Isnin, 16 Februari 2015

Kerana TG Nik Aziz, UMNO Bercakaran Sesama Sendiri.

Sibuk bercakap tentang PAS dan allahyarham TGNA yang mengundang perpecahan kononnya. Padahal dalam kapal sendiri, dengan geng-geng sendiri, korang sesama sendiri pun tak sependapat dan jauh sekali bersefahaman dalam semua perkara.

Lagi ada ahti nak kutuk orang sebab orang tak berminat nak bersatu atas nama bangsa. Padahal lue semua yang bersatu atas nama bangsa pun dok bercakaran sesama sendiri tak hingat dunia. ABATA la sangat.

KAH KAH KAH

Baikla. Sejak beberapa hari lepas. Bermula dari tindakan menteri komunikasi, Shabery Cheek. Yang memutuskan untuk menyiarkan bacaan ayat-ayat suci di RTM, bagi menyatakan tanda keprihatinan di atas pemergian tuan guru Nik Aziz pada tanggal 13 februari yang lepas.

RTM. HotFM. Awani. Bahkan tv3 juga.

Mereka semua memberikan slot khas berupa bacaan ayat-ayat suci Alquran dan Alfatihah di atas kematian tokoh agamawan terkenal itu.

Najib Razak juga dikhabarkan menangis ketika upacara pengkebumian tuan guru pada jumaat lepas.

Malahan, ketika sedang berucap di satu forum, Najib Razak yang mendapat perkhabaran tersebut berhenti dari berucap dan sedekahkan Alfatihah kepada tuan guru dan ketika dia melafazkan bahawa tuan guru telah tiada, riak wajahnya memang kelihatan sebak.

Benda tak dibuat-buat. Aku cakap apa yang aku nampak la.

Dan, apa yang berlaku kesan daripada keprihatinan yang ditunjukkan oleh beberapa pimpinan UMNO dan media arus perdana, terdapat geng2 UMNO seperti bloggers dan penyokong2 UMNO yang rasa kurang senang dengan reaksi tersebut.

Bagi mereka tindakan itu seperti berlebih-lebihan. Aku tak nafikan yang aku terfikir-fikir juga. Semasa tuan punya badan masih hidup dan bernyawa, kemain lagi dok putar belit keterangan tuan guru disamping selit fitnah sana sini.

Bila arwah sudah tiada. Tiba-tiba liputan meluas datang kepadanya. Liputan berita pula bukan untuk kutuk mengutuk tapi puji memuji. Sudah tentu la Utusan, TV3 dan Mahathir mungkin entiti yang aku kira, orang nak tengok apa reaksi mereka. Positif dari TV3. Dari Mahathir dan Utusan aku tatau.

Semasa hayatnya, tuan guru dilarang jadi imam. Di larang menyampaikan kuliah di masjid. Hanya di Kelantan semata-mata. Yang benarkan tuan guru jadi imam kena pecat pun ada. Tok guru dikatakan sesat. Tetapi sehingga kini, kata-kata sekadar kata-kata tanpa pembuktian yang sahih. Tiada tindakan undang2 diambil ke atas tuan punya badan pula. Macam ko kata Ayah Pin sesat. Tahu pula nak gunakan ruang undang2 bagi membanteras kesesatan tersebut. Kalau sungguh tuan guru sesat, PAS sesat, sepertimana yang Al-Maunah pernah kena, sudah tentu la PAS pun dah lama kena sekat dari dibiarkan aktif dan berorganisasi di Malaysia kan?

Tapi mana semua tue?
Takde tindakan apa pun dari pihak kerajaan.

Nampak?
Nampak??

Dan.

Rentetan dari rasa meluat kepada pimpinan UMNO yang tertentu, terdapat geng2 UMNO yang tengah panas ahti. Tak boleh tengok reaksi positif pimpinan mereka dalam menghadapi kematian tuan guru.

Contoh.


Punca?

Kerana penulisan oleh pimpinan UMNO tertentu yang mengulas tentang kematian tuan guru. Antaranya, kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua puteri UMNO ;


Nampak?

Tuan guru disebut sebagai pejuang Islam oleh ketua puteri UMNO Malaysia.

Maksudnya?

Kita kata orang tue sesat semasa dia hidup.
Bila dia dah takde kita label dia pejuang Islam pula.
Maksudnya kita menafikan pertuduhan pertama.
Sebab itu datangnya kenyataan kedua.

Maka sudah tentu la geng2 UMNO yang dok sakan maki hamun tuan guru pagi petang siang malam subuh tengahari waktu senja rasa sentap dengan kenyataan tersebut kerana kenyataan tersebut memperbodoh-bodohkan peranan pelawan-pelawan dan pengutuk-pengutuk tuan guru.

