Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 September 2014

Isu Doa Dan Rampas MIC - Sesama Jemaah PAS Gadoh Macam Orang Bodoh.


Minta maaf la ek. Aku tau geng2 pro Hadi dan geng2 pro Mat Sabu takan suka dengan apa yang aku bakal bahaskan kat sini. Silap2 kena maki kot. Tapi oleh kerana aku memang dah biasa kena maki dengan korang semua, puak2 partisan BN dan PR, maka ada aku kesah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Aku neh sebenarnya tukang menyampuk. Menyampuk aku neh ada asas. Menyampuk macam pemerhati. Dan yang paling bestnya. Kedua2 kumpulan takde point nak label aku sebagai orang Hadi atau orang Mat Sabu. Nak label aku orang Anwar pun tak boleh. DAP jauh sekali. Mesti dorang pecah otak nak label aku orang apa. Takpe. Take time. Amek masa untuk fikir baik2 dan kemudian, label kan la aku, okay?

KAH KAH KAH

Aku takan condong pada kedua2 kumpulan tue sebab kedua2 kumpulan tue memang gila kuasa. Setakat ini, itula yang aku nampak. 

Sebenarnya. Kita imbas kembali isu doa adik TGNA dalam doa laknat kepada organisasi BN. Nampak tak? Kita tak dengar pula geng2 PAS dok kutuk mengutuk adik TGNA isu doa macam tue. Jauh sekali menasihati. Apa yang kita nampak masing2 dok pakat membela. Disebabkan menyakini BN itu zalim dan Kelantan memang tertindas dan layaknya orang2 Kelantan berdoa macam tue.

Pengajaran yang kita belajar dari insiden tersebut ialah kita tahu, bahawa doa ialah hak peribadi setiap insan. Yang paling penting memakbulkan itu atau tidak adalah kerja tuhan. Nak gabra sangat pasal apa?

Oke, tamat part tue. 

Kronologi huru hara siang tadi. 

Siang tadi muktamar PAS agak huru hara. Gara2 insiden berdoa. Ada sorang perwakilan PAS dari WP Persekutuan menggunakan cara pelik untuk membahaskan usul. Dr. Azahari. Selalunya kita gunakan ucapan dan bagi point demi point tetapi kali neh dia gunakan teknik berdoa. Dalam teknik doa tue, dia macam meluahkan perasaan. Mengkritik ada. Membahaskan pun ada. Mempersoalkan pun ada. Memujuk pun ada. Memberikan pendapat pun ada. Meluahkan ketidakpuasan ahti pun ada. Dan bersikap kesal serta meminta bantuan Allah pun ada. Minta maaf pun ada. Menghargai pemimpin2 yang dikritiknya pada awal doa pun ada. Berdoa agar diberikan hidayah tentang tahaluf siyasi pun ada. Meminta agar diperbetulkan jalan perjuangan pun ada. Berdoa agar ditetapkan perjuangan di landasan Islam pun ada. Berdoa agar semua jemaah2 PAS bersatu ahti pun ada. Macam2 ada.

Dan doa dia tue jadi isu sikit la pada Ustaz Ridhuan. Selepas Dr. Azhari habis berdoa, dia berpantun pula. Selepas habis pantun, Ustaz Ridhuan dari Kuala Kedah, yang juga perwakilan muktamar bangkit dan berucap di pentas bahawa tindakan Dr. Azhari menggunakan medium doa untuk mengkritik adalah perkara yang memalukan. Apa yang ustaz Ridhuan sebut boleh lihat kat video bawah neh jap ;



Klik sini jika video gagal loading.

Itu sebabnya dia sampai kena halau dari dewan muktamar tadi. Kemudiannya dia menyuarakan ketidakpuasan ahti dia menggunakan media.

Oke.

Sampai situ. 

Ada 2 isu.

Pertama. Part berbahas gunakan medium doa.
Kedua. Part mengkritik perbahasan menggunakan medium doa.

Part berbahas menggunakan medium doa bagi aku itu hak dia. Sesiapa yang tak bersetuju tak perlu mengaminkan. Hanya dengar. Tak setuju juga, malas dengar, p buat kerja lain. Keluar ka p makan ka apa ka. Yang dok angkat tangan tue jenuh la. Mesti penat kan. Pengerusi majlis tegur banyak kali. Part yang buat aku tergelak bila dia perli dr Azhari begini. Tadi seminit, sekarang 30 saat plak.

KAH KAH KAH

Siyes. Kelakar nak mampos kot.

