Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Oktober 2014

Isu Octobefest : Surat Terbuka Untuk Dr. Wong Chin Huat - Aktivis Politik Pro DAP.

Dr. Wong menulis ;




Ya. Betul. Aku tak faham satu haram jadah. Kau faham? Kalau faham bagus. Kalau tak faham padan muka macam aku juga. Okie?

Haha.

Ada rakan facebook berbesar ahti terjemahkan bagi pihak kita yang tak faham langsung apa yang cuba dinyatakan oleh Dr. Wong. First dulu. Who is he anyway that makes his posting concerns me? Pergh speaking siot.

Hihi.

Dr. Wong ialah orang yang hebat dalam aktivistima politics. Background bukan calang2. Pendidikan tinggi. Pengalaman luas. Kini felo di institut Penang. Terlibat dalam BERSIH walaupun BERSIH dulu tak macam BERSIH sekarang. BERSIH sekarang sudah tercemar dengan unsur2 politik yang menyakiti ahti rakyat. Walaupun ramai sosok BERSIH menafikan perkara itu tapi setakat mana auta mampu mengatasi fakta? Kita boleh tipu orang guna mulut dan orang mungkin buat2 percaya depan kita, tapi sejak dua menjak neh tindakan BERSIH sudah cukup memberikan gambaran yang JELAS betapa pertubuhan itu telah dipoliticisekan oleh PR sehingga matlamat asal penubuhan tersasar.

Berbalik kepada posting Dr.Wong. Ini apa yang diterjemahkan oleh rakan kita. 


Translation by Gan V Kong 

The conservative in PAS is trying to islamization1. the society. Anti-Oktoberfest is only the beginning. It is our duty as responsible citizen, to maintain this free and orderly society. On this point, I can agree that Pakatan Rakyat (PR) leaders and the netizen’s action by drinking beer. 


However, the response from the muslim community is very simple, through long term influence under the “Sensitive” topic, even to the extend unable and unwilling to admit the “Muslim has the final say” attitude, the non-muslim action is interpreted as unmoral behaviour. This leads to more bashing actions, even the posting of Dr Hew Kuan Yau drinking being circulated by the Malay social activist as reasons to attack DAP, PKR and the non-Muslim.


This is a serious challenge for democracy. What will be the most effective way to combat it? Discussion welcome.

Maksudnya?

- Kumpulan conservatif dalam PAS sedang melakukan proses islamisasi.

- Kumpulan anti-octoberfest hanyalah permulaan kepada proses itu.

- Ia adalah tanggungjawab kita untuk kekalkan kebebasan sedia ada

- Pada ketika ini, saya bersetuju tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dan netizens dalam isu amalan minum arak. (Pimpinan PR aku percaya merujuk kepada sesetengah pimpinan PAS, kesemua pimpinan PKR dan DAP. Manakala tindakan netizen aku percaya adalah merujuk bagi respon non muslim dalam isu octoberfest).

- Walaupun bagaimanapun respon dari komuniti muslim adalah sampai ke tahap enggan akui bahawa mereka amalkan sikap kuku besi.

- Tindakan non muslim (minum arak) dianggap tidak bermoral.

- Sehingga sampai ke tahap menghentam/mengkritik (pimpinan DAP), malahan posting Hew Kuan Yau (superman) juga menerima tindak balas yang sama sebagai punca untuk menyerang DAP, PKR dan komuniti non muslim oleh aktivis melayu.

- Ini adalah cabaran besar bagi demokrasi.

- Apakah cara terbaik untuk mengatasi keadaan ini?

---------------------------------

Dr. Wong,

Here is my response to your posting ;

1. Ditulis dalam bahasa cina jelas menunjukkan yang Dr. Wong ialah seseorang yang racist. Nafikan seribu kali sekalipun jelas Dr. Wong ialah racist. Jika tidak racist kenapa tak tulis dalam bahasa English atau BM at least non-mandarin-writers can participate untuk beri pendapat. Kenapa hadkan pandangan untuk mandarin-tongue semata2? Satu lagi ayat ISLAMISASI oleh konservatif PAS membawakan maksud yang cuba mengambarkan bahawa orang2 ISLAM sedang melakukan satu paksaan untuk non muslim mengamalkan cara hidup ISLAM dan menakutkan2 mereka supaya mereka anti kepada PAS dan ISLAM secara tidak langsung. Ohoii.. saya sayang semua regardless agama dan bangsa, kenapa Dr. Wong sanggup pecahbelahkan komuniti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan menakut2kan kaum cina kepada kami?

