Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 September 2014

Malaysia Negara Islam Contoh - Ini Buktinya - Sebar Demi Islam.

Baru2 ini negara kita telah mendapat pujian daripada presiden Azerbaijani, iaitu Ilham Aliyez. Pujian melambung itu telah disiarkan dalam surat khabar Utusan Malaysia. Kononnya. Kita telah mendapat pengiktirafan dari pihak2 tertentu betapa islamiknya negara kita sehingga layak dijadikan contoh oleh negara lain.

Lihat ;


Apa yang dilaporkan oleh Utusan adalah merujuk kepada kenyataan Ilham. Tapi punyalah tak malu Utusan kau neh, dia letak tajuk kemain gah. Kononnya nak membuatkan kita patut berasa bangga di bawah pentadbiran BN, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara Islam contoh.

Eh, patut rasa bangga ke?

Malaysia negara Islam contoh ke?

Menurut Ilham, Malaysia negara Islam yang layak dijadikan contoh kerana di bawah pentadbiran Najib ;

- Kemampuan ekonomi yang hebat

- Suasana politik yang baik

Ilham. Ilham. Kau nak puji orang pun puji la pada yang layak mendapat pujian. Kalau ko setakat nak puji kosong ko cakap je la ko nak puji kosong. Ko tahu tak tindakan kau telah membuatkan Najib, Rosmah dan Utusan perasan nak mampos?

KAH KAH KAH

Negara islam contoh bukan tengok pada ekonomi dan suasana politik semata2. Kalau itu penanda arasnya maka Amerika pun dah boleh jadi sebuah negara islam contoh. Bahkan meletakkan penanda aras dari segi ekonomi dan suasana politik pun mengarut sangat. Ye ye je la HEBAT dan BAIK sangat. Padahal syok sendiri je pemimpin2 kau neh. Syok sendiri. Kalau hebat sangat tak la sampai kumpul hutang menimbun2. Eh, bukan aku cakap. Mahathir yang cakap. Aku ulang balik aje okay.

KAH KAH KAH

Dan ini la buktinya Malaysia kau neh negara islam contoh la sangat ;


Judi di Malaysia terbahagi dua.

- Judi halal.
- Judi haram.

Istilah judi itu sendiri automatik menunjukkan 'haram' perbuatannya dalam Islam. Tapi masuk ke Malaysia, dapat kat menteri2 kita, maka judi itu dipecahkan kepada dua kumpulan. Haram. Halal. Nak banteras yang haram demi menyelamatkan akidah umat Islam. Yang halal tak jejaskan akidah. Insya-Allah. Tanyalah Jamil Khir.

KAH KAH KAH



Negara Islam contoh sentiasa berusaha menambahkan bilangan kasino untuk membiakkan lagi kadar pertumbuhan masalah sosial di negara ini.

KAH KAH KAH



Bagi mengalakkan budaya kesukanan di kalangan binatang dan manusia, pada tahun 2004 satu cadangan untuk memindahkan pusat JUDI lumba kuda dari Sg. Besi ke Hulu Selangor diluluskan. Lebih besar, lebih luas dan lebih banyak perjudian boleh dilakukan. Mufti2 semua senyap takde suara. Tahun 2004. Dan tahun 2014 juga. Disebabkan pembangkang jahanam rampas Selangor pada tahun 2008, maka projek itu tertangguh. Bahkan, sehingga kini hanya PAS dan NGO2 yang tak berguna jek bantah kerana mereka bukan organisasi islam contoh. Yang menjadi organisasi Islam contoh semua diam kerana mereka faham dalam Islam tiada larangan bersukan.




KAH KAH KAH


Negara Islam contoh sentiasa berusaha menambahkan pendapatan negara demi kelangsungan rakyat jelata contohnya mengeluarkan lebih banyak lesen2 perjudian bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi kerana ini akan membuatkan lebih ramai pihak membayar cukai dan lesen tahunan kepada negara seterusnya kerajaan boleh gunakan wang tersebut untuk membantu rakyat.

KAH KAH KAH


Negara Islam contoh juga tiada masalah menganjurkan acara sukan nyanyian dengan menjemput pakar2 tarian dari industri KPOP dan JPOP bagi tujuan perkongsian ilmu tarian dan juga mengalakkan budaya senaman atas pentas.

KAH KAH KAH


Setakat bayar 2juta pada KPOP apa la sangat. Negara Islam contoh ialah negara Islam yang sentiasa mengadakan hubungan dagang dan perniagaan strategik dengan negara2 jiran samada jiran dekat ataupun jiran jauh2 nak mampos tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita mahu dunia tahu bahawa Islam tidak menyekat perhubungan perniagaan dengan bukan Islam. Islam tiada diskriminasi dan atas nama perniagaan apa salahnya kita membayar 2 juta untuk berkpop-kpop'an. Rakyat seronok dapat hiburan. Kpop seronok dapat 2juta. Malaysia seronok dapat label negara Islam contoh. 

KAH KAH KAH




Punyala bagus Malaysia neh sampaikan seringkali gunakan agama dalam politik sekalipun dengan tujuan nak mendidik rakyat jelata apa yang dorang boleh buat dan apa yang HARAM dorang buat. Memang sebuah negara Islam yang layak dijadikan contoh. Mufti2 kita akan laju2 bagi respon dan respind setiap kali ia membabitkan isu2 rakyat. Punyalah mereka mengutamakan rakyat sampai ke tahap macam neh. Ya Allah, bangganya.

KAH KAH KAH



Apala erti negara Islam contoh kalau kita tak memiliki kilang arak?
Apalah erti negara Islam contoh kalau kita takde BOD melayu muslim dalam kilang arak?
Apalah erti negara Islam contoh kalau GLC kita tak melabur di kilang2 arak?
Apalah erti negara Islam contoh kalau kita tak mengalakkan budaya menjual arak secara terbuka, berleluasa sampaikan di setiap pasaraya dan 7/11 pun boleh dijumpai?

KAH KAH KAH

Akhir kata. Gambar terakhir2 membuktikan betapa layaknya Malaysia mendapat pujian sebagai sebuah negara Islam contoh. Terlalu layak. Sampaikan tak mampu nak menyimpulkan hujah melalui kata2. Sangat sangat sangat sangat WOW.. Malaysia memang sebuah negara Islam contoh. Itu sebab kita ada ketua agama Islam yang sangat ISLAMIK kat negara ini. Kita juga sentiasa memberikan lesen2 kepada majalah yang mengalakkan penjualan buah2an tempatan dan juga mempunyai isteri2 pemimpin yang bermurah ahti berkongsikan aset peribadi mereka dengan rakyat jelata. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak kedekut. Isteri pemimpin yang baik juga ialah isteri yang tidak kedekut. Tidak kedekut ialah sikap yang digalakkan dalam Islam dan sesungguhnya terbuktila Malaysia ini sebuah negara Islam contoh. Tahniah untuk semua. Berbanggala wahai rakyat Malaysia. Dunia puji kita tue.

KAH KAH KAH



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...