Rabu, 18 Februari 2015

Gambar2 Demo Solidariti Bebaskan Anwar Ibrahim Yang Tiada Sokongan..

Semalam Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari penjara bagi menghadapi perbicaraan kes saman fitnah yang membabitkan menteri luar negeri, Anifah Aman. Maka. Kesempatan itu diambil bagi menyatakan solidariti kepada Anwar Ibrahim yang baru-baru neh terpenjara disebabkan didapati bersalah dalam pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. 

Antara poster solidariti yang dibuat bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Dan. Beberapa pihak yang menyokong Anwar Ibrahim telah tampil hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan dan tanda simpati.

Berikut adalah gambar2 solidariti pada pagi selasa, 17 februari yang lepas.





Dan.. wartawan serta jurugambar lebih ramai jumlahnya berbanding jumlah penyokong.

Pagi selasa adalah waktu bekerja. Kakitangan swasta dan kakitangan kerajaan bekerja pada hari ini sebelum cuti bermula pada hari rabu bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Tapi aku tak fikir ini sebabnya kenapa jumlah kehadiran yang menyokong Anwar tidak ramai yang hadir.

Sebab suatu ketika dahulu, ketika keputusan perbicaraan dibacakan pada tahun 2013, yang mana Anwar dilepaskan dari pertuduhan liwat dan didapati tidak bersalah, yang datang untuk memberikan sokongan sangat ramai meskipun pada waktu dan hari bekerja.

Segala-galanya mula berubah secara perlahan-lahan yang mana rakyat dan penyokong semakin 'pedap' untuk hadir berdemo dan bersolidariti.

Dan insiden Kajang-Movie akhirnya memberikan satu keputusan kepada mereka yang ragu2 samada perlu terus berdemo untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan dan kezaliman ataupun kita berhenti disini, cukup, dan mula kerah otak bagi mencari strategi baru untuk terus melawan.

Buktinya. Tidak hanya demo bersolidariti menyatakan bantahan kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh unsur2 politisma, bahkan selepas itu demo demi demo yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat atas apa sebab sekalipun tidak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia.

Ceramah Anwar ataupun ceramah tanpa Anwar.
Solidariti kepada Anwar ataupun bukan solidariti kepada Anwar.
Kesemua yang dianjurkan tidak mendapat tempat di ahti rakyat.

Trigger dia ialah Kajang-Movie.
Tetapi ia bermula lama sejak wakil rakyat pembangkang sendiri yang mengatakan bahawa mereka akan berlawan di parlimen. Mereka akan masuk ke parlimen sebagai wakil rakyat dan berlawan di sana manakala rakyat boleh memilih untuk melawan ikut cara masing-masing. Pimpinan parti membina jarak. Menjauhkan diri dari rakyat Malaysia.

Satu ketika dahulu, rasa marah rakyat kepada Barisan Nasional memang setinggi gunung. Tapi pada ketika ini rakyat mula rasa bingung. Kerana apa yang rakyat marah pada BN, rupa-rupanya turut dilakukan oleh PR. Maka, rakyat bingung.

Bila rakyat bingung, keliru, teragak-agak, was-was, rasa syak kepada matlamat dan hala tuju Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberikan sepenuh komitmen kepada apa yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

Kerana itu demo solidariti kepada Anwar Ibrahim tidak mendapat tempat di kalangan pejuang. Walaupun aku marah, dia marah, ko marah, kita marah terhadap apa yang tertimpa ke atas Anwar Ibrahim.

Ini berlaku kerana rasa marah dan terkilan kita kepada Pakatan Rakyat melebihi dari rasa marah kita kepada apa yang tertimpa ke atas Anwar Ibrahim.

Selama mana kita bersama dengan Pakatan Rakyat, adakah mereka benar-benar beranggapan bahawa kita ini ialah kawan-kawan seperjuangan mereka ataupun sekadar alat yang boleh digunakan ketika perlu? Pernah atau tidak mereka mahu menghargai setiap tindakan dari kita dengan mengambil peduli akan apa yang kita perjuangkan ataupun sekadar ambil peduli apabila ianya bersesuaian dengan matlamat dan halatuju parti yang mensasarkan kuasa dan pangkat?

Seperti hubungan pasangan kekasih atau suami-isteri. Ia memerlukan kedua-dua pihak untuk saling bekerjasam bagi membina perhubungan yang stabil. Seperti itu juga la hubungan Pakatan Rakyat dengan para pejuang. Ia tidak boleh hanya rakyat aje yang berkorban sana sini itu ini berdemo bersolidariti atau ditangkap polis dan dibelasah hilang kerja hilang kebebasan dan hilang segala-galanya. Pakatan Rakyat sendiri tak memainkan peranan mahu menstabilkan hubungan mereka dengan rakyat Malaysia. 

