Rabu, 18 Februari 2015

Siapa Bunuh Altantuya & Kenapa - Sirul Pertimbang Guna Station TV Australia Dedah Rahsia - Siapa Gelabah Sekarang?

Jeng jeng jeng...

Sirul dilaporkan sedang mempertimbangkan secara seriyus mahu mendedahkan siapa, kenapa dan bagaimana kes pembunuhan Altantuya boleh berlaku pada tahun 2006.

Sirul juga sedang berunding dengan beberapa station tv dari Australia bagi mendedahkan konspirasi dan dalang disebalik kes pembunuhan tersebut. Menurut Malaysiakini, Sirul sedang mempertimbangkan secara seriyus bagi mendedahkan segala-galanya menggunakan media Australia termasuklah menggunakan saluran tv tempatan (media Australia).

Malaysiakini berpeluang menemubual Sirul yang kini ditahan di Australia. Walaupun ditahan, Sirul diberikan kemudahan telefon dan akses internet bagi tujuan komunikasi.

Wow.

Special treatment. Adakah ini memang perkara biasa atau hanya melibatkan Sirul dan tahanan berprofil tinggi semata-mata? Yang pasti. Tindakan Sirul ini amat tidak disenangi pihak tertentu. Ia boleh jadi dua kemungkinan.

Pertama. Sirul beri hint. Jika Malaysia enggan melepaskan dia menerusi jalan undang2, maka dia akan bertindak membocorkan segala-galanya.

Kedua. Sirul beri hint. Ini adalah petunjuk bahawa dia akan UTURN tanpa mempedulikan apa yang akan berlaku selepas ini.

Dan. Kita selepas ini akan menyaksikan. Siapa yang kepanasan kerana mengelabah dengan tindakan terbaru Sirul.

KAH KAH KAH

Apa2 pun. Aku simpati pada anak2 Sirul yang jadi mangsa. Tak pasal2 tak dapat ke sekolah untuk meneruskan pelajaran. Mungkin Sirul patut bawa mereka kesemua sejak dari awal lagi sewaktu melarikan diri dan bersekolah di Australia. Tekanan beb dok Malaysia. Takut pun ia juga. 

Baca laporan dari Malaysiakini di bawah ;

Selepas ke Australia, bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?

 


Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.

“Saya belum putuskan untuk ditemubual,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Difahamkan bahawa beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul (atas), yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.

'Bertindak atas arahan'

Sementara itu, Sirul memberitahu bahawa dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.

 


“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

“Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.

Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.

“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.

Dari jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, akibat kesnya.

Kambing hitam

Bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk motif pembunuhan itu yang masih misteri.

 


Najib, ketika masih timbalan perdana menteri, bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tiada kaitan dengan kes itu.

Bekas pembantunya, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda (kanan) pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.

Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia.

Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...