Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Oktober 2014

Gambar2 Demo Demi Anwar Oleh Mahasiswa & Penyokong Partisan.

Semalam.

Ada beberapa event berkaitan Anwar dianjurkan.

Pertama. Pidato (yang sebenarnya ceramah politik) bersama Anwar.

Kedua. Perhimpunan di stadium untuk event RAKYAT HAKIM NEGARA bagi bersolidariti dengan Anwar dalam kes pertuduhan liwat II yang dia hadapi.

Gambar2 berkaitan kedua2 event tersebut.

Pidato Anwar di UM.

 



- Mahasiswa buka pintu pagar untuk membolehkan Anwar berpidato dalam kawasan. Walaupun UM larang dan walaupun mahasiswa sendiri sebut akan berpidato di luar kawasan pintu pagar. Ketidakkonsistenan mahasiswa dan UM.

- Tidak kelihatan PDRM hadir sepanjang event tersebut berlangsung.

- Laporan berita kata ada dekat 2,000 orang yang hadir. Mahasiswa dan penyokong Anwar.

- Anwar hadir lewat ke tapak lokasi. Ikut masa acara patut dah start 8.30 malam. Tapi Anwar tiba pada 9.30 malam.

- Gunakan kenderaan pacuan 4 roda pergi dan balik ke kawasan UM.

- Kemudian ketika beredar penyokong2 jadi pengikut kenderaan tersebut. Untuk apa?

- Lepas berpidato kepolitikkan, maka majlis berakhir.

- Pada mahasiswa, perkara malam tadi adalah simbolik. Lambang kebebasan akademik. Sebuah perjuangan melawan rejim zalim lagi kejam. Keadilan. 

- Sebenarnya susunan ayat yang cantik2 itu adalah untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Hakikatnya. Apa yang berlaku pada malam tadi ialah sebuah propaganda politik. Oleh pemain2 yang terlibat dalam propaganda tersebut.

- Kebebasan akademik? My foot. Yang sebenarnya memperjuangkan batang tubuh Anwar.

- Aku pelik. Benda yang terang2 orang boleh baca permainan korang, strategi korang, pemikiran korang pun korang masih nak konar baring sana sini lagi buat apa.

- Mengaku sudah. Bila korang sendiri pun enggan mengakui bahawa korang memperjuangkan batang tubuh Anwar atas nama intergriti keadilan maka secara automatik korang sendiri dah gambarkan perjuangan mempertahankan Anwar merupakan satu perkara yang bangang.

- YES. UM memang bangang bila menghalang kemasukkan Anwar ke dalam UM untuk sesi pidato. Bangang UM neh tiada penafian. Diakui. Disahkan. Tepat. Lagi betul.

- Tetapi dengan mempertahankan batang tubuh Anwar untuk hanya berpidato dalam UM, bukan bererti kau semua sedang memperjuangkan kebebasan akademik.

- Ko tahu apa perjuangan kebebasan akademik yang sebenarnya? Orang yang bebas dari dipengaruhi oleh mana2 partisan untuk melakukan apa2 tindakan dan favoritism secara membuta tuli. Orang yang sentiasa mahu mencari, mengkaji dan memperbaiki kelemahan2 dalam sistem pendidikan negara. Dengan pidato, atau dengan dengar Anwar berpidato, kau sebenarnya buat apa? Ko sebenarnya pacak telinga dan dengar Anwar membebel. Dan apa selepas itu? Apa itu kebebasan akademik? Kefahaman korang yang aku nampak ialah bermaksud membebaskan diri cari cengkaman parti politik kerajaan. Tapi membiarkan partisan pembangkang mencengkam hala tuju, pemikiran dan perjuangan korang, takpe pula?

- Itu bukan perjuangan kebebasan akademik. Itu perjuangan mempertahankan batang tubuh Anwar Ibrahim. 

