Khamis, 19 Februari 2015

FOBN Fitnah Lagi - Gambar Anwar Pegang HP Adalah Gambar Sebelum Masuk Penjara - Delete Gambar Selepas Kantoi.

Aku dah godek2 page FOBN.

Aku cari, cari dan cari.

Tak jumpa.

Maksudnya dah delete la tue selepas terkantoi. Ada satu lagi isu bangang yang depa sebarkan pasal Anwar Ibrahim. Yang tue aku akan dedah selepas neh. Sekarang betulkan dulu fitnah depa tentang telefon bimbit terlebih dahulu.

Ini gambar yang kawan2 fb sempat snapshotkan sebelum dipadamkan oleh FOBN. Ehsan admin page Suara Rakyat yang selalu betulkan fitnah FOBN.


Dah kantoi delete la apa lagi.

Selalu dok galak fitnah PR sana sini.

Kali neh terfitnah pula geng sendiri. Mangsa mereka ialah Jabatan Penjara Malaysia. Sehingga Jabatan Penjara Malaysia terpaksa gunakan media arus perdana untuk betulkan auta dan fitnah dari page FOBN.

Ini kenyataan yang disiarkan oleh Bernama ;

Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial adalah gambar beliau semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lepas dan bukannya ketika di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim, berkata ketika itu Anwar masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara.

"Pemeriksaan dan kawalan pengiringan secara dekat dan ketat mendapati tiada telefon diberi atau dibawa oleh Anwar sepanjang beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

"Adalah ditegaskan bahawa tatacara pengiringan dan kawalan ke atas Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Penyebaran gambar Anwar di laman sosial itu mempertikaikan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam keadaan tidak bergari, memegang telefon bimbit dan memakai pakaian sendiri.

Semalam, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara, hadir di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah.

Mengenai pakaian, Supri berkata setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.

"Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, Anwar memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian berwarna lain.

Supri berkata, berhubung isu gari pula, banduan yang dibawa ke luar dari penjara tidak semestinya bergari seperti ketika banduan dibawa menghadiri perbicaraan.

"Prosedur ini dilaksanakan kepada semua banduan dan bukan hanya ke atas Anwar sahaja. Prosedur sama diguna pakai ketika membawa Anwar ke mahkamah. Gari digunakan ke atas banduan berisiko, cuba melarikan diri, berpotensi mencederakan diri atau orang lain.

- BERNAMA


------------

Luar penjara kena fitnah.
Dah dok dalam penjara pun kena fitnah lagi.
Apa ke gilanya kau semua wahai penyokong2 BN?
Dah sebati dengan jarum fitnah sampaikan rasa macam nak mampos ke bila tak fitnah 1 hari?

Apa2 hal, aku nak tanya dua soalan. 

Apa PDRM dan jabatan penjara nak buat bila FOBN sebar fitnah ke atas kau semua? Ada tangkapan, siasatan, dakwaan? Police of twitter mana woi?

Dan FOBN, sedap tak? Menjilat jari ke? Fitnah geng sendiri?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...