Nak aje aku berguling2 atas lantai untuk menunjukkan betapa kelakar gila babiknya pengerusi majlis dok sindir Dr. Azahari. Memang betul pun. Kejap 2 minit. Kejap seminit. Pastu 30 saat. Apa benda la. Dah la boring ko tahu. Bayangkan aku yang kena dengar berkali2 sebab nak buat transkrip. Mengantuk berapa kali tah. Ingatkan ada part dia melaknat ke apa. Haram ada. Doa pecah perut pun takde. 

Tapi geng2 pro Mat Sabu terasa. Sensitif. 

Benda kalau kita tak buat, kita tak patut terasa.

Khianat kah kamu?
Kenapa nampak part mengkritik tapi tak nampak part dia mendoakan yang baik2 ke atas timbalan presiden, naib dan seluruh jemaah PAS?

Nampak sangat gunakan emosi untuk membuat penilaian. Itu tidak objektif brother. Tidak objektif. Tapi itu emosi, brother, emosi. Lue semua orang laki pakai songkok ka kopiah ka berserban ka apa ka emosi je lebih gua tengok.

Tapi apa yang geng2 tue sebar. Di media sosial.


Video ada takmo dengar. Ini transkrip lagi aku karang. Klik sini. Baca la. Mana ada doa laknat oi.

KAH KAH KAH

Part dia berdoa ialah part dia bercakap dan meluahkan perasaan dengan Allah. Itu yang Dr Azhari rasa. Rosak diri kita kalau orang nak bersembang dengan Allah pun kita nak rasa sensitif bagai. 

Isi kandungan dia nak sembang dengan Allah, dia punya pasal.
Isi kandungan kita nak sembang dengan Allah, kita punya pasal.

Tak setuju jangan aminkan. Dia tak paksa pun. So why bother. 

Apa yang dia rasa melalui pendapat2 dia dalam isi kandungan doa dia terhadap Allah tak semestinya merujuk kepada fakta kes.

Ini kena fahamkan betul2. Memang doa hak dia tapi tak bermaksud apabila aku betulkan fitnah terhadap tuan punya badan aku bersetuju dengan point2 yang dia gunakan ketika berdoa.

Point2 yang dia gunakan ketika berdoa bagi aku adalah separuh benar. UG bukan rekaan bukan pula auta. Ia fakta.

Mengkritik presiden salah, tapi mengkritik timbalan takpe?

Geng2 Anwarinas gunakan media salah, tapi geng2 UG gunakan media serang sesama sendiri, takpe?

2 adun PAS salah sebab berpaling dan menyokong PKR atas nama membela DSWA, tapi apa yang Sanusi dedahkan penyelewengan yang babitkan hak rakyat, dilakukan atas nama menyokong PKR, takpe?

Nampak?

Menyalahkan PKR dalam isu Kajang Movie tapi lupa yang PAS sendiri keluarkan arahan untuk sokong kerja2 kempen. Mengungkit salah orang tapi lupa salah sendiri.

PKR dan DAP boleh aje tak turun kempen di Pengkalan Kubur. Bukan bermaksud tindakan dorang betul, tapi nak gambarkan yang PKR dan DAP berani mengambil pendirian. PAS? Tak berani. Kau hanya pandai kritik selepas perkara tue tamat. Kalau betul tak setuju sangat kenapa turun kempen? 

KENAPA TURUN KEMPEN?

TURUN KEMPEN MEMBUKTIKAN KAU SETUJU DENGAN KAJANG MOVIE.

Maksudnya. Dalam nak menyalahkan PKR DAN DAP, SALAHKAN DIRI KORANG JUGA.

Itu baru tepat.

Isu kedua.

Ustaz Ridhuan yang naik podium nak meluahkan ketidakpuasan ahti tentang usul melalui teknik doa tadinya selepas Dr. Azhari selesai berpantun.

Emosi. Itu yang aku nampak. Dia emosi. Emosi itu dia. Dia memang beremosi. Kenapa nak terasa? Kenapa nak rasa sensitif? Jika kritikan di zahirkan tanpa gunakan teknik doa, pointnya  tetap sama. Doa ini bukan special teknik yang mana asalkan kita berdoa confirm ia betul.

Doa ialah doa. Kalau kita nak faham la. Doa ialah doa. Dr. Azhari tak paksa orang bersetuju dengan doa dia. Jauh sekali mendengar ataupun mengaminkan. Ustaz Ridhuan patut berlapang dada dan raikan aje teknik unik dalam perbahasan di muktamar.