- Kebebasan perjuangan akademik ialah macam yang si Qadafi neh buat. Rujuk sini. Dia berani menghasut. Seorang diri. Buat gerakan. Kita bersatu jangan bayar PTPTN selagi mana riba dikutip pemerintah. Itu perjuangan kebebasan akademik. Membetulkan kelompangan. Bebaskan diri dari riba yang menggunakan pendidikan untuk kaut keuntungan sehingga melakukan penindasan ke atas pelajar. Bukannya tukar masalah dengan masalah. Bebaskan diri dari cengkaman politik kerajaan. Gantikan dengan cengkaman politik pembangkang. Itu apa? Itu masih membuatkan kau membiarkan hala tuju akademik kau dipengaruhi dengan sentimen2 politik dan kepartisan.

- Kau semua ada tak check jika setiap wakil2 rakyat ko yang menang turun kawasan pergi ke sekolah2 rendah dan menengah? Wakil2 rakyat ko tak peduli pun sekolah pintu kopak. Tak peduli apa2 tentang kebajikan sekolah kerajaan. Teruk bhai. Dan kau bercakap tentang perjuangan kebebasan akademik apa semua. Ko semua ada kesah kebajikan adik2 kau yang bersekolah ke? Dorang semua dilayan bagai sampah oleh BN. Dan disampahkan pula oleh permainan politik partisan PR. Segala2 tentang kerajaan dan pembangkang ialah KESAMPAHAN di negara neh. Rujuk sini pasal sekolah. Ada kau semua kesah dan konsisten memperjuangkan hak adik2 kau semua? No. Perjuangan kebebasan akademik korang hanya berkisar tentang hak mendengar ceramah pembangkang di premis universiti semata2. Dan lepas dengar ceramah jadi apa? Maka apa? Dan apa? Siapa mereka2 neh yang kita rasa kita perlu dedicate hidup kita untuk dengar pidato2 mereka? Tak cukup lagi 1 nyawa yang Azmin dan Anwar ada ketika BERSIH 3 lari meninggalkan kau semua selepas beri signal jari? Rakyat ada 10 nyawa. Dorang ada 1 nyawa. Nyawa dipecahkan ikut sistem piramid. Dimana nyawa seseorang lebih bernilai dari seseorang berdasarkan kepada sentimen politik, pemimpin, harta, pangkat, kuasa dan keduniaan. Berapa banyak lagi kedukaan dan diskriminasi politik yang korang semua perlu lalui dan tempuhi untuk kau semua benar2 faham bahawa pembangkang dan kerajaan di Malaysia ini mempergunakan korang untuk mencapai matlamat peribadi mereka? Berapa banyak? Berapa lama? Untuk berapa waktu kau semua mampu jadi matang dan bangkit dari pemanipulasian ahli2 politik dan partisan? Walaupun berjaga tapi macam tidur. Tatau hidup kat dunia mana yang mendewakan partisan dan ahli politik. Bila menggunakan sentimen favoritism untuk membuat penilaian segala hasil kerja bangang mereka kau semua buat2 tak nampak.

- Yang sepatutnya mahasiswa2 kita buat. Lawan apa2 perkara berkaitan akademik, pendidikan, menggunakan cara yang strategik. Bukannya melawan demi Anwar. Konon rempuh pagar adalah simbolik kepada perlawanan supaya ia dilaporkan secara berleluasa oleh media massa. Memang simbolik. Part tu betul. Tapi bukan simbol demi sebuah perlawanan ataupun perjuangan. Sebaliknya simbolik betapa bersatunya korang dalam mempertahankan batang tubuh Anwar.

Selepas buat kecoh di UM atas nama kebebasan akademik (nama lain bagi propaganda politik demi mempertahankan Anwar secara batang tubuh) misi diteruskan dengan menyokong ceramah Anwar di stadium Subang Jaya.





Anwar. Ulang semula apa yang dia buat pada tahun 1998. Tiada apa2 yang baru. Yang unik. Berbeza.  Anwar cuba mengumpulkan sokongan dengan membina sentimen. Aku faham. Kalau kita tak bersalah, takde sebab kenapa kita kena masuk penjara. Aku faham betapa taknaknya Anwar masuk penjara atas pertuduhan liwat sebab dia bertegas banyak kali ini ialah konspirasi politik. Bagi aku mana2 pihak yang tak bersalah memang tak patut dimasukkan ke dalam penjara. Bukan hanya sehari, sesaat pun salah. Dan aku faham. Betapa penyokong2 Anwar merasakan Anwar kena naya kerana dia menjadi pembangkang maka kerajaan mahu menfitnah dia. Dan aku faham. Andai Anwar difitnah kerana mahu dinafikan haknya menjadi ketua pembangkang bagi menumbangkan rejim zalim, itu patut kita persoalkan.