2. Terdapat salah faham yang jelas dalam posting Dr. Wong. Muslim rata2 tidak benci arak. Kesan arak ke atas tubuh badan yang dipertikaikan (questionable) not the arak itself.

3. Non muslims can have their arak everyday, anytime, but no in any place oke. Certain places is forbid to drink arak kan. Takan nak minum arak dalam masjid pula. So not in any place. Certain place yang dikhususkan aje dibolehkan.

4. Isu octoberfest merujuk kepada promosi dan gaya hidup yang tidak sihat. Bukan merujuk kepada arak. Islam melarang arak kepada penganutnya tetapi Islam juga mendidik agar penganutnya menghormati hak bukan Islam untuk mendapatkan arak tanpa ganguan.

5. Isu ini telah diputarbelit oleh DAP sehingga menghilangkan originaliti cause.

6. Diakui ada sesetengah pimpinan PAS bantah penganjuran octoberfest. Tapi tindakan sesetengah pimpinan PAS bertitik tolak dari kesalahan penganjur octoberfest yang mempromosikan event tersebut secara terbuka di kawasan awam yang boleh diakses oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama.

7. Sepatutnya DAP fahami point ini terlebih dahulu dan mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS yang saya akui diperlihatkan agak double standard. Saya ingin jelaskan bahawa tindakan Nasruddin dan Nik Abduh ialah tindakan double standard dan populis. Pendirian saya ialah antara membahaskan isu penganjuran octoberfest (batalkan) adalah lebih baik mereka selesaikan masalah penduduk2 di tempat mereka menjadi wakil rakyat dan tegur dahulu monarki mengenai kilang arak, kasino dan kedai2 judi yang bersepah lesennya diluluskan oleh pihak kerajaan namun sultan sebagai seorang ketua agama Islam tidak langsung memainkan peranan untuk membetulkan keadaan itu. Tidak merujuk bagi semua sultan tetapi ada.

8. Namun apa yang sesetengah pimpinan DAP buat ialah memperbesarkan elemen provokasi.

9. Nik Abduh + Nasrudin = provokasi. In return pimpinan DAP = provokasi. Provokasi vs provokasi = provokasi.

10. It won't settle anything pun. It won't fix the matter. It getting worse day by day. Including the recent action by Dr. Hew and yourself Dr. Wong.

11. Kenapa? Kerana Dr. Hew memprovokasi PAS. Secara jelas. Menulis dalam mandarin untuk memperbodohkan orang melayu dan penyokong2 PAS biar mereka tidak faham kononnya. Dan. Dr. Wong juga sama. Mengasingkan etnik melayu dari participate dalam perbincangan itu sedangkan kamu semua sedang membincangkan tentang sikap dan agama kami. Kenapa meng-excluded-kan kami dari perbincangan itu ? Itu tidak adil. Jika kamu mahu faham masalah, datang kepada masalah. Masalah kamu ialah sikap kami dan biar kami ceritakan apa pendirian kami. Bila kamu sudah faham kenapa kritikan itu berlaku baru la kamu boleh merangka solusi yang terbaik untuk damaikan kesemua pihak. Tidak kah kamu mahu melihat rakyat Malaysia yang bersatu atau kamu hanya harapkan kaum cina yang bersatu dan hanya cari melayu jika kamu mahu undi, kuasa dan mungkin juga projek?

12. Apa masalah kami?

13. First. Promosi secara terbuka. Tetapi ia sudah diselesaikan apabila MBSA menurunkan papan tanda itu. Maka ia tiada isu lagi. Sesetengah non muslim kata iklan bukan isu. Muslim bukan sasaran mereka. Jika iklan bukan isu apa kata kita mula biarkan iklan judi, rokok dan arak masuk ke kaca tv? Apa kata kita mula biarkan iklan pinjaman berlesen (ALONG) dan pelacuran masuk ke kaca tv? Jika kamu fikir ia sensitif maka seperti itulah muslim merasakan billboard secara terbuka itu sensitif. Berbeza di Bukit Bintang. Nak sensitif macam mana dah iklan dibuat dihadapan premis kedai. Dia punya kedai. Dia buat iklan depan kedai. Takan kita nak pergi koyak iklan dia. Itu hak dia dan kita komuniti muslim respect la. Tapi iklan billboard pesta arak di luar kawasan premis event. Jadi orang berhak argue.

