Agak viral. 

Antaranya ;

Laporan Nasdaq menyebut ==> http://www.nasdaq.com/article/malaysia-prosecutor-says-saudis-made-legal-donation-to-leader-20160126-01212

1. Kementerian Luar & kementerian Kewangan Saudi tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu derma berkenaan.

2. Sumber tersebut juga enggan memberikan ulasan lanjut. Sekadar menyebut bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi sebelum ini. 

3. Keluarga diraja Saudi juga tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan sebarang ulasan.

Point dia, tak pernah terjadi sebelum ini. Bukan bermaksud menafikan jika derma itu wujud atau tidak wujud. Harap kita jangan mislead point dari berita berkenaan.

Kemudian, secara tiba-tiba selepas beberapa jam Apandi membebaskan Najib dari skandal 2.6b, BBC News secara gahnya melaporkan bahawa penderma telah dikenali dan tujuan derma juga telah dihuraikan lanjut. Padahal selama neh kemain lagi Najib teragak-agak memberikan penjelasan sehingga menghadirkan pelbagai spekulasi. Bingung juga aku memikirkannya.

Laporan BBC News menyebut ==> http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

1. Penderma 2.6b ialah dari keluarga diraja Arab Saudi.

2. Secara spesifiknya, arwah Raja Abdullah.

3. Ia datang dari 'personal & state funds'.

4. Tujuan utama untuk memastikan BN menang dalam PRU ke 13. Sumber BBC News ialah sumber dari Saudi yang enggan/tidak dinamakan. Pelik kan? Sumber dirahsiakan selalu. Padahal ada backup baik punya dari kerajaan Arab Saudi. Apa nak takut.

5. Untuk kekang Ikhwan. Salah satu misi. Selain kekang keganasan ISIS. 

6. Kononnya, geng2 pembangkang Malaysia pro Ikhwan, iaitu PAS. Saudi tak suka dengan perkembangan 'Arab Spring' yang berlaku di beberapa buah negara Arab dan berharap dengan derma berkenaan insiden seumpama 'Arab Spring' juga tidak akan berlaku di Malaysia.

7. Derma mula disalurkan sedikit demi sedikit pada March 2013 hingga April 2013. Pru ke 13 bermula pada 5 Mei 2013. Turut dilaporkan, anak Raja Abdullah juga Putera Turki Bin Raja Abdullah mempunyai jaringan perniagaan yang luas di Malaysia.

8. 4 strategi kononnya dirangka iaitu i) Bantu Najib menangi PRU, ii) Mengupah pasukan komunikasi yang berkredibliti dengan kepakaran antarabangsa, iii) Memberikan focus maksima kepada Sarawak, iv) Membiayai program2 sosial melalui kempen2 parti.

9. Laporan tersebut turut menyebut bahawa Saudi beranggapan Ikhwan ialah kumpulan pengganas. Dan Saudi juga kecewa dengan pergolakan yang berlaku di Mesir yang ketika itu ditadbir Morsi yang bekerjasama dengan kumpulan Ikhwan Muslimin.

10. Mereka mempercayai pembangkang di Malaysia turut mempunyai kaitan dengan sokongan dari Ikhwan dan Qatar.

11. Sumber tersebut turut menyatakan, ia bukan perkara pelik untuk Arab Saudi terlibat dalam pergolakan politik di beberapa buah negara. Antaranya Sudan, Jordan dan Mesir. Sumbangan 100 juta (US dollar)kepada beberapa buah negara, bukan perkara luar biasa bagi Saudi.

12. Saudi turut membiayai samada berbentuk sumbangan, bantuan ketenteraan mahupun pinjaman kepada Mesir dalam mengulingkan Morsi suatu ketika dahulu.

13. Walaupun bagaimanapun laporan BBC News itu turut mempersoalkan kenapa selepas 4 bulan menerima sumbangan 2.6b, Najib bertindak memulangkan sebahagian besar dari derma berkenaan kepada Saudi. Ini yang menjadi tanda-tanya. 

Itu intipati BBC News. 

Dalam pada itu, Dr. Asyraff Wajdi Dusuki meminta agar rakyat bersangka baik di laman rasmi FACEBOOKnya namun menerima kritikan dan kecaman kerana secara tidak langsung mengesahkan Ikhwan ialah kumpulan terrorist, pengganas apabila ia antara tujuan kenapa derma itu disumbangkan bagi membantu BN memenangi PRU ke 13.

