Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Oktober 2014

Inila Jumlah Peruntukkan Sebenar Untuk Program PERMATA - Berhenti Sebar Fitnah.

Jari aku gatal. 

Aku meluat tengok geng2 PR dok sebar fitnah. Kesian kot kat mama Rosmah. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Oke. Ini sebaran dorang. Tanpa bukti, tanpa fakta, tanpa rujuk. Kemain lagi tersebar sana sini. Amboi. Orang bangang je laju2 p copy paste dan sebar tanpa mendapatkan fakta dulu.



Persoalan kat bawah dia agak menarik untuk difikirkan. Tapi angka yang tercatat kat atas adalah tidak tepat.

- Peruntukkan untuk PERMATA disyaki tidak melalui pengauditan.

- PERMATA bukan entiti swasta. Dia agensi kerajaan. Dia entiti tunggal di bawah rancangan Malaysia ke 9 & 10. Namun diletakkan di bawah JPM. Jabatan Perdana Menteri.

- Tapi memang betul laporan tahunan PERMATA, samada program itu benar2 sampai ke matlamat penubuhannya atau tidak, tidak dapat diakses oleh mana2 pihak sebagai rujukan dan semakan.

- Bila kau dah guna duit rakyat untuk selia program2 kau, adalah amat logik untuk rakyat diberikan hak bagi memantau keseluruhan operasi pentadbiran kau. Tetapi itu tidak berlaku dengan PERMATA. Aku syak, dorang akan sediakan laporan audit palsu (untuk paparan umum) sebagai langkah bagi menutup mulut2 mereka yang bising.

Untuk rekod, Rosmah pernah minta tambahan peruntukan untuk PERMATA.

Rujuk sini ==> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Berapakah jumlah peruntukkan sebenar PERMATA sehingga Rosmah minta tambahan dana lagi?

Oke. Inila jadual yang disediakan oleh PKR.


Menurut ahli parlimen Kapar ;

- 488.1 juta diperuntukkan pada tahun 2013 bagi program pendidikan awal.

- 482.3 juta diperuntukkan pada tahun 2014 bagi program pendidikan awal.

- Program pendidikan awal ini termasukla peruntukkan untuk tadika KEMAS, segala macam jenis TADIKA kat negara neh yang mana TADIKA2 itu dibawah kementerian.

- Dalam rancangan Malaysia ke 9, kerajaan salurkan sebanyak 20 juta untuk pembangunan PERMATA.

- Dalam rancangaan Malaysia ke 10, 36 juta disalurkan untuk membina 181 pusat PERMATA.

- Menerusi paparan jadual di atas merujuk kepada peruntukkan untuk PERMATA bagi tahun 2012 - 2014 kerana maklumat tersebut tersedia menerusi 'anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan secara rasmi'. Teks belanjawan bagi tiap2 tahun berikut ada menyatakan jumlah yang bakal diterima oleh PERMATA bagi tahun berikutnya.

- Manakala bagi tahun 2010 dan 2011, butiran bagi peruntukkan untuk PERMATA diperolehi melalui ucapan Najib dalam pembentangan bajet namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan persekutuan secara rasmi.

- Namun angka yang tercatat dalam jadual adalah berbeza dengan keterangan dari kementerian.

- Sumber maklumat dari kementerian menyatakan bahawa ;

Pada tahun 2011 - 100 juta / disebut dalam ucapan bajet 111 juta tetapi dalam anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan tidak dimasukkan butirannya.

Pada tahun 2012 - 111 juta / dalam bajet sebut bakal terima 20 juta

Pada tahun 2013 - 150 juta / dalam bajet sebut bakal terima 40.7 juta

Angka2 ini tidak tally dengan apa yang tersedia dalam anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan yang maklumatnya boleh diakses oleh ahli2 parlimen bagi tujuan semakan.

Pada tahun 2014, Najib telah membentang bajet bagi tahun 2015 dan menyatakan peruntukkan untuk pendidikan awal bertambah sebanyak 711 juta.

PERMATA antara entiti yang akan menerima peruntukkan menerusi 711 juta yang diperuntukkan untuk program pendidikan awal kanak2.

PERMATA tidak menerima peruntukkan sebanyak 711 juta.

Dalam stastistik yang disediakan oleh ahli parlimen Kapar juga tidak menunjukkan sebarang bukti ataupun kenyataan yang PERMATA pernah terima peruntukkan sebanyak 1.2 billion, 390 juta, ataupun 630 juta.

Jangan besar2kan citer dan tokok tambah dengan elemen fitnah.

Lebih baik aduan kakitangan PERMATA yang dikatakan perlu meminta derma bagi tujuan aktiviti di PERMATA diselongkar daripada sibuk dok sebar fitnah. Lihat sini.

Rujukan : http://bm.selangorku.com/42852/kerajaan-pusat-patut-beri-penjelasan-peruntukan-rm150-juta-program-permata/

Rujukan : http://www.keadilandaily.com/mp-kapar-permata-rosmah-tidak-bersinar/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...