14. Betul. Without iklan promote seks bebas di tv pun, kes buang anak masih banyak. Itu tanpa galakan (billboard). Jika sudah digalakkan (advertising), ia akan jadi lebih banyak lagi. Manusia suka buat perkara di larang. Sebab tue undang2 wujud. Kerana manusia suka buat kesalahan maka undang2 wujud. Kalau manusia tak suka buat kesalahan, undang2 tidak akan ada di dunia neh. Orang yang cipta undang2 ialah orang yang tahu manusia suka buat kesalahan. Undang2 perlu untuk membetulkan masyarakat yang salah.

15. Second. Provokasi dari wakil rakyat DAP dan PKR secara keterlaluan. Nak tembak PAS tapi membabitkan Islam dan umat Islam secara keseluruhan.

16. Mempromosikan pesta arak = gaya hidup tidak sihat = dari wakil rakyat = kepada  menjadi duta Carlsberg. Sudah tentu wakil rakyat non muslim bebas minum arak. Bahkan jika wakil rakyat non muslim bergambar dengan arak juga bukan isu. Tapi ia jadi isu sebab octoberfest free flow ialah pesta arak bahkan siap ada gambar Elizabeth Wong yang kelihatan 'high'. Yang lebih teruk. Ia bukan disebarkan secara curi. Wakil rakyat itulah yang sebarkan sendiri di facebook secara terbuka. You had posted something to facebook and you expected people to only compliment your action ka? Cannot ma. Wakil rakyat mewakili semua jenis pengundi di kawasan yang undi mereka tanpa kira bangsa dan agama. So as expected muslims akan react negatively la toward that kind of attitudes.

- Ini kerana arak bukan ditarifkan sebagai minuman. Arak dikelaskan seperti rokok. Ada had umur, ada peraturan dan piawaian kawalan tersendiri.

- Arak adalah sesuatu minuman yang bukan saja memabukkan jika diambil secara berlebihan bahkan boleh merosakkan fungsi tubuh badan manusia. Walaupun rokok mendatangkan penyakit, tetapi kesan pengambilan arak bukan sahaja negatif ke atas organ badan manusia, bahkan ke atas institusi kekeluarga, ke atas kerja, ke atas pembelajaran dan organisasi masyarakat. 

Lebih banyak kes perceraian terjadi angkara rokok ataupun pengambilan arak yang keterlaluan? 

Lebih ramai yang melakukan perkara buruk ketika mabuk angkara pengambilan arak ataupun rokok? 

Lebih ramai yang ponteng kerja akibat arak ataupun angkara rokok? 

Lebih ramai yang hilang pertimbangan akal fikiran yang waras angkara pengambilan arak atau rokok? 

*Bear in your mind, both rokok dan arak adalah memudaratkan.

Wakil rakyat DAP yang upload gambar di facebook pada malam itu sebenarnya sudah kehilangan akal fikiran yang waras angkara arak itu sebab mereka mempromosikan pesta arak = gaya hidup tidak sihat kepada masyarakat terbuka tanpa segan silu. Yang lebih memalukan DAP terkenal antara parti yang mempertahankan hak penggunaan kalimah Allah dalam bible dan mempertahankan bible tapi ciri2 kebaikan yang terkandung dalam bible sikit pun tak masuk ke dalam akal fikiran mereka. Bukan kah alkitab menyeru kepada perpaduan dan saling faham memahami dan menyelesaikan masalah kemasyarakatan menggunakan pendekatan yang matang dan ilmiah bukannya ikut emosi dan provokasi membuta tuli?

Jika kita tinjau beberapa gelandangan di atas jalan ada di antara mereka terjejas kehidupan angkara gagal mengawal nafsu pengambilan arak dan kita ada wakil rakyat yang pro kepada gaya hidup yang tidak sihat? Memang la orang marah!

Yang sokong kamu itu hanyalah kerana dia pro DAP.
Atau sokong berdasarkan sentimen.
Bukan merujuk kepada pertimbangan baik buruk berdasarkan hidup bermasyarakat majmuk di negara ini.

