Rabu, 6 Mei 2015

Malunya - Ahli2 PAS Ini Berdemo Tetapi Dihalau Penduduk Kampung.


Bab kena halau-halau neh memang dah menjadi kebiasaan pada mana-mana parti pun. Tak kira la pro kerajaan ke atau pro pembangkang. Dan yang membezakan mereka samada disokong kerana dihalau atau diketawakan kerana dihalau ialah sebab-sebab berdemo.

Tadi. Sekumpulan ahli2 PAS telah memperbodohkan diri sendiri. Mereka pongpang pongpang berdemo sambil laung sokong hudud dan sokong pro ulama. Tengah2 berdemo kena halau. Sambil dihalau kena herdik sebagai sedang membuat kacau. Sudah la bukan pengundi situ. Meroyan pasal apa.

Benda neh sebenarnya tak perlu pun. Kalau ko nak protes calon PKR. Buat cara cool. Esok time mengundi jangan pangkah DSWA.

Macam geng2 BN buat kat Rompin. Senyap2 dok rumah. Malas keluar mengundi. Ko pun boleh tiru. Bukan dengan cara berdemo bagai neh. Memalukan. Nanti katakan PKR menang. Demo ini akan menjadi bahan kutukan pada geng2 pro ulama tahu. Orang kata jadi kudis. Walaupun terdapat geng2 PAS yang sabotaj, PKR masih menang. Kalau kalah boleh la nak bangga. Kalau menang PAS yang kena balik. Apehal dok sabotaj calon dari parti yang bersekutu. Nampak?

Buat sesuatu tak guna akal. Padahal perkara nak bersama PR neh pelan jangka panjang. Ke expect nak berpecah esok lusa? Dengan anggapan UMNO terima hudud? Tak jaga2 dari mimpi lagi ke macam mana puak2 neh tah.

Kalau aku jadi dorang. Kat kertas undi aku tunjuk. Tapi jujur aku cakap. Kalau ko taknak menangkan PKR sekalipun jangan la menangkan BN. Pangkah la calon lain kalau geram sangat dengan PKR. BN kalau menang di Permatang Pauh, dorang akan fikir rakyat terima GST tau tak? So fikir masak-masak sebelum nak memangkah tu hah.

Baca laporan Mkini ;
Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Pada jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang. Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka. Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”

Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit. Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...