Pakatan Rakyat ada masalah dalaman parti masing2. PKR ada masalah. DAP ada masalah. PAS ada masalah. Dan sesama mereka pula ada masalah dengan parti2 kawan pula. DAP ada masalah dengan PAS. PAS ada masalah dengan PKR. PKR ada masalah dengan DAP. 

Dan apa. 17 februari. Kita berhimpun. Mari la bersama-sama. Bersolidariti demi Anwar Ibrahim yang dizalimi.

Pundek. Kepala butoh. Atau mungkin, lancau?

Selesaikan masalah yang korang sendiri hadapi terlebih dahulu maka baru la kau semua boleh mengajak rakyat untuk selesaikan masalah yang lebih besar.

Tetapi sekarang diri kau semua tengah kelam kabut bercakaran sesama sendiri. Orang luar tengok pun pening kepala. Masalah yang sedia ada kau semua gagal selesaikan, kau semua nak tokok masalah baru buat apa. 

Korang tak focus. Tak sefahaman. Seperti waktu dahulu. Sewaktu rakyat membanjiri ceramah Pakatan Rakyat. PAS, DAP dan PKR hanya ada 1 matlamat dan 1 halatuju. Halatuju dan perjuangan itu pula selari dengan kehendak rakyat. Maka kita mampu bersatu dan berpadu.

Tapi alasan untuk kita bersatu dah lama hilang sejak terjadinya insiden Kajang-movie. Lalu, macam mana?

Mesti aku cakap. Walaupun ia menyakiti. Hanya aku nampak keluarga Anwar yang bersungguh amek port dan peduli atas apa yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim. Perkara neh sebenarnya dah dilalui oleh berapa ramai pejuang di luar sana. Hanya diri mereka, sahabat, rakan dan saudara mara dan keluarga je yang ambil peduli setiap masalah2 yang dihadapi oleh mereka akibat terkesan dengan tindakan melawan Barisan Nasional.

Dan ia berbalik kepada Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sikap pentingkan diri kita akhirnya memakan diri apabila rakyat juga memilih untuk lebih pentingkan diri mereka berbanding orang lain. Rakyat buat apa yang pernah kita buat dulu, jadi macam mana?

Aku rasa tatau la. Mungkin lebih banyak ejekan yang Wan Azizah terima apabila dia beritahu wartawan yang Anwar Ibrahim digigit ratusan nyamuk ketika mahu tidur di dalam penjara sedangkan suatu ketika dahulu ratusan nyamuk pernah juga menggigit pejuang yang berlawan di KG. Chubadak. Kita mahu dengar suara PR yang jelas, garang, tegas dan melawan disitu, tetapi impian kita hampa dan mimpi kita masih lagi mimpi pada hari ini.

Lagipun penggunaan ayat 'ratusan nyamuk' itu sebenarnya mengundang lebih banyak cemuhan seolah-olah beratus-ratus nyamuk datang menyerang Anwar Ibrahim. Bukan aku nak menyindir Anwar Ibrahim yang terperosok di dalam, aku tak setuju dan tidak pernah bersetuju tindakan memenjarakan batang tubuh itu tetapi orang2 yang berada di luar, yang mahu menyokong dia, perlu gunakan ayat dan tindakan yang betul bagi menyatakan sesuatu supaya rakyat yang mendengar rasa simpati dan bukan rasa meluat dan menyampah.

Nurul Izzah kata berat badan Anwar susut selepas 73 jam duduk dalam penjara.

Tapi Anwar rupa-rupanya berpuasa.

Dan beratnya tak la nampak susut secara mendadak walaupun wajahnya kelihatan cengkung dan muram.

Sapa tak rasa sedih apabila kebebasan kita sebagai manusia yang merdeka diragut. Anwar Ibrahim adalah orang yang paling sedih dalam insiden liwat II kerana masa, usia, kebebasan dan hak dia yang dirampas dan hilang ketika ini. Sesedih mana pun Wan Azizah dan Nurul Izzah, Nuha atau Ilham ia tetap tidak akan menyamai kesedihan yang dialami oleh Anwar Ibrahim.

Oleh kerana itu, gunakanla strategi yang betul bagi menyalurkan rasa sedih supaya kelaknya nanti yang datang kepada kita ialah sokongan dan bukannya sindiran dan ejekan.

Persepsi buruk yang datang kepada Anwar Ibrahim melebar dalam insiden Kajang-Movie maka setiap yang mahu menunjukkan rasa simpati kepada Anwar Ibrahim tidak boleh lagi menambahkan rasa benci dan meluat terhadap Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat.

Sehingga ini PKR perbaiki, PR perbaiki, Wan Azizah dan Nurul Izzah perbaiki, dan selepas itu sokongan akan kembali semula seperti waktu dahulu. Jika tidak, demo PR hanya mengulangi apa yang berlaku pada 17 februari yang lepas. Jurugambar lebih ramai dari jumlah penyokong.

Fikir2kanla.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...