Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Mei 2015

Dah Bosan Baling Kerusi Kini Tumbuk Orang - Penyokong BN & PR Kini Mengganas Tak Tentu Hala Demi Parti YG Tak Heran Nak Bantu Mereka.

Skill mesti mao tunjuk. Buat apa simpan dalam almari. Bakat terpendam mesti mao tayang. Baru boleh berbangga diri. Lepas dah tumbuk orang boleh la salahkan orang lain laju2 kan.

Pergh.

Berapi gak kena ayat provoke macam neh kan. Mao tak berapi otak kau kena sindir. Betul tak? Dan point-point sindiran itu aku tujukan pada partisan PR dan BN. Atau lebih tepat. PKR dan UMNO. Korang terasa la. Aku suka korang terasa. Sebab ianya nikmat kot. Korang menggelupur aku seronok maaa.

Sekarang neh. Memasing dok update konon parti lawan kasar dan ganas nak mampuih.

Di sebelah PR. Ini hujah mereka ;


Suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Guar Perahu sekali lagi bertukar kecoh apabila penyokong BN bertindak agresif dengan membaling botol air dan kerusi plastik, sebentar tadi.
Kekecohan tersebut telah menakutkan para pengundi yang hadir untuk membuang undi terutamanya warga emas serta golongan kurang upaya.
Walaubagaimanapun, keadaan huru-hara selama lebih lima minit itu berjaya diakhiri dengan tindakan segera anggota keselamatan.
Akibat dari kekecohan dan provokasi kotor tersebut, keadaan lalu lintas yang sedia sesak menjadi bertambah sesak dari Guar Perahu ke Penanti. – Roketkini.com

Dan ini pula yang dikemaskinikan oleh geng BN ;


Parti baling kerusi VS parti baling kerusi.

Bukan kita tak biasa tengok UMNO dok baling2 kerusi ketika pemilihan parti. Mengamuk sana sini. Sama seperti kita dibiasakan dengan insiden baling kerusi, meja semua cukup ketika dalam pemilihan PKR. Kini mereka bertembung sesama mereka maka semakin berlagak samseng la memasing pun.

KAH KAH KAH

Oke.

Aku taknak heran la dengan parti2 baling kerusi, meja neh apa semua bergaduh sakan. Mereka dan aura kesamsengan mereka memang kita dah tengok sejak awal.

Cuma aku terfikir2 la.

Selepas kau mengamuk lepas tue apa?
Selepas kau terjerit sana sini lepas tue apa?
Selepas kau baling batu lepas tue apa?
Selepas kau membiarkan diri kau rasa marah dengan hal2 kecik neh lepas tue apa?
Selepas kau bergaduh sesama penyokong lepas tue apa?
Baling botol, takutkan OKU, belasah wartawan dan ejek mengejek sesama sendiri lepas tue apa?

Apa faedah yang kau dapat?
Kau sebagai penyokong atau ahli yang taksub takan dapat apa-apa.

Calon yang menang dapat gaji besar.
Nak ponteng parlimen pun takde masalah.
Gaji jalan. Bukan ada 'punch-card' atau 'report-card' bagai untuk lapor prestasi kehadiran dan kualiti kerja pun.

Dalam atau luar media parti sentiasa puji.
Touch up imej baik punya macam dewa dewi.

Dan kau apa?
Kau rasa dorang nak turun bantu kau?
Tolong selesaikan masalah kau?
Sebab tue kau semua beria2 bergaduh bagai taksub macam orang hilang akal?
Yang kalah pun tak rugi tau. Next time cover untuk pemilihan parti pula. Dan kau apa?
Kau semua tak dapat apa-apa pun la. Setakat dok tunjuk kebodohan piang masing2 dalam media ada la.

BANGANG!

KAH KAH KAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...