Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Januari 2016

2.6b - Najib Tak Bersalah, Kertas Siasatan Ditutup & Apandi Ali Kini Ahli Lembaga Pengarah TH.

Hmm.

Beberapa hari sebelum Apandi membebaskan Najib dari sebarang pertuduhan dan pendakwaan isu 2.6b dan SRC, AG = Apandi Ali telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di Tabung Haji.

Rujuk sini.

Dan tadi dalam sidang media khas, Apandi Ali mengesahkan bahawa ;

1. Najib dibebaskan dari sebarang pertuduhan berhubung isu derma 2.6b.

2. Pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

3.  Apandi turut mengesahkan wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

4. Atas sebab itu, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

5. "Berhubung dengan perkara ini juga ,saya juga berpuashati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 billion tersebut,". <-- Apandi Ali (Agenda Daily).

6. Peguam Negara turut berkata, berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC Internation, pihak mereka berpuashati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan.

7.  Apandi memberitahu berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan dia selaku Pendakwaraya berpuashati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri berkait tiga-tiga kertas siasatan, lalu kertas-kertas siasatan  yang berkaitan akan dikembalikan kepada poihak SPRM dengan arahan ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup.

Allahu Akhbar.

Rupa-rupanya Najib tak bersalah.
Apa la jahat sangat SPRM buka kertas siasatan.
Kesian Najib kena tuduh bukan-bukan.
Adilnya undang-undang Malaysia. Takdir. Takdir.


KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...