Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Oktober 2014

Asal Usul Sambutan Halloween Yang Anda Mesti Tahu.

Amboi.

Marah benar ISMA tentang sambutan perayaan Halloween ye. 

KAH KAH KAH


Halloween neh seringkali dikaitkan dengan ajaran Kristian kat Malaysia. Tapi, sebenarnya ajaran Alkitab tidak menganjurkan perkara tersebut. Rujuk sini.

Dalam erti kata lain perayaan HALLOWEEN neh tiada kaitan dengan apa yang diajarkan oleh Alkitab.

Dari sudut sejarah dan kronologi ;

1. Halloween disambut pada malam 31 Oktober tiap2 tahun.

2. Sejarawan Nicholas Rogers, yang meneliti asal-usul Halloween, menyatakan Halloween berasal dari pesta Romawi untuk menghormati dewi Pomona, dewi buah-buahan dan biji-bijian. Perayaan ini sering dikaitkan dengan festival “Samhain” dari bangsa Celtic. 'Samhain' berasal dari bahasa Irlandia Lama (Irlandia Lama ialah nama sebuah negara) yang bermaksud “berakhirnya musim panas”.

3. Bagi meraikan pesta Samhain, mereka akan keluar sebelum malam untuk mengumpul makanan bagi kegunaan pesta. Dan ketika mengumpul makanan ini la ada di antara mereka akan mengenakan kostum. 

4. Hari Halloween juga turut dikaitkan dengan elemen2 kristianisasi berdasarkan sudut sejarah (bukan anjuran agama). Suatu ketika dulu, gereja kristian mengadakan satu peringatan yang diberikan nama 'All Saints' ataupun 'All Hallows' pada waktu siang 31 Oktober. Pada waktu malam pula mereka meraikan 'Hallow-eve' ataupun dikenali sebagai Halloween pada masa kini. Sambutan tersebut bertujuan untuk memperingati roh2 yang telah tiada dan mendoakan rahmat untuk mereka2 yang telah meninggal. Pada waktu siang. Manakala pada waktu malam, mereka mempercayai bahawa orang2 yang baru meninggal dunia, roh2 mereka akan berjalan diantara orang2 yang hidup dan roh2 tersebut perlu didoakan. Sambutan tersebut dipercayai diserap dari ajaran paganisme sejak 2,000 tahun yang lalu. Sedikit demi sedikit ia mula diserap dengan elemen2 keagamaan bagi membawa satu maksud/pengaruh/pendekatan.

5. All Saints' Day pada masa kini dirayakan pada 1 November selepas 31 Oktober perayaan Halloween. Sambutan All Saints mula diraikan pada tahun 609, pada tiap2 tahun 13 Mei. Namun pada tahun 835, PAUS GREGORIOUS IV, memerintahkan ia disambut pada 1 November tiap2 tahun.

6. Dan selepas beberapa dekad, kapitalisme mula menggunakan unsur2 keagamaan dan perayaan untuk membina jaringan perniagaan atas tujuan mendapatkan keuntungan.

7. Halloween pada masa kini dijadikan alat kapitalis untuk melariskan product, costume, tema, pesta, dan juga menganjurkan beberapa majlis secara terbuka atas nama hiburan dan kepercayaan.

8. Halloween juga menjadi salah satu budaya tradisi di Amerika.

9. Selain sambutan Krismas, orang2 Amerika juga meraikan sambutan Halloween secara besar-besaran. Pesta Halloween adalah perayaan kedua terbesar mereka selepas krismas.

10. Bagi kanak2, mereka akan gunakan sambutan tersebut untuk menakut2kan orang, mengumpul coklat dan hadiah, serta berparti dengan rakan2 sekolah. Manakala bagi orang dewasa, mereka akan menggunakan kesempatan perayaan Halloween untuk berpesta sambil memakai kostum yang menakutkan.

11. Sambutan asal Halloween yang bermula untuk menghormati Dewi Romani hilang sejajar dengan perubahan zaman. Dan sambutan Halloween untuk mendoakan roh orang2 mati bagi penganut Kristian juga semakin pudar selaras dengan kemajuan dan perubahan ketamadunan manusia yang mula hilang kepercayaan terhadap agama.

Sebenarnya. Sama seperti Islam. Ajaran Alkitab juga berpecah kepada beberapa kumpulan dan aliran yang berbeza2 dari segi amalan dan kepercayaan berdasarkan kepada penafsiran2 paderi2 mereka tentang Alkitab dan kandungannya.

Ajaran Kristian pada zaman kegelapan seringkali dikaitkan sebagai 'menjual agama' bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan jadi tak aneh apabila terdapat paderi2 mereka yang menyerapkan elemen2 paganisme dalam kepercayaan mereka bagi mengumpul pengikut.

Oke. Sampai disitu sudah asal usul sambutan Halloween.

Halloween sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang dianjurkan oleh mana2 agama. Ia adalah sejenis festival paganisme kuno yang melalui proses evolusi sesuai dengan perubahan zaman dan kehendak semasa.

Di Indonesia, sambutan Halloween memang sampai masuk sekolah ke sekolah. Bukan semua jenis sekolah, tetapi ada la sekolah2 yang anjurkan pesta Halloween. Mungkin itulah yang mahu ikut oleh sekolah persendirian yang menganjurkan pesta Halloween tersebut.

Pada aku.

Tiada isu mana2 sekolah PERSENDIRIAN nak anjurkan sambutan Halloween neh.

