Rabu, 6 Mei 2015

Hanya Pedofil Bela Pedofil - Awasi Anak Anda, Pedofil Akan Masuk Malaysia Tak Lama Lagi.

Membuat.
Menyimpan.
Menyebarkan.

Polis UK kata kena penjara 5 tahun. UK pun takmao simpan dia. UK kata selepas selesai menjalani hukuman penjara, dia akan dihantar pulang laju2 ke Malaysia.

Media kita pula melaporkan kenyataan kementerian luar negeri dan MARA.

- Bukan 5 tahun. Kena penjara 9 bulan je.
- Perlu beri peluang kedua.
- Bercadang nak merayu supaya dapat dibawa pulang ke Malaysia.

Aku syak la. Syak saja. Mungkin pada awalnya kena 5 tahun. Selepas melalui proses rayuan dari pihak tertentu kepada pihak tertentu disingkatkan kepada 9 bulan. Almaklumla. Negara pernah dijajah merayu pada bekas penjajah. Takan tak boleh kawtim kot.

Sekarang neh. Rajin juga puak2 tertentu sebarkan. Pelajar tersebut berkelakuan baik dalam penjara. Peluang untuk dibebaskan dengan cepat sangat tinggi.

Berkelakuan baik dalam penjara tak pelik. Dah kau dalam penjara. Kalau berkelakuan buruk dah laju2 kena lauk. Depan belakang kiri kanan atas bawah polis merata. Kau nak berkelakuan jahat macam mana setannnnn. Kalau dah hajat kau nak keluar. Lainla kalau ko bercadang nak mampos dalam penjara. Memang ko akan berkelakuan jahat even terkurung sekalipun.

Yang ini pun tersebar juga.

Kata dia la. Bukan aku. Dia yang cakap.


Owh wow.

Kena fitnah?
Itu laptop dia. Tapi kawan dia guna. Maka gambar2 tue semua kawan dia punya.
Itupun patung kawan dia.
Dia tak sengaja duduk bersebelahan patung tue.
Patung tue mungkin sesaja datang untuk duduk sebelah dia atas katil dia.
Dan dia takde kawalan untuk halang/delete/larang sebagainya apa pun la supaya kawan dia tak buat kerja jahat lagi bangang menggunakan laptop dia.
Pendek kata dia tak bersalah.
Semua salah kawan dia.
Dia kena fitnah.
Polis UK bodoh sebab tak reti siasat.
Dia terpaksa mengaku sebab itu laptop dia.

Hm. Oke.

Aku tak sepatutnya gelak sebab emosi tengah terjejas. Tetapi sebab dia aku kena gelak. Kelakar sangat neh hah aku baca dah.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Hello.

Itu laptop kau. Kau ada kuasa dan hak taknak bagi orang guna. Password boleh letak. Gambar boleh delete. Boleh bawa merata. Boleh pantau sentiasa. Patung tue patung dia? Dah tue kenapa atas katil kau? Amek campak laju2 la letak kat katil kawan kau dah kawan kau yang punya. Mengaku bersalah buat apa kalau laptop itu kau yang punya? Just bagitau la itu laptop kau tapi itu gambar bukan kau punya. Tak perlu mengaku salah kalau ko tak bersalah pun. Bukan kena paksa.

Siasatan di UK bukan macam di Malaysia.

Depa follow protokol kaw2 punya. Lebih2 lagi kes yang melibatkan ;

- Kanak2 / Remaja / student

- Orang luar negara

- OKU / wanita

Dan kau sapa nak menfitnah POLIS UK sedang menfitnah pelajar kita?

At least bagi satu bukti solid la yang POLIS UK telah buka semula fail siasatan. Ini setakat cakap sahaja. Aku pun terer ma.