Tapi. Ada sesuatu yang tak kena kat sini.

Ya. Betul. Hampir aku nampak liwat II ialah permainan politik. Fikir macam mana pun aku susah nak terima kronologi kejadian tersebut bukan la konspirasi politik.

Tapi. Aku tak boleh terima cara Anwar menentukan strategi dalam melawan rejim BN.

Aku tak boleh terima cara dia susun atur strategi dan menjadi pro kepada kapitalism.
Aku tak boleh terima cara dia mengendalikan PKR. Penuh dengan penipuan. Pemanipulasian. Penyelewengan. Propaganda. Keadilan hanya pada nama. Bukan pada pelaksanaan.

Aku tak boleh terima cara calon2 PKR bekerja. Yang dah menang tak perform. Yang mereka sibukkan ialah ulas isu2 remeh. Macam aku sebut tadi. Ada pernah mereka masuk ke sekolah2 dan tinjau keadaan sekolah2 kat negara neh? Ada pernah mereka merangka strategi untuk membina sekolah Malaysia? Ada pernah mereka merangka strategi melawan riba dan capitalism? Ada pernah mereka rangka strategi untuk memastikan kecekapan kerja mereka sebagai wakil rakyat sentiasa dikemaskini? Ada pernah mereka muhasabah diri setiap kali ponteng persidangan DUN dan PARLIMEN tanpa sebab yang munasabah?

Mereka tidak. Mereka hanya mahu tukar tampuk kepimpinan tetapi dengan mempertahankan sistem yang racist, polisi double standard dan amalan diskriminasi yang termaktub kat negara neh sejak zaman berzaman. Bila mereka pro sekolah venakular, bila mereka pro monarkirian, bila mereka pro kapitalism, itu sudah cukup membuktikan di side apa mereka sebenarnya. Mereka pembangkang yang kanan dengan berpura2 sebagai gerakan kiri yang radikal.

Kegagalan PKR dan PR sebagai pembangkang sangat teruk. Sangat dahsyat. Sehinggakan membuatkan aku sukar untuk bernafas jika menghimpun satu persatu kegagalan mereka sebagai pembangkang lantikan rakyat di negara neh.

Jadi. Aku tak nampak relevancy perhimpunan tersebut dihadiri oleh rakyat.

Kasih sayang rakyat dengan pembangkang terputus pada saat ahli politik pembangkang mengabaikan rintihan rakyat agar jangan masuk ke parlimen. Jika betul, kita mahu melawan kezaliman itu, maka saat itu sudah tiba. Jangan masuk parlimen dan mari kita bertegas habis-habisan. Tapi PR mengabaikan suara rakyat. Kerana. Negeri depan mata. GCL depan mata. Kuasa depan mata. Pangkat depan mata. Kewangan negeri depan mata. Projek kapitalisma depan mata. Tender negeri depan mata. Untuk mengabaikan semua itu dan duduk dengan rakyat, bukan perkara yang betul dalam situasi mereka, bukan? Rezeki jangan ditolak biarpun perlu membina bibit2 permusuhan dengan rakyat, betul?

Konspirasi liwat II adalah salah sepertimana salahnya Anwar dalam mengendalikan sebuah perlawanan di negara neh.

Pembangkang berpecah kerana tamak kuasa.
Rakyat kecik ahti kerana pembangkang tamak kuasa.
Anwar kena fitnah pun orang takde mood nak layan angkara PR tamak kuasa.
Ia bermula dengan tamak kuasa untuk korang semua menghadapi situasi neh. 

Muhasabah la.

Korang bukan nya buat apa-apa reformasi. Atau bentuk apa-apa revolusi. Korang hanya meneruskan kelangsungan parti tamak kuasa untuk terus bertahan bagi membolehkan mereka terus berebut kuasa.

RAKYAT HAKIM NEGARA. Kata PKR. Aku rakyat. Maka aku hakim. Dan inila penghujahan kehakiman aku untuk kamu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...