Selasa, 17 Februari 2015

Rakyat Malaysia Kena Tipu Hidup2 Dengan SPAD - Dibuli Bagai Tiada Maruah Diri.

Rakyat Malaysia bodoh. Rakyat Malaysia semuanya bangang dan bahlol. Rakyat Malaysia jenis takde maruah diri. Rakyat Malaysia boleh diperkotak-katikkan bagai sampah sarap yang tak berguna. Silap2 sampah pun ada harga. Ada yang boleh recycle. Berbeza pula dengan rakyat Malaysia. Maruah mereka di bawah tapak kaki pemimpin dan pemerintah. Apa sahaja yang pemerintah buat samada rakyat suka atau tak suka itu rakyat punya pasal. Yang penting aku adalah big boss dan rakyat Malaysia adalah sekumpulan manusia yang bingai2 belaka sebab tak mampu melakukan apa-apa bagi menyekat tindakan aku.

MUAHAHAHAHAHAHA.. (gelak jahat).

Pada Oktober yang lepas, SPAD telah mengatakan bahawa ;

1. Penguasaha bas meminta agar tambang bas ekpress dinaikkan.

2. Maka SPAD pun bersetuju dengan usul berkenaan.

3. SPAD menghantar cadangan kepada kementerian.

4. SPAD juga mengatakan kenaikan tambang bas ekpress adalah munasabah.

5. Ini berikutan pemotongan subsidi minyak yang dilakukan kerajaan melalui rasionalisasikan subsidi.

Baca ;




Keyword = tambang bas ekpress perlu naik = kerana harga minyak naik.

Ini point penting.

Dan. Selepas beberapa bulan berlalu. Kita melihat harga minyak pula turun. Dan semakin lama semakin turun. Maksudnya semakin murah la harganya. Tidak hanya melibatkan pasaran Malaysia bahkan internasionale'.

Dan. Rakyat mempersoalkan. Setiap yang naik pada suatu ketika dahulu yang menggunakan alasan minyak naik, maka ianya perlu diturunkan semula sesuai dengan penurunan harga minyak. Antaranya, sudah tentulah isu tambang bas ekpress.

Dan, apa pula respon SPAD tentang isu yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia?

Ini jawapan Syed Hamid Albar.



Bapak gila kurang ajo. Gamaknya dia ingat kita neh boleh dipijak sesuka ahti kot. Pula tue pijak kita guna kasut tumit tinggi. Slumber dia jek.

Masa nak menaikkan tambang bas. Apa alasan yang dia guna untuk MEMUNASABAHKAN kehendak mereka?

HARGA MINYAK NAIK.

Dan kini apabila harga minyak sudah turun. SPAD sepatutnya berada di posisi rakyat Malaysia. Pengguna. Tapi SPAD pergi duduk sebaris dengan syarikat aka pengusaha bas ekspress dan menjadi jurucakap kepada mereka pula.

Alasan SPAD. Banyak faktor perlu diambilkira dan tambang bas tidak boleh diturunkan. Harga minyak tidak boleh dijadikan asas. Untuk turunkan harga tambang. Tapi masa dulu kau sendiri yang jadikan harga minyak sebagai asas ketika LULUSKAN usul MENAIKKAN TAMBANG BAS.

Dan sekarang harga minyak turun dan harga minyak tidak boleh dijadikan asas untuk turunkan tambang bas?

Apa rakyat Malaysia neh semua BODOH nak MAMPOS ke yang sampai SYED HAMID ALBAR SLUMBER GILA MEMBULI DAN MEMPERBODOH-BODOHKAN HAK KITA sebagai pengguna?

Syed Hamid Albar ialah pengerusi SPAD.
SPAD ialah agensi kerajaan.
Peranan SPAD ialah berdiri di depan pengguna.
Pengguna desak turunkan tambang. Dan SPAD sepatutnya mencari solusi dan memastikan pengusaha bas turunkan tambang bersesuaian pula dengan alasan mereka ketika harga minyak naik. Sebaliknya pula berlaku. Masa harga minyak naik, SPAD satu geng dengan peniaga. Bila harga minyak turun, SPAD satu geng lagi dengan peniaga. Habis tue buat apa wujudnya SPAD kalau kewujudan mereka satusen pun tak berguna untuk membantu pengguna seperti kita semua neh hah?

Dan sebagai pengerusi sikit punya tak malu, tak takut, tak rasa terjejas atau rasa was-was wajar atau tidak dia membela dan menjaga kepentingan pengusaha bas berbanding menjaga kepentingan rakyat Malaysia aka pengguna.

Nampak tak?

Slumber gila dia buli rakyat Malaysia. Tapi pada SPAD ke kita nak persalahkan? Selama neh apa peranan kita untuk memastikan SPAD tidak memperkotak-katikkan diri kita?

Ada kita bersuara?
Ada kita membantah?
Ada kita berdemo?
Ada kita melawan?
Ada kita marah?

Kita tak buat apa-apa pun.

Kita biar aje SPAD buli kita dengan sesuka ahti mereka. Maka. SPAD pun amek la kesempatan sebab dia tahu rakyat Malaysia lemah, takde keinginan, kemahuan, kemampuan ataupun kesungguhan untuk bebaskan diri dari unsur2 pembulian, kezaliman mahupun penindasan.

Maka jadi la seperti sekarang. Rakyat Malaysia berada di tangga paling bawah sekali perlu difikirkan tentang kepentingan dan hak mereka berbanding kapitalis ataupun peniaga-peniaga khususnya peniaga2 besar.

Nak salahkan si kaki buli. Memang boleh. Tapi lebih baik salahkan diri sendiri sebab biarkan diri kena buli. Sampai bila rakyat Malaysia mahu mengambil pendirian berdiam diri bila dibuli? Dah memang takde maruah ke apa kita semua neh?

Lue fikirlah sendiri. 



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...