Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Januari 2016

Isu Derma 2.6b - Timb. Menteri Minta Sangka Baik, BBC News Sahkan Raja Abdullah Penderma Najib.

Secara tiba-tiba semuanya terlerai. Sedangkan sebelum neh begitu beria mengunci mulut dan enggan menyebut walau satu nama sekalipun siapakah yang sanggup mendermakan 2.6b kepada Najib Razak.

Satu persatu.

Selepas pejabat Peguam Negara bebaskan Najib dari pertuduhan 2.6b dan meminta SPRM tutup kes, berita berkenaan mendapat liputan antarabangsa. Bukan setakat di Malaysia, agensi-agensi berita luar negara turut melaporkan isu berkenaan. Agak viral. 

Antaranya ;

Laporan Nasdaq menyebut ==> http://www.nasdaq.com/article/malaysia-prosecutor-says-saudis-made-legal-donation-to-leader-20160126-01212

1. Kementerian Luar & kementerian Kewangan Saudi tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu derma berkenaan.

2. Sumber tersebut juga enggan memberikan ulasan lanjut. Sekadar menyebut bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi sebelum ini. 

3. Keluarga diraja Saudi juga tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan sebarang ulasan.

Point dia, tak pernah terjadi sebelum ini. Bukan bermaksud menafikan jika derma itu wujud atau tidak wujud. Harap kita jangan mislead point dari berita berkenaan.

Kemudian, secara tiba-tiba selepas beberapa jam Apandi membebaskan Najib dari skandal 2.6b, BBC News secara gahnya melaporkan bahawa penderma telah dikenali dan tujuan derma juga telah dihuraikan lanjut. Padahal selama neh kemain lagi Najib teragak-agak memberikan penjelasan sehingga menghadirkan pelbagai spekulasi. Bingung juga aku memikirkannya.

Laporan BBC News menyebut ==> http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

1. Penderma 2.6b ialah dari keluarga diraja Arab Saudi.

2. Secara spesifiknya, arwah Raja Abdullah.

3. Ia datang dari 'personal & state funds'.

4. Tujuan utama untuk memastikan BN menang dalam PRU ke 13. Sumber BBC News ialah sumber dari Saudi yang enggan/tidak dinamakan. Pelik kan? Sumber dirahsiakan selalu. Padahal ada backup baik punya dari kerajaan Arab Saudi. Apa nak takut.

5. Untuk kekang Ikhwan. Salah satu misi. Selain kekang keganasan ISIS. 

6. Kononnya, geng2 pembangkang Malaysia pro Ikhwan, iaitu PAS. Saudi tak suka dengan perkembangan 'Arab Spring' yang berlaku di beberapa buah negara Arab dan berharap dengan derma berkenaan insiden seumpama 'Arab Spring' juga tidak akan berlaku di Malaysia.

7. Derma mula disalurkan sedikit demi sedikit pada March 2013 hingga April 2013. Pru ke 13 bermula pada 5 Mei 2013. Turut dilaporkan, anak Raja Abdullah juga Putera Turki Bin Raja Abdullah mempunyai jaringan perniagaan yang luas di Malaysia.

8. 4 strategi kononnya dirangka iaitu i) Bantu Najib menangi PRU, ii) Mengupah pasukan komunikasi yang berkredibliti dengan kepakaran antarabangsa, iii) Memberikan focus maksima kepada Sarawak, iv) Membiayai program2 sosial melalui kempen2 parti.

9. Laporan tersebut turut menyebut bahawa Saudi beranggapan Ikhwan ialah kumpulan pengganas. Dan Saudi juga kecewa dengan pergolakan yang berlaku di Mesir yang ketika itu ditadbir Morsi yang bekerjasama dengan kumpulan Ikhwan Muslimin.

10. Mereka mempercayai pembangkang di Malaysia turut mempunyai kaitan dengan sokongan dari Ikhwan dan Qatar.

11. Sumber tersebut turut menyatakan, ia bukan perkara pelik untuk Arab Saudi terlibat dalam pergolakan politik di beberapa buah negara. Antaranya Sudan, Jordan dan Mesir. Sumbangan 100 juta (US dollar)kepada beberapa buah negara, bukan perkara luar biasa bagi Saudi.

