Khamis, 28 Januari 2016

Gani Patail Pengerusi Sarawak Hidro Yang Baru - Diam-Diam Berisi Rupanya..


Patutlah diam.
Rupa-rupanya dia sibuk dengan kerjaya baru la.
Hihihi.

Membaca laporan sebuah portal pro UMNO, PRU14 ;

TAHUKAH anda bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan bekas Peguam Negara merupakan Pengerusi Sarawak Hidro yang baru? Kami tidak pasti, sejak bila beliau dilantik memegang jawatan tersebut namun kami difahamkan bahawa beliau mendapat gaji yang cukup lumayan selain daripada kemudahan dan keistimewaan yang lain.

Sarawak Hidro Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Mei 2000 dengan objektif untuk membangunkan dan menguruskan Projek Hidroelektrik Bakun di tengah Sarawak.

Pada 5 Oktober 2015, Gani Patail bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan selepas karier yang berwarna-warni selama hampir 35 tahun. Untuk makluman umur Gani Patail genap 60 tahun semasa beliau bersara. 60 tahun adalah umur persaraan wajib bagi penjawat awam.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada Tan Sri Abdul Gani Patail atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Sarawak Hidro yang baru.

Rujukan :  http://www.pru14.tv/2016/01/27/gani-patail-pengerusi-sarawak-hidro-yang-baru/

Dan hasil semakan di website Sarawak Hidro ==> http://www.sarawak-hidro.com/Pages/boardOfDirectors.aspx

Mengesahkan laporan berkenaan.

Padan lah hilang, senyap, misteri.

Kah Kah Kah..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...