Salah faham yang terbentuk oleh orang bukan Islam apabila melihat cara doa dibacakan oleh dr. Azahari? Orang2 bukan Islam dah lama 'salah faham' dengan PAS. Bahkan orang2 Islam macam aku pun, dah BANYAK SANGAT 'SALAH FAHAM' dengan PAS. Banyak sangat. Kalau aku huraikan satu persatu, mao geng2 PAS maki aku seratus tahun. 

Hehehe.

Lagi satu. Doa dr. Azhari itu tidak la kasar pada pendengaran aku. Tiada kata2 nista dilontarkan melainkan luahan rasa. Kutukan takde. Menghentam? Biasa aje kot. Macam tak biasa pula geng2 PAS menghentam orang.

Dengar citer. Kata2 merupakan doa. Kalau pun kita tak sebut kita sedang berdoa, cakap aje pun dah dianggap doa. So, boleh aku anggap ustaz Ridhuan tadi sedang berdoa dalam nada emosi tak?

Haha.

Tapi. Part ustaz ridhuan kena halau bagi aku itu tindakan bangang. Tak cerdik. Rampas microphone tue, bagi aku 50-50. Boleh jadi negatif, boleh jadi positif. Aku tak nak bagi pendapat lagi part tue. Relax dulu.

Tapi part gunakan media sosial untuk menyerang sesama sendiri pun memang bangang.

Tengokla ;


Nanti bersahut2an lah antara penyokong2 pemimpin neh.

Geng Hadi pongpang2 balon geng2 Mat Sabu. Hujah lapok geng2 Mat Sabu. Pemimpin tak maksum. Boleh je kena kritik.

Dah tue, dalam doa tue kritik Mat Sabu. Apsal meroyan? Mat Sabu maksum? Tuhan no 2? Mat Sabu adalah tuhan bagi geng2 Mat Sabu, ke?

HA HA HA

Geng2 yang kata jangan maksumkan ulama, baru aje maksumkan orang lain.

Hadoi.

Lawak betul la cara korang mengexpresikan pemikiran korang. Aku tak semestinya berpihak. Tapi aku nak bagitau korang.

Korang neh dua2 bodoh. Tak pernah eh orang sound korang secara jujur? Kedua2 kumpulan neh bergaduh bukan sebab prinsip, kebenaran, keadilan ataupun sebab rakyat tertindas. Gadoh demi pemimpin saja. Nak bela pemimpin punya pasal.

Oleh kerana geng2 Hadi hanya suka pujian.
Oleh kerana geng2 Mat Sabu pun suka bodekan.

Kedua2 kumpulan ini tak raikan perbezaan pendapat pun dengan cara tersendiri. Kedua2 korang neh sebenarnya tak betul. Jangan tanya sapa pula yang betul. Yang betul ialah patut geng2 Mat Sabu dan Hadi neh p buat usul2 perbahasan membangkitkan isu masalah rakyat yang tertindas ataupun bahas usul2 berkaitan kebajikan guru2 PASTI ataupun usul2 memcari kelemahan2 sendiri dan bahaskan. Contoh. Geng2 Mat Sabu cari kelemahan sendiri dan kaji. Geng2 Hadi cari kelemahan sendiri dan kritik. Geng2 Hadi dan Mat Sabu bergabung cari kelemahan2 dan kesilapan2 parti dan kaji. Geng2 Mat Sabu dan Hadi cari kelemahan2 PR dan kaji. Tapi ada tak korang buat? 

Mana ada.

Korang cuma bergaduh macam orang BODOH saja.

Kedua2 kumpulan neh takan mengakui kelemahan2 masing2 sebaliknya hanya nampak kelemahan2 pihak yang dia tak suka saja.

Biasalah. 

Mana la nak cari orang yang betul2 tawaduk buat kerja demi membantu rakyat tertindas. Main politik saja la yang ramai dok dalam PAS tue. Nak sentap la tue. Padahal hakikat. Terbukti. Dan maaflah. Tak bodek korang pun.

KAH KAH KAH

Kbai.

Nota : Aku nampak ramai geng2 PAS cakap doa laknat dibacakan. Aku nak screenshot, tapi kawan2 sendiri. Aku punya pendapat, tak suka dengan geng2 Hadi takpe. Jangan fitnah. Sepertimana aku meluat geng2 Hadi p fitnah geng2 Mat Sabu, seperti itu jugala aku meluat bila geng2 Mat Sabu p fitnah geng2 Hadi. Aku meluat sebab sesama sendiri main fitnah terhadap sesama sendiri. Doa nak hancurkan BN konon. Tak dan BN hancur korang yang hancur la dulu.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...