Kadang2 kita dengar pimpinan UMNO ceramah. Dok kutuk2 pimpinan tertentu sesat dan sebagainya. Dah ahli pula terserap dengan kenyataan tersebut kerana berkali-kali diceritakan.

Dan bila individu yang kita dok ceramahkan siang malam sebagai sesat semasa hidup, tiba-tiba kita kata plak dia pejuang Islam selepas tiada. Sudah tentula ahli2 yang dah tertipu dengan kenyataan2 bangang kita akan rasa sentap dan panas. Apa neh woi. Kejap lue kata dia sesat. Neh lue kata dia pejuang Islam pula. Yang mana satu neh woi. Sesat kah dia atau pejuang Islam kah dia.

Kan ini contradiks namanya.

Inila yang membuatkan geng2 UMNO rasa sentap sesentap sentapnya dengan pimpinan mereka. Orang tunjuk baik pun kena marah. Orang jadi jujur pun salah. So ini memberikan satu gambaran bahawa geng2 UMNO kita tak suka pada pimpinan UMNO yang cenderung kepada kebaikan, kejujuran dan kebenaran. Mereka mahu dan mungkin suka kepada pimpinan jahat, kaki rasuah, kurang ajar dan mengarut kot.

Ini pun salah di kaca mata mereka.


La. Bagusla bacaan Alquran. 

Cuba dibuatnya depa pasang konsert apa bagai untuk meraikan kematian. Kena kutuk juga. Ini orang pasang ayat-ayat Alquran pun nak complain. Jika pada RTM tujuannya menyampaikan rasa hormat, maka pada kita dengar la buat penyejuk minda dan jiwa.

Aku banyak tak bersetuju dengan ustaz Kazim dan UFB. Tapi ceramah dorang aku selalu dengar. Ustaz Kazim tue lagi la hari2 kat ASTRO sampai ulang-ulang pun aku dengar.

Yang baik aku amek. Yang aku rasa mengarut, aku tolak tepi.

Kebencian melulu terhadap seseorang yang kita tahu dia tak jahat hanya dia tidak mahu menyatukan PAS dan UMNO atas nama bangsa maka kita nak benci dia sebenci bencinya macam diri kita neh tentu syurga pula. Buat apa. Kadang2 penyokong2 UMNO neh aku perati. Bercakap hadis memang sembang power. Tudung pun tak pakai. Maaf la. Bukan nak main isu peribadi. Tapi aku keliru dengan pemahaman dorang sebenarnya. Ko cakap sesuatu yang lain tapi tindakan ko pula tak sepadan dengan apa yang ko lafazkan. Mana la orang tak keliru.

Satu lagi. Kita neh kena belajar yang kita neh sebenarnya dah tersilap langkah dalam melakukan tuduhan ke atas tuan guru. Tak guna kita pegang pada tuduhan lama. Bukannya ada kebaikan buat diri kita. Tak payah nak ego tak tentu pasal. Tuan guru Nik Aziz tidak pernah dibuktikan sesat maka dia tidak sesat. Pegang yang ini. Kerana undang2 di negara ini tiada rekod atau catatan yang mengatakan tuan guru pernah didakwa atau dihukum atas pertuduhan sesat akidah. So apa hak korang dalam melabel tuan guru sesat dan sebagainya pula.

Itu satu.

Yang kedua. Tuan guru memang memperjuangkan Islam selama mana hayatnya. Ada pendapatnya yang berbeza dari sesetengah pihak. Tetapi pendapat2 itu tidak pula melayakkan sesiapa pun atas apa tujuannya sekalipun bagi menyesatkan tuan guru. 

Yang ketiga. Berhenti rasa benci dan sakit ahti atas kenyataan2 dari berita yang diputarbelit demi tujuan menfitnah tuan guru.

Kita neh ada otak, ada akal, ada fikiran, bukan pula kekurangan bagi mencari tahu kebenaran.

Jika aku boleh betulkan tuduhan ke atas Ibrahim Ali yang kononnya masuk wad selepas mengkritik tuan guru kerana kebenaran itu lebih penting berbanding nak rasa syok kutuk presiden PERKASA itu kenapa pula korang semua yang sembang berapi2 bab hadis, bab agama, bab perjuangan penyatuan bangsa melayu, sembang Islam tak lekang dari lidah tak boleh buat yang lebih baik dari aku?

Tunjukkan la sikap bahawa pejuang2 Islam UMNO macam korang neh lebih baik dari seseorang yang bukan pejuang Islam macam aku neh hah.

Tolong la.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...