Bukan aku nak tuduh2 sangat pelajar tue pedofil. Tapi hujah yang menyokong dia sebenarnya tak solid. Sekurang2nya dia dah dibuktikan bersalah pun oleh mahkamah di UK. Nak cakap apa lagi? Kalau betul kena fitnah, kena lawan la guna sistem. Buktikan dia kena fitnah. Bukan guna facebook raih simpati.

Pedofil neh bahaya tau. Betul aku cakap. 

Kau tak serik2 baca berapa ramai kanak2 kita kena rogol, kena liwat, kena bunuh?
Kau tak kesian ke?
Kecik2 bayi pun ada yang kena rogol.
Itupun ada yang terangsang.
Inikan pula kalau dah ada 30,000 koleksi gambar.
Lebih teruk, polis UK sendiri menyifatkan 'gambar2 seks melampau yang paling teruk dalam sejarah kes pedofil UK'.

Senang cakap. Pelajar genius kita cipta rekod baru di UK. Tahniah la. Berjaya sangat pahat nama negara di mata dunia. Bukan setakat popular di UK dan Malaysia bahkan serata dunia kenal wajah dan nama dia. Bangga la sikit kawan oi.

Apa yang dia kena tuduh?

Ada gambar. Video pun ada. Simpan dalam laptop dan sebarkan/edar.

Tahu?

Aku tak pasti apa maksudnya 'ADA'. Adakah gambar tue dia cari dan simpan. Atau dia produce sendiri. 

Aku lagi tak faham video. Adakah maksudnya aktiviti rogol/liwat kanak-kanak dirakam dan dia tengok berulang kali?

Jijik gile bila aku fikir-fikir.

Cuma aku teringat jalan cerita. Dalam mana-mana kes penyiasatan pedofil mereka berkongsi kronologi yang serupa.

Ianya bermula dari khayalan. Apa rasanya kalau aku rogol budak2. Apa rasanya kalau aku liwat kanak2. Aku tengok2 gambar. Simpan2 buat koleksi. Tenung2 dia. Nak tengok budak2 neh berbogel dan berlari. Bermain dan ketawa. Pegang2 budak2.

Mula2 cium muka.
Cium dahi.
Usap2 rambut.
Sayang2.
Bawa jalan2.
Beli gula2.
Manja2 dengan dia.
Ajak main.

Kemudian beli baju.
Salinkan baju baru bagi dia.
Budak dah biasa 'dibukakan' baju.
Dan akan dibiasakan lagi untuk buka baju di masa-masa akan datang.
Masa tue dari khayalan bertukar realiti.
Dia mao benda tue betul2.
Takmo ada dalam kotak fikiran lagi.

Kau semua fikir betul2.
Kau nak MARA bela orang macam neh?
Kau nak kementerian luar negeri bawa balik laju2 orang macam neh?
Kau nak dia duduk dengan kita?
Dengan anak2 kecil bersepah dan merata di Malaysia?
Kau yakin anak2 kau semua akan selamat dengan kehadiran dia?
Kau yakin dia kena fitnah?
Kau rasa dia kena naya?
Maaf. Aku taknak dia.
Aku taknak dia ada dalam negara neh sekalipun.
Aku ragu2 memang kuat.
Keselamatan anak2 kecil bukan perkara main-main.
Itu yang dikenali.
Yang tak dikenali pun bersepah.
Persekitaran kita cukup bahaya.
Sebab polis sibuk jaga twitter.
Kita kena protect diri kita.
Ancaman sedia ada pun kita tak terjaga.
Ini nak tambah ancaman baru?
Pada aku. Kalau nak dia ada, penjarakan, kawal atau ikuti dia 24 jam. Aku cakap terus terang. Budak yang diam-diam, perwatakan baik-baik inila sebenarnya berbahaya dari yang huha huha tak tentu hala. Diam-diam mereka menyimpan strategi. Mereka berfikir macam mana nak susun langkah supaya jenayah mereka terancang. Kau semua fikir-fikirla. Aku memang taknak dia ada kat negara neh. Sekurang2nya sehingga dia dibuktikan telah dianiaya.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...