Rujuk kenyataan timbalan menteri berkenaan ;

TERUSKAN BERTABAYYUN DAN BERBAIK SANGKA DALAM MENANTIKAN KEABSAHAN SESUATU BERITA
 
Pendedahan media antarabangsa BBC News yang mendapat maklumat daripada sumber Arab Saudi bahawa wang sumbangan RM2.6 Billion adalah untuk membantu Kerajaan Barisan Nasional bagi memenangi PRU 13 yang lalu kerana mahu kuasa Islam terus bertapak
 
Ternyata tidak ada ruginya kita berpegang kepada prinsip Al-Quran iaitu bersangka baik dan Tabayyun atau buat siasatan secara tuntas sebelum menjatuhkan sebarang penghukuman dengan sewenangnya menuduh dan melabel seseorang (Rujuk Al-Hujurat ayat 6 & 12).
 
Walaubagaimanapun jauh di sudut hati saya mengharapkan agar pendedahan ini tidak pula memberi kesan negatif kepada geopolitik antarabangsa akibat kecemburuan sesetengah kuasa besar terhadap penghormatan Arab Saudi kepada Malaysia dalam usaha memartabatkan Islam ini.
 
Ayuh rakyat Malaysia, masanya untuk kita memfokuskan kepada isu-isu yang lebih besar khususnya menyentuh KESELAMATAN NEGARA, KEDAULATAN AGAMA dan PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA. Sudah terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan kepada isu-isu picisan dan polemik tohmah yang tiada berkesudahan bahkan belum tentu kesahihannya hingga akhirnya menyebabkan rakyat berterusan bersengketa dan berpecah.

Dan, akhir.

Pro Tun dan pro Najib bergaduh tentang isu neh ;

SR pernah melaporkan bahawa derma berkenaan sudah berpindah ke acc lain di luar negara dan acc peribadi Najib ditutup.

Isunya, ialah rakyat mempersoalkan kenapa derma itu berlaku, siapa yang menderma dan bagaimana Najib membelanjakan derma berkenaan dan apakah manfaat yang diraih oleh penderma ketika memberikan derma berkenaan.

Najib sendiri tak jawab benda-benda tu dari awal. Wujudnya sangkaan kerana cara Najib sendiri menjawab langsung tidak menyakinkan. Kena faham la. Yang aku pelik, pasal neh ramai yang kena pecat termasuklah Muhyiddin. Takan mereka tatau derma berkenaan dah dipulangkan?

Lepas tu.

Asyik-asyik cakap fitnah, nak saman, fitnah, nak saman, fitnah.

Tapi last-last tak saman juga.

Oke, katakanlah benar derma berkenaan dah dipulangkan semula kepada pemberinya, apakah benar Malaysia mengiktirafkan Ikhwan sebagai pengganas?

Politik, politik..

Macam-macam berlaku dibalik tabir.

Kbai.

Selasa, 26 Januari 2016

2.6b - Najib Tak Bersalah, Kertas Siasatan Ditutup & Apandi Ali Kini Ahli Lembaga Pengarah TH.

Hmm.

Beberapa hari sebelum Apandi membebaskan Najib dari sebarang pertuduhan dan pendakwaan isu 2.6b dan SRC, AG = Apandi Ali telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di Tabung Haji.

Rujuk sini.

Dan tadi dalam sidang media khas, Apandi Ali mengesahkan bahawa ;

1. Najib dibebaskan dari sebarang pertuduhan berhubung isu derma 2.6b.

2. Pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

3.  Apandi turut mengesahkan wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

4. Atas sebab itu, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

5. "Berhubung dengan perkara ini juga ,saya juga berpuashati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 billion tersebut,". <-- Apandi Ali (Agenda Daily).

6. Peguam Negara turut berkata, berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC Internation, pihak mereka berpuashati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan.

7.  Apandi memberitahu berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan dia selaku Pendakwaraya berpuashati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri berkait tiga-tiga kertas siasatan, lalu kertas-kertas siasatan  yang berkaitan akan dikembalikan kepada poihak SPRM dengan arahan ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup.

Allahu Akhbar.

Rupa-rupanya Najib tak bersalah.
Apa la jahat sangat SPRM buka kertas siasatan.
Kesian Najib kena tuduh bukan-bukan.
Adilnya undang-undang Malaysia. Takdir. Takdir.


KAH KAH KAH

Ahad, 24 Januari 2016

Ahmad Maslan Disindir Kerana Kantoi Guna Gambar Google.

Posting yang menyebabkan media sosial menyindir dia ;


Kemudiannya ;



Seterusnya macam biasa, pengguna media sosial mula sindir menyindir Ahmad Maslan sebab terkantoi guna gambar google.

Aku tengok. Memang sama. Sebijik.

