Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Lim Guan Eng Makan Gaji Buta Ponteng Persidangan Parlimen Sebab Nak Hadiri Parti.

Eh sentap ke?

Kalau sentap yang p sebar gambar kau berpoya2 waktu parlimen tengah bersidang dah kenapa?

Ok. Aku memang tengah layan video2 dari Ustream sekarang. Nak tengok ahli2 parlimen neh buat kerja macam mana dalam membahaskan masalah-masalah rakyat.

Aku tak nafikan. Dalam setiap video2 yang aku tengok mesti ada je kerusi kosong kat mana2. Baik dari pembangkang mahupun dari kerajaan. Dan pada aku ini seriyus fak!

Berbalik kepada sesi mengumpat Lim Guan Eng. Tadi. Yes, tadi. Aku ada ternampak gambar LGE berpoya2 menghadiri satu majlis peringatan. Majlis itu dia hadiri pada 28 Oktober yang lepas. Tapi aku baru perasan tadi sebab ada member p share kat wall facebook dia.

And then. Aku rasa marah. Which is memang aku patut rasa marah. Aku rasa marah sebab LGE tue ialah salah seorang wakil parlimen lantikan rakyat. Ahli parlimen baru2 ini telah menerima kenaikan gaji. Dan dengan tak malunya sudah la dia ponteng persidangan parlimen lepas tue p tunjuk pula gambar2 dia bersenang2 kat parti orang.

Lihat gambar ;


Lihat twitter update dia sendiri kat sini.

Ini apa yang malaon2 pro LGE dan DAP akan hujahkan.

- LGE tue ialah CM. So kerja dia bukan dok kat parlimen aje. Dia kena tadbir Penang juga. 

- LGE ponteng kau kecoh. Najib ponteng kau tak memekak plak.

First. Aku akan huraikan analisa aku macam mana aku begitu yakin si LGE tue ponteng persidangan parlimen pada hari selasa ketika dia menghadiri majlis peringatan tersebut.

1. Mula2 aku p godek fb dan twitter dia.

2. Dalam fb dia ada bagitau dia buat satu PC.

3. Dalam PC tersebut menyatakan lokasinya ialah GEORGE TOWN. GT kat Penang. Rujuk sini

4. Then aku perhatikan gambar2 yang dia upload. Aku tak rasa dia hadir majlis tue dalam masa yang singkat. Kurang2 sejam dua jam ada la kot dia kat situ.

5. After that aku yakin yang mangkok ayun tue ponteng persidangan parlimen bermula pada hari selasa, mungkin rabu, khamis dan jumaat, iaitu hari neh.

Pendapat aku.

- Eh pergi mampos la kau kalau ko tak reti susun jadual kerja kau supaya saling tak bercanggah dengan jadual kerja ko kat Penang tue. Ko kan CM. Ada akal guna la. Kalau rasa tak mampu nak maintain dengan dua jawatan maka ko pegang aje satu jawatan. Jangan tamak haloba. Nak jadi MP. Nak jadi adun. Nak jadi CM. Makan gaji banyak2. Tapi kaki ponteng persidangan dan makan gaji buta.

- Bila kau rasa kudrat kau terhad untuk perform dan bantu rakyat, maka pecahkan jawatan kau. Kau amek jadi adun sudah. Supaya boleh perform as CM. Untuk MP. Kau lantik calon lain supaya dia boleh berkhidmat kat kawasan dia untuk bantu penduduk yang mengundi dia.

- Sebagai CM, bila kau berani pegang jawatan banyak2 maka kau kena la cerdik untuk susun jadual kerja kau agar tidak ponteng persidangan parlimen. Selagi kau bukan MAMPOS. Atau SAKIT. Atau ada hal kecemasan. Kau kena hadir persidangan parlimen. 

- Ini tidak. Kau sanggup hadir majlis peringatan Rusia apa jadahnya tue berbanding sempurnakan tugas kau sebagai MP.

- Ini semua makan gaji buta. MP2 neh takde report card. Takde punch card. Nak ponteng depa ponteng bukan kena potong gaji atau elaun pun. Jika gagal berkhidmat dengan cekap pun mereka masih boleh jadi calon2 dalam pilihanraya juga. Sebab kedudukan mereka ditentukan oleh parti. Kalau kita yang tentukan siapa yang layak jadi calon dengan report card, melompat mangkok2 ayon politik neh. Mao gelabah nak mampos.

- Hadir majlis peringatan Rusia tue dan apa? Ya, apa pada rakyat? Manfaat, kebajikan, keperluan dan kepentingannya?

Takde apa2 pun. 

Ko nak hadir boleh. The majlis itself not my concern la. The attitude of CM tue sendiri my concern. Ko nak hadir, hadir bukan di waktu kau terikat dengan tanggungjawab dan tugas kau sebagai MP, ADUN ataupun CM. Maksudnya di luar waktu bekerja. 

Dah aku sebut. Selain dari Anwar Ibrahim yang terpaksa hadap kes perbicaraan, TGHH (tertakluk untuk satu hari aje), yang sakit, yang ada hal kecemasan, mana2 ahli parlimen TIDAK SEPATUTNYA PONTENG PERSIDANGAN PARLIMEN. Baik BN, BEBAS mahupun PR. Kau semua tue baru terima kenaikan gaji dan ada ahti nak tunjuk act dengan rakyat dengan makan gaji buta. Perangai macam haram.

Lagi satu. Aku nak selit sikit. Ada paper cina. Katanya LGE sebut. Kalau tiada hujan maka tiada la banjir di Penang. Aku tatau baca cina.

Korang refer gambar jap ;


Gambar neh geng2 BN yang sebarkan. Aku tatau la betul ke tak betul dia bagi alasan bahawa andaikata tiada hujan maka tiada la masalah banjir di Penang sebagai mengulas isu kekerapan banjir di Penang sejak akhir2 neh. Tapi ramai orang SHARE. Geng2 PR tegar sekali dok balon dia.

Yang orang kritik dia. Bab sistem perparitan dan pembangunan yang tidak cekap menyebabkan beberapa tempat di Penang mudah menjadi banjir apabila hujan turun dengan lebih banyak. Perlu dalamkan longkang dan buat langkah2 pembaikan untuk mengelakkan masalah berulang.

Namun. Dia cakap. Masalah banjir berpunca dari kekerapan hujan di Penang.

Betul ka dia cakap macam tue dalam akhbar cina di atas? Sapa boleh sahkan? Siyes fak kalau betul. Bukan sahaja kaki ponteng parlimen untuk hadiri majlis yang takde manfaat untuk rakyat pada hari dia bekerja (28 October 2014 ialah hari bekerja bagi kakitangan awam. Dia ponteng persidangan parlimen, tidak menjalankan tugas sebagai kakitangan awam = CM) bahkan siap bagi hujah merapu lagi pasal banjir. Hantu betul. Sapa yang undi kau neh setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...