Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Oktober 2014

Saudara Rapat Menteri Dapat Kontrak Kerajaan RM77juta.


DAP hari ini mempersoalkan kewajaran saudara kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, atau adakah mereka sahaja yang menawarkan kontrak yang paling rendah," soal Pua pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan akhbar perniagaan The Edge pada 12 September berkata, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.
Kod Efisien menerima konsesi berkenaan pada 2003 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kontrak itu berubah tangan namun diserahkan kepada Lembah Sari, menimbulkan persoalan bagaimana konsesi dianugerahkan kerajaan," kata Pua memetik laporan The Edge -TMI-

1. Bila ia melibatkan tender kerajaan kepada saudara mara sudah tentula perkataan nepotisme dan kronisma tidak dapat lari dari diperkatakan oleh masyarakat.

2. Persoalan DAP wajar diperjelaskan kepada rakyat secara terbuka.

3. Apakah wujud unsur2 favoritism dalam urusan pengagihan kontrak.

4. Sungguh pun begitu DAP sudah hilang kelayakkan dan kredibliti untuk menyoal tindakan BN. Kerana sama seperti BN, PR juga dua kali lebih. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Begitulah yang diibaratkan. Jenis talam muka tak tau la aku berapa banyak punya topeng dorang pakai setiap hari.

5. Pun begitu, aku rasa ramai kot faham pendirian aku. Kroni ada yang baik, ada yang buruk. Kroni baik yang boleh buat kerja aku raikan. Persoalannya adakah setiap kroni2 di Malaysia dipilih berdasarkan prestasi ataupun favoritism semata2?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...