Pinggan pun sama. Alas bawah pinggan pun sama. Sisa2 kelapa yang bertaburan tepi-tepi pinggan pun sama. Aiyoo Ahmad Maslan kau biar la betul sikit.

Ini pendapat aku la. Mungkin maksud Ahmad Maslan = MACAM DALAM GAMBAR nak bagitau bahawa GAMBAR TERSEBUT SEBAGAI CONTOH.

Tapi beb, orang mungkin pertikai bab dia CROP gambar tue. Buang caption apa semua. So, faham-faham la sangkaan orang ramai macam mana kan. 

Kalau tujuannya nak bagi contoh, jangan la crop sampai macam tu sekali. Tulis la sekali remark. Gambar contoh. Aku rasa orang salah sangka pasal gambar tu kau crop pun iya juga. Isu kecil sebenarnya. Tapi kan, apa yang mereka cuba nak sampaikan ialah, kalau benda2 begini pun kau seolah2 melakukan penipuan, apetah lagi benda yang besar2. Itu yang dipertikaikan Ahmad Maslan woi.

Aku faham niat Ahmad Maslan. Nak gambarkan betapa dia low profile. Makan pun sama macam orang-orang kampung makan. Tak cukup low profile lagi ke aku sebagai menteri sampai rakyat nak mengeji tanpa henti?

Mungkin itu la kot yang dia cuba gambarkan.

Tapi Ahmad Maslan neh pun satu silapnya.

Orang bukan marah sebab kau makan pulut ikan kering ke atau tak.
Orang marah sebab kau suka bercakap tanpa fikirkan sentimen rakyat.
Abaikan kepentingan rakyat dalam menyokong satu2 polisi.
Senang cakap, kau terlalu berpihak dan gagal memahami kenapa rakyat menentang kau dalam isu2 tertentu. Bagi contoh macam isu GST. Sebelum GST kau juga sebut harga barang akan turun. Siap ulang-ulang lagi. Ada rakaman video kot. 

Sebelum. Cakap kemain berapi.


Sedangkan hakikatnya.


Dan kenyataan Ahmad Maslan yang melepaskan diri.


Sumber.

Ewah, ewah, ewah. Dia yang berapi2 cakap kat tv, kat radio, kat media. HARGA BARANG AKAN TURUN SELEPAS GST. SAYA ULANG SEKALI LAGI. HARGA BARANG AKAN TURUN SELEPAS GST. Bila dah tak turun, lain pula alasannya ye?

Ini antara punca kenapa orang meluat dan marah pada kau Ahmad Maslan. Kau cakap tak serupa bikin. Sembang je kencang sampai berapi2 keluar dari mulut tapi sepatah haram betul. 

Bila orang dah meluat, kau buat apa je orang akan start cari salah. Aku pun sebenarnya takde masa la nak p check google gambar2 yang menteri upload. Seriyus. Tapi sampai tahap macam neh orang buat kat kau Ahmad Maslan. Itu maksudnya apa? Itu maksudnya, apa2 yang kau sampaikan kepada rakyat, rakyat akan assume kau sedang menipu mereka. Jadi untuk memastikan sangkaan mereka, mereka buat semakan. Jika terbukti, mereka dedah dan sebar. Jika tak terbukti, mereka diam-diam dan sangkaan itu akan berlalu begitu sahaja sehingga kau buat benda baru.

Takut kot jadi kau Ahmad Maslan. Duit banyak, jawatan tinggi, keluar masuk media tapi rakyat kecam tanpa henti. Memang di luar nampak macam happy tapi benda yang sama ke terbit dalam ahti? Kau lebih mengetahui. Diri kau kot Ahmad Maslan.. hihi.

Kbai.

Sabtu, 23 Januari 2016

Najib Makan Daging 19K - Ia Adalah Fitnah Kata Pemilik Me'nate Steak Hub.

Sejak semalam tersebarnya satu gambar menerusi aplikasi wassap dan membawa kepada facebook bahawa Najib makan daging mahal yang mencecah sehingga 19k bayarannya.

Gambar berkenaan viral kerana gamaknya rakyat mempercayai Najib memang mempunyai perwatakan sebegitu. Penyebaran gambar berkenaan turut dikaitkan dengan pemilik restoran Me'nate Steak Hub yang kononnya kediaman Perdana Menteri memesan hidangan berkenaan dari restoran terkemuka tersebut.

Walaubagaimanapun, ia dinafikan oleh pemilik restoran berkenaan ;





JATUHKAN MUSUH YANG MENINDAS RAKYAT DENGAN FITNAH : NAJIB MAKAN DAGING TERMAHAL DI DUNIA? 