Apakah di negara2 lain juga mereka mempunyai pemimpin2 yang mempromosikan pesta arak dan menjadi duta dalam majlis tersebut? Bill Clinton bukan orang Islam pun. Di negara yang terbuka seperti Amerika pun menolak amalan oral seks sehingga menjatuhkan kerjaya politik Bill Clinton (though that's not the only cause). Masyarakat barat mengkritik amalan tersebut kerana ia babitkan pemimpin. Lead by example. Have you ever notice such quote or not? 

Go ahead jika mahu minum. Jangan risau kerana umat Islam bukan menghalang kamu dari minum sejak dari mula. Jika menghalang maka takde la pub, rumah urut dan kelab malam. Tapi tak perlu berbangga dengan pesta arak. Saya tak percayakan point minum arak sikit2 baik untuk kesihatan. Jika ia baik untuk kesihatan kenapa tak beri anak2 kamu, adik2 kamu yang bawah umur minum arak? Arak sekarang ada pelbagai versi dan campuran yang makin keras makin merosakkan tubuh badan. 

Namun. Ia masih hak kamu untuk minum arak. Islam tidak menghalang. Maka jika umat Islam menghalang ia tidak logik. Dan tidak berada di landasan yang betul. Fahami social geografi kita. Kita sudah ditakdirkan untuk hidup bersama2 di negara ini. Nak rasa menyesal atau fikir kenapa aku kena hidup senegara dengan orang Islam atau sebaliknya tidak akan menyelesaikan masalah. Yang akan menyelesaikan masalah jika kita menjadi lebih terbuka mengutarakan point2 perbezaan kita melalui komunikasi dan mula cari jalan untuk memperbaiki perbezaan itu dengan cara TIDAK MENYINGGUNG ATAU MENYAKITI AHTI MANA2 PIHAK ATAU MANA2 AGAMA.

Tindakan mengasingkan etnik melayu dari perbahasan itu tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka2 seolah2 kaum melayu ataupun muslim tidak boleh diajak untuk berdiskusi dan berkongsikan pendapat masing2.

Point akhir saya ialah hubungan saya dengan arak ialah hubungan kapitalisma. Kapitalisma tidak peduli tentang masalah rakyat. Objektif mereka ialah keuntungan. Walaupun PR dan BN ialah pro kepada sistem kapitalisma yang menindas kelas pekerja dan kelas rakyat miskin di negara neh jangan la sampai menjadi duta kepada pesta arak.

Ada banyak budaya yang bagus dari Jerman yang mereka boleh promote dan tiru.

Jangan la hanya sasarkan budaya pesta arak. Jika BN dengan budaya konsert KPOP maka DAP dengan budaya pesta arak. Perlu berapa banyak concert KPOP (tajaan wang pembayar cukai) atau perlu berapa banyak pesta arak sehingga BN dan PR benar2 mendapat satisfaction dalam kehidupan kamu? 

Adakah menjadi kelaziman ahli politik untuk membawa masuk budaya2 yang pelik ini? Kenapa bukan budaya wakil rakyat yang cekap buat kerja atau budaya wakil rakyat tidak boleh ponteng persidangan parlimen ke. Ada banyak budaya yang patut menjadi ikutan dipromosikan, kenapa pilih yang tidak baik?

Terima kasih daun keladi.
Sudah baca sila jangan sakit ahti.
Kita manusia mesti mao selalu komunikasi.
Kalau itupun mao marah lue memang langsi.

Hehe.

Kbai.

Rujukan ;

http://alcoholrehab.com/alcoholism/alcoholism-in-malaysia/

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/08/oktoberfest/

http://sozcyili.blogspot.com/2014/10/syukur-dap-kalah-di-teluk-intan-lagi.html

http://www.sinarharian.com.my/semasa/oktoberfest-penganjur-perlu-dapat-kebenaran-1.323034

http://www.selangorpress.com/blog/pas-perkasa-serah-memorandum-bantah-pesta-arak/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/acara-oktoberfest-di-jonker-walk-dipantau-1.323686

http://www.mensfitness.com/nutrition/what-to-eat/question-of-the-week-alcohol-and-fitness

https://www.drinkaware.co.uk/check-the-facts/health-effects-of-alcohol/effects-on-the-body/alcohol-and-your-liver 

http://www.niaaa.nih.gov/alcohol-health/alcohols-effects-body

http://en.wikipedia.org/wiki/Alcohol_advertising

http://www.amenoworld.net/2014/10/wakil-rakyat-dap-promote-pesta-arak.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...