Sebab pesta Halloween masa kini berbeza dengan masa dahulu.

Pada waktu dulu ia dikaitkan dengan dewi, kepercayaan paganisme dan juga diserap oleh paderi ke dalam gereja.

Berbeza pada masa kini. Ia telah menjadi alat kapitalis. Alat untuk hiburan. Dan juga alat modenisasi. Almaklumla. Benda2 kalau tak barat, tak moden. Nak nampak moden kena la kebaratan. Macam la orang2 barat aje yang maju. HA HA HA

Maksudnya roh asal tujuan sambutan Halloween telah pun berubah sehingga menghilangkan matlamat asal kepada sambutan perayaan tersebut.

Daripada menghormati dewi paganisme berubah kepada kumpul coklat dan takut2kan orang dan bajet hantu wujud la apa la. 

Namun. Aku cenderung taknak terlibat benda2 mengarut macam neh. Buang masa aku. Buang duit beli costume. Lagipun aku haram percaya pada kewujudan hantu. Aku tak pernah percaya hantu. Dan aku rasa sambutan tue memang mengarut gila babi dan manusia2 yang sibuk menyamar nak jadi hantu, syaitan dalam satu malam tiap2 tahun pada tarikh yang sama juga sedang melakukan satu pembodohan budaya.

Tapi kalau ko nak buat benda bodoh pun pada aku, ko punya pasal. Badan kau, duit kau, hak kau, yang bodoh pun kau. Bukan aku. So, ada aku kesah?

Dan. Merujuk kepada sekolah tersebut pula, pada aku kena lihat kembali la motif penganjuran event tersebut. Sebab tiap sambutan mempunyai pendekatan yang berbeza2.

Boleh jadi sengaja amek tema Halloween untuk menyambut sesuatu perkara ataupun mempromosikan tentang sesuatu. Selain motif, aturcara majlis pun kena tengok juga.

Tak aneh. Kerana station tv juga melakukan hal yang sama. Ada tema Valentine untuk promote filem2 cinta yang depa siarkan pada bulan tersebut, ada tema Halloween untuk promote filem2 hantu pada bulan tersebut dan sebagainya. Yang neh tak pula orang kisah. Promosi2 begini la yang mendatangkan sokongan. Ko promote burger mekdi kat tv. Bila orang tengok gambar burger perghh mengiurkan. So, automatik orang rasa nak makan burger akibat dipengaruhi dengan iklan tadinya tue kat tv. Padahal iklan2 makanan segera mana patut masuk tv. Kegemukkan, obesiti semakin berleluasa di Malaysia. Mana boleh promosi macam tue kat depan tv. Dan Halloween neh pula tiap2 tahun station2 tv dok sibuk buat tema2 tersebut. So, orang mesti la rasa okay kot sambut Halloween dah tv pun promote. 

Kalau taknak bagi orang sambut, mula2 ko larang dulu apa yang station2 tv neh buat. Bahkan ko hukum dulu artis2 yang sibuk hadir dan sambut Halloween. Bukan artis2 non muslim. Tapi muslim, melayu. Wanita, laki semua cukup. Secara terbuka upload kat Instagram pun ada woi.

Tak adil untuk kau hanya mencari salah orang2 biasa dan kebanyakkan. Tapi dalam waktu yang sama orang2 berpengaruh, berharta, berpangkat ko biar aje depa nak sambut apa, buat tema apa, promote apa.

Nak hukum, ko hukum semua. Jangan double standard dan bias. Dua set undang2 satu untuk rakyat biasa dan satu untuk rakyat pro kapitalis tak perlu wujud kat negara neh patutnya.

Bila ko dah hukum mereka2 yang dah terbukti raikan pesta Halloween tahun2 yang lepas, baru ko boleh sembang dok kutuk sekolah persendirian tersebut. Kalau yang neh ko tak buat, tak payah bajet tunjuk alim la. Meluat aku tengok.


Pada non muslim aku rasa lantak la dorang nak sambut apa2 sekalipun selagi mana mereka gunakan ruang privacy sendiri dan tidak menceroboh ruang privasi dan awam kita semua. Sebab kalau ko kata pesta2 neh bodoh pun bukan depa kesah dengan kata2 kau. Balik2 depa akan kata larangan kau bersifat keagamaan dan mengcontrol ruang privasi mereka. Ada faham?

Pada muslim pula, kalau nak jadi bangang, p la sambut. Budak2 bangang memang cenderung buat kerja bangang. 

Dari mereka mengajak2 kepada pesta pembodohan untuk menyambut atau menjadi hantu2 yang tak wujud apa semua neh aku rasa baik ajak depa lawan kezaliman BN lagi bagus. Kezaliman BN terbukti, wujud bahkan nyata. Benda nampak. Ko sambut Halloween, jadi hantu, benda mengarut, tak wujud, tak nyata, pakai costume so what? Nak jadi hantu? Oke. Jadi sorang2. Tak payah ajak orang. 

Habis citer.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Halloween

http://www.jw.org/id/ajaran-alkitab/pertanyaan/asal-usul-halloween/

http://www.republika.co.id/berita/senggang/unik/13/10/31/mvjiid-ini-sejarah-dan-awal-mula-halloween

http://www.andyfebrian.com/asal-usul-sejarah-halloween/

http://unknown-mboh.blogspot.com/2012/11/sejarah-asal-usul-dan-fakta-seputar.html

http://www.tahupedia.com/content/show/313/Sejarah-dan-Asal-Mula-Hari-Halloween

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...