1. Salam. Kepada mana-mana pihak menyebarkan gambar "Najib makan Daging Wugyu", saya mohon tuan- tuan"Delete" Gambar tersebut. Untuk pengetahuan semua, Gambar ini adalah FITNAH semata-mata. Saya bukanlah membela Najib, namun saya membela Pemilik Restoran Me'nate Steack Hub. Beliau sendiri mengesahkan ianyaFitnah. 


2. Ya, Najib mungkin makan Daging Termahal di dunia di saat Rakyat kering kantung ekonominya, namun ianya bukan ada apa-apa kaitan dengan Me'nate Steack Hub. Mohon kita hormati Hak TuanMustaffa Othman sebagai Pemilik Restoran. 


3. Kita sama sekali tidak mahu menjatuhkan mana-mana pihak dgn Fitnah. Kita membenci Fitnah. Jadi kita tidak perlu lakukan perkara yang kita benci. Kita hormati Hak Manusia yg lain. Wassalam.



Ini update pada 12 jam yang lepas. Yang baru sampai ke aku dalam sejam lebih kurang. Huhu. Maknanya sebelum sampai berita penafian, aku terima berita pemborosan. Berita penafian tak tersebar meluas berbanding berita pemborosan. Buktinya, hanya 2 orang aje yang berkongsikan posting dari HDZ Ahmad berbanding berita pemborosan ketika artikel ini ditulis.

Apa sudah jadi?

Aku tak percaya rakyat Malaysia suka kepada fitnah.
Aku tak percaya rakyat Malaysia gemar sebarkan fitnah.
Aku juga tak percaya bahawa rakyat Malaysia lebih mahu membaca berita fitnah berbanding berita benar.

Oleh kerana fitnah, maka kena tarik balik la segala kata-kata kemarahan terhadap Najib tadi. Maaf Najib, terpercaya plak dengan sebaran gambar tersebut, walaupun aku meluat dengan ko tapi aku taknak pula terlibat untuk menfitnah kau. Cuma, aku tertanya-tanya sikit.

1. Gambar tersebut fake ke atau berita tersebut yang fake?

2. Menurut pemerhatian aku, aku rasa gambar berkenaan mungkin betul. 

3. Macam depa saja-saja buat kertas dengan cetakan tersebut, resit tu, then tangkap gambar dan sebar, yeke? Ataupun memang order berkenaan ada, tetapi ia bukan la dari Me'nate atau bukan harga tersebut atau boleh jadi ia harga beberapa hidangan kot? Atau silap-silap itu arahan untuk tukang masak kat kediaman rasmi piem agar masak hidangan yang dinyatakan? Untuk kepastian, sesiapa yang kerja kat rumah rasmi piem boleh sahkan pada 21 Jan ada atau tiada order berkenaan.. hihi.

4. Aku harap polis boleh siasat siapa punya kerja sebar benda palsu. Aiyooo. Ini permainan minda dan propaganda neh aku rasa.

5. Kena faham juga propaganda online neh. 

6. Antara propaganda punya taktik, sampai fitnah diri sendiri pun boleh last-last dapat raih simpati woi.

7. Yang silapnya puak2 macam aku boleh p sebar dan percaya. Tapi kena faham juga. Aku taknak percaya pun payah. Sebab aku melihat Najib tu memang seorang pemboros pula. Nak buat macam mana. Kalau tak sungguh orang tak kata. Kalau tak boros orang pun tak percaya. Sorry ar Najib. Aku bercakap menerusi apa yang kau tunjukkan juga.. Haha.

Kbai.

Jumaat, 22 Januari 2016

Mahathir Potong Gajinya Dulu Ketika Zaman Kegawatan Ekonomi - Ahli UMNO Bandar Tun Razak.

Bukan kata nak potong, malah naikkan lagi gaji wakil rakyat. Itulah dia Najib yang kita kenali. Bukan kata nak berjimat bahkan siap beli jet baru lagi. Konon atas alasan kegunaan. Bukan kata nak pecat 9 penasihat khas yang tak berperanan dalam kabinet, siap usik subsidi rakyat pula. 

Dalam masa yang sama mahu kita percaya padanya.
Dalam masa yang sama mahu kita yakin pada kepimpinannya.
Kritik sikit, terasa.
Sindir sikit, KPN mencari.
 
Tolong la Najib.
Kau mahu dihormati atau ditakuti?
Kau mahu orang hormat kau kerana kebijaksanaan kau mentadbir negara atau kau mahu orang takut pada kau kerana kezaliman kau?

Ini kata Zaharin. Status berkenaan viral di sosial media.


