Khamis, 7 Mei 2015

Selepas Nafi Akhirnya Tabung Haji Mengaku Juga Beli Tanah Dari 1MDB - Kata Tiada Masalah Tetapi 1MDB Mula Cairkan Aset Satu Demi Satu.

Sejak semalam tersebar beberapa dokumen yang mendedahkan bahawa 1MDB akan menjual 2 lot tanah yang membabitkan projek Tun Razak Exchange kepada Tabung Haji. Berikut beberapa dokumen yang dimaksudkan.


Nilai jual-beli itu dianggarkan pada 772 juta ringgit Malaysia. Urusniaga berkenaan juga melibatkan kelulusan dari pihak kementerian.

Apa yang menyebabkan perkara ini menjadi sangkaan buruk kepada umum ialah ;

1. 1MDB telah membeli tanah-tanah tersebut dengan murah dari kerajaan sebelum ini. Kurang dari harga pasaran. Disebabkan ini kerajaan kehilangan/kerugian berbillion2 ringgit disebabkan 1MDB membeli lot2 tanah tersebut dengan begitu murah dari harga pasaran.

Baca : Kerana 1MDB, 25 billion hilang.

2. Lalu, dengan tanah yang sama, 1MDB menjual pula kepada Tabung Haji. Dengan nilai sebanyak 772 juta. Harga belian ialah 320 juta untuk 70 ekar. 64 perkaki. Sedangkan harga pasaran ketika itu 7,000 per kaki. 2 lot tanah yang bakal dijual ini tidak diketahui berapa keluasannya. Tetapi urusniaga ini melibatkan pelaburan bernilai 772 juta ringgit.

Rujuk berita ;


3. Laporan media menyebut ;

- menjual aset bagi membiayai hutang bernilai 42 billion

- hutang tinggi menjejaskan ringgit dan penarafan kredit Malaysia

4. Ini menyebabkan rakyat mempersoalkan adakah kejatuhan ringgit selama ini berkaitan dengan pelaburan yang merugikan oleh 1MDB (disebabkan hutang tinggi).

5. Dalam pada itu pembelian tanah oleh Tabung Haji dianggap sedang membail-out perniagaan 1MDB menggunakan wang pelaburan/simpanan rakyat yang menyimpan di Tabung Haji.

6. Ada yang beranggapan perkara itu akan meningkatkan kos upah haji di kemudian hari bagi menghalalkan urusan bail-out tersebut.

7. Ada juga yang mempersoalkan, kata 1MDB ada aset2 penting yang perlu dimajukan tetapi kenapa 1MDB mula menjual aset2nya satu persatu untuk mendapatkan modal tunai?

8. Pendapat aku. Ada pro dan contra dengan tindakan 1MDB. 

Pertama. Jika 1MDB menjual aset2 kepada syarikat GLC atau tempatan, sekurang2nya aset berkenaan berlegar2 di sekitar Malaysia.

Kedua. Jika 1MDB didapati gagal membayar hutang, maka aset2 syarikat berkenaan akan dicengkam pihak luar dan ditarik sebagai cagaran sebagai faktor 'membayar semula pinjaman yang tidak dibayar oleh 1MDB kepada mereka'.

Ada baik buruknya. Tetapi sudah tentula akhirnya kesilapan dalam mencaturkan urusan 1MDB neh berbalik semula kepada kerajaan yang salah menyusun strategi bagi memajukan syarikat. Bukan rakyat yang buat keputusan-keputusan pelaburan apa pun.

Jika 1MDB menghadapi masalah untuk membayar pinjaman dan faedah yang tinggi pun, itu salah mereka.

Siapa suruh kau memandai-mandai pinjam?
Siapa juga yang suruh kau memandai-mandai involve dalam bisnes yang kau tidak mahir selok beloknya?
Itu semua salah sendiri. Jangan babitkan rakyat.

Selepas tersebarnya dokumen2 berkenaan. Pada awalnya Tabung Haji nafi. Ya, nafi.

Lihat ;


Selepas menafikan tetiba media melaporkan bahawa Tabung Haji akhirnya mengakui urusniaga itu wujud tetapi ini yang mereka kata ;


- Beli lebih murah dari harga pasaran

- Bukan nak beli semua tanah

- Dokumen yang tersebar sekadar cadangan awal tetapi belum dimuktamadkan

Nampak?

Akhirnya mengaku juga bahawa dokumen yang tersebar itu tulen. Tetapi ia sekadar di peringkat cadangan semata-mata. Belum tentu Tabung Haji akan mengambil keputusan untuk membuat pelaburan yang berkenaan.

Yang aku pelik. Kenapa TH bersikap defensive? Kau ialah perbankan dan terlibat dalam berbagai-bagai jenis pelaburan/perniagaan. Jika sekalipun syarikat kau nak membeli 2 lot tanah, so apa masalahnya? Itu kan sejenis pelaburan. Jual beli tanah ialah perkara biasa dalam syarikat. Ia bukan perkara pelik lagi aneh pun.

TETAPI.

Tabung Haji bersikap defensive. Sangat defensive. Ini maksudnya mereka memberikan kita satu gambaran. Urusniaga itu sebenarnya tidak berlaku di atas kerelaan Tabung Haji ataupun sekurang2nya sebagai sebahagian dari perancangan pelaburan yang Tabung Haji rangka. Ia mungkin last minute punya keputusan. Saat akhir bagi menyelamatkan hayat 1MDB. Sedang dari awal Tabung Haji mungkin tak pernah ada minat mahu melabur disitu.

Nak buta-buta bagi duit ke 1MDB salah.

Maka satu urusniaga diwujudkan.

Supaya duit keluar masuk itu berjaya dijenamakan atas nama lain.

Betul tak prediction aku neh hah?

Rakyat Malaysia bukan bodoh. Itu je aku nak bagitau dorang neh semua. Tabung Haji ke Azeez ke 1MDB ke menteri ke sesiapa pun la. Cuba la bawa2 berfikir sama. Rakyat Malaysia bukannya bodoh, tahu. 

Kbai. 

Sumber rujukan.

https://www.malaysiakini.com/news/297537

https://www.google.com/#q=1mdb+jual+tanah&newwindow=1&tbm=nws

http://www.bharian.com.my/node/53418

http://www.sinarharian.com.my/nasional/beli-tanah-1mdb-tabung-haji-ada-jawapan-1.387683

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...