12. Saudi turut membiayai samada berbentuk sumbangan, bantuan ketenteraan mahupun pinjaman kepada Mesir dalam mengulingkan Morsi suatu ketika dahulu.

13. Walaupun bagaimanapun laporan BBC News itu turut mempersoalkan kenapa selepas 4 bulan menerima sumbangan 2.6b, Najib bertindak memulangkan sebahagian besar dari derma berkenaan kepada Saudi. Ini yang menjadi tanda-tanya. 

Itu intipati BBC News. 

Dalam pada itu, Dr. Asyraff Wajdi Dusuki meminta agar rakyat bersangka baik di laman rasmi FACEBOOKnya namun menerima kritikan dan kecaman kerana secara tidak langsung mengesahkan Ikhwan ialah kumpulan terrorist, pengganas apabila ia antara tujuan kenapa derma itu disumbangkan bagi membantu BN memenangi PRU ke 13.

Rujuk kenyataan timbalan menteri berkenaan ;

TERUSKAN BERTABAYYUN DAN BERBAIK SANGKA DALAM MENANTIKAN KEABSAHAN SESUATU BERITA
 
Pendedahan media antarabangsa BBC News yang mendapat maklumat daripada sumber Arab Saudi bahawa wang sumbangan RM2.6 Billion adalah untuk membantu Kerajaan Barisan Nasional bagi memenangi PRU 13 yang lalu kerana mahu kuasa Islam terus bertapak
 
Ternyata tidak ada ruginya kita berpegang kepada prinsip Al-Quran iaitu bersangka baik dan Tabayyun atau buat siasatan secara tuntas sebelum menjatuhkan sebarang penghukuman dengan sewenangnya menuduh dan melabel seseorang (Rujuk Al-Hujurat ayat 6 & 12).
 
Walaubagaimanapun jauh di sudut hati saya mengharapkan agar pendedahan ini tidak pula memberi kesan negatif kepada geopolitik antarabangsa akibat kecemburuan sesetengah kuasa besar terhadap penghormatan Arab Saudi kepada Malaysia dalam usaha memartabatkan Islam ini.
 
Ayuh rakyat Malaysia, masanya untuk kita memfokuskan kepada isu-isu yang lebih besar khususnya menyentuh KESELAMATAN NEGARA, KEDAULATAN AGAMA dan PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA. Sudah terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan kepada isu-isu picisan dan polemik tohmah yang tiada berkesudahan bahkan belum tentu kesahihannya hingga akhirnya menyebabkan rakyat berterusan bersengketa dan berpecah.

Dan, akhir.

Pro Tun dan pro Najib bergaduh tentang isu neh ;

SR pernah melaporkan bahawa derma berkenaan sudah berpindah ke acc lain di luar negara dan acc peribadi Najib ditutup.

Isunya, ialah rakyat mempersoalkan kenapa derma itu berlaku, siapa yang menderma dan bagaimana Najib membelanjakan derma berkenaan dan apakah manfaat yang diraih oleh penderma ketika memberikan derma berkenaan.

Najib sendiri tak jawab benda-benda tu dari awal. Wujudnya sangkaan kerana cara Najib sendiri menjawab langsung tidak menyakinkan. Kena faham la. Yang aku pelik, pasal neh ramai yang kena pecat termasuklah Muhyiddin. Takan mereka tatau derma berkenaan dah dipulangkan?

Lepas tu.

Asyik-asyik cakap fitnah, nak saman, fitnah, nak saman, fitnah.

Tapi last-last tak saman juga.

Oke, katakanlah benar derma berkenaan dah dipulangkan semula kepada pemberinya, apakah benar Malaysia mengiktirafkan Ikhwan sebagai pengganas?

Politik, politik..

Macam-macam berlaku dibalik tabir.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...