Jujur aku cakap. Aku tak ingat sangat macam mana Mahathir mentadbir negara neh. Zaman budak sekolah kita mana peduli bab politik. Tapi apa yang aku tahu zaman Mahathir mentadbir negara memang berbeza dari zaman Najib dan Pak Lah.

Aku ingat lagi. Jika harga minyak perlu dinaikkan. Mahathir memilih naikkan 1 sen, 2 sen, dan sewaktu dengannya. Tak pernah dia naikkan 78 sen macam Najib naikkan ketika Pak Lah jadi PM suatu ketika dahulu. Gila kot. Siapa boleh terima bila kau naikkan minyak 78 sen sekaligus. Mendadak macam tu. Kat situ aje dah membuktikan betapa pentingnya diri pentadbiran negara selepas era pemerintahan Mahathir berakhir. 

Aku tak nafikan. Mahathir ada banyak kepincangan juga dalam pemerintahan. Selepas dia bersara sebagai PM, banyak kepincangan-kepincangan yang dia lakukan sepanjang menjadi PM terbongkar satu per satu.

Kat situ kita dah boleh nilai. Betapa UMNO dan corruption berpisah tiada.
Tapi itu tak mewajarkan tindakan Najib yang kian menyusahkan rakyat pada zaman sekarang. Apa yang Mahathir buat dalam era dia, ialah apa yang dia buat. Apa yang Najib buat dalam era dia, ialah apa yang Najib buat. Masing-masing perlu tanggung akibat masing-masing.

Masalah dalam pentadbiran Najib sekarang neh ialah dia terlalu pentingkan diri sendiri. Sangat pentingkan diri sendiri. Bermula dengan subsidi gula, subsidi petrol dan kini subsidi beras, subsidi minyak masak dan beberapa subsidi-subsidi lain mula dihapuskan secara berperingkat.

Penghapusan subsidi ini diwajarkan dengan alasan penyelewengan. Tetapi sikit pun taknak sebut yang kerajaan kehilangan wang akibat pemborosan, ketirisan dan salahlaku dalam pentadbiran. Sikit pun taknak sebut atau akui. Taknak. Hanya rakyat aje bersalah dari dulu dan kini. Sampai bila-bila pun begitu.

Kita boleh nampak kegagalan projek NFC. Tiada sesiapa akhirnya dipertanggungjawabkan. 250 juta itu sekarang jadi apa? Di mana? Siapa kena bayar semula? 

Kita boleh nampak kegagalan projek seperti 1Bestari, kegagalan projek komputer riba 1 Malaysia, tablet 1 Malaysia, portal banding harga barang 1 Malaysia dan banyak la projek2 lain sehingga tak tersebut, tak teringat. Kesemua wang-wang tersebut jadi apa? Siapa bertanggungjawab? Siapa kena bayar semula? 

RAKYAT LA. 

Rasionalisasikan subsidi apa semua untuk tampung kehilangan wang negara. Balik2 korek wang dari poket rakyat. Rakyat kan semua kerja senang aje. Petik duit dari pokok. Bukan macam menteri yang kerja siang malam rasmi tiang elektrik pun ada. Ahmad Maslan pun siap buat 3 kerja untuk cari duit.

Bayar GST pun haram berguna. Hapuskan subsidi petrol pun takde kesan. Time minyak naik rakyat diasuh minda, dipaksa fikir bahawa kita perlu membayar harga minyak ikut pasaran dunia, tetapi ketika harga minyak turun, apa kesan positifnya pada rakyat? Apa kelebihan yang kami terima? Ringgit pun turut jatuh. Menteri punya biol siap boleh gembira lagi sebab ringgit jatuh. Dan rakyat membayar gaji dia lagi. Hanya untuk melihat dia mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi membodohkan.

Aku tak faham. Kenapa bukan Najib potong gajinya terlebih dahulu kerana gagal mentadbir negara ini seperti Mahathir pernah lakukan pada suatu ketika dahulu? Najib patut mulakan penjimatan dari diri dia kemudian beralih kepada kementerian dia dan kementerian2 lain. Itu baru betul bahawa kamu mendengar denyutan nadi rakyat. Bukannya potong subsidi rakyat lepas tu pongpang buat iklan, kempen yang kamu memahami masalah rakyat. Seriyus macam gampang.

Kalau boleh potong kepala kamu sendiri pun lebih baik, Najib. Kalau pun kita masih tak berjaya selesaikan masalah kewangan yang membelenggu negara sekurang2nya kita hilang satu pemimpin yang membuatkan rakyat merana. Seriyus aku cakap ini dari jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...