Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 September 2014

16 September - Apa Yang Rakyat Boleh Belajar Dari Najib & Anwar.

Najib dan Anwar sama2 fobia dengan tarikh 16 Sept. Dalam fobia ada sukanya juga. Dalam suka pun tetap ada rasa sentap di jiwa.


Najib riang ria.

Setiap kali 16 sept tiba maka ini la masa terbaik untuk trolling Anwar isu pembentukan kerajaan baru dan Anwar menjadi PM. 

Semua rakyat di negara ini tahu 16 sept ialah tarikh yang dijanjikan Anwar untuk membentuk kerajaan baru dengan wakil rakyat BN yang lompat tapi tak jadi lompat. Sebaliknya yang terlompat2 tergolek dog ialah wakil2 rakyat dari PKR dan DAP.

Lompat punya lompat hilang negeri. Lompat lagi hilang kredibliti. Lompat lagi hilang kepercayaan. Lompat lagi hilang reputasi. Sudahnya rakyat jadi meluat dengan aksi lompat melompat. Penyokong2 PR dalam diam mengutuk Anwar yang membawa budaya lompat melompat ke negara ini.

Sebenarnya. Bagi aku lompat tak salah. Jika lompat dari baik ke jahat itu salah. Jika lompat dari jahat ke baik itu tiada masalah. Jika lompatan ke arah PR bertujuan untuk menyelamatkan rakyat tertindas bagi aku itu bukan masalah. Jika lompatan kepada BN berniat menjadi jutawan segera itu memang gila. Tapi. Itu jika. Hanya jika. Kita sedang bercakap tentang jika. Hakikatnya bagaimana? Hakikatnya lompatan dari PR ke BN atau dari BN ke PR hanyalah berlaku atas nama mahukan kuasa.

PR mahukan kuasa untuk kuasa.
BN mahukan kuasa untuk kuasa.

Tiada sesiapa di antara mereka mahukan kuasa untuk menyelamatkan rakyat tertindas. Tiada sesiapa. Maka jika berlaku lompatan ianya tidak bermaruah dan memang layak dikeji.

Sebab itu Najib riang ria. Dia tahu Anwar ikat wakil rakyat yang nak melompat dengan kuasa. Bukan atas nama kepentingan rakyat. Dan Najib hanya perlu tawarkan kuasa dua kali ganda dari apa yang ditawarkan Anwar untuk gagalkan usaha lompat melompat.


Penyudahnya. Anwar jadi PM. Hanya dalam mimpi penyokong2 Pakatan Rakyat. 

Penyudahnya lagi. Anwar berjaya mengubah pemikiran anak muda tentang kehebatan dirinya.

Penyudahnya juga. Anwar berjaya membuatkan kenapa third force perlu wujud di negara ini. Terima kasih kepada Anwar. Dia buat banyak perkara yang kita boleh belajar dari setiap tindakan2 dia. Negatif pada dia tapi positif pada rakyat kerana mendidik rakyat menjadi matang dalam berpolitik. Khususnya pada aku secara peribadi. Banyak yang aku belajar dari tindakan2 Anwar dan PR sebenarnya.

16 sept walaupun suwei pada Anwar juga merupakan tarikh bermakna pada dirinya kerana inila tarikh yang dicadangkan oleh Anwar untuk diisytiharkan sebagai cuti umum sempena pembentukkan Malaysia. 

Anwar mencadangkan hari Malaysia diraikan dan ia perlu dimasukkan sebagai cuti umum untuk mengajar rakyat bahawa Malaysia terbentuk pada hari ini pada tahun 1963 yang lalu. Sabah dan Sarawak akan rasa lebih bermakna meraikan hari Malaysia ini kerana sambutan hari merdeka tidak bermakna pada mereka memandangkan sambutan kemerdekaan hanya merujuk kepada kemerdekaan tanah melayu (semenanjung) semata2.

Ini adalah kejayaan peribadi Anwar.

Najib akhirnya tunduk malu apabila akhirnya bersetuju dengan cadangan Anwar. Pada mulanya Najib berkata ;


Najib membalas ulasan Anwar ;


Orang tengah sembang bab penubuhan Malaysia si Najib kau neh tengah sembang bab kemerdekaan pula. Kan tak sama tue. Hari merdeka tue hari merdeka la. Hari pembentukkan Malaysia sub topic lain. PM sendiri pun terkeliru part sambutan hari merdeka. Apatah lagi rakyat biasa. Ini bagusnya cadangan Anwar. Dia mendidik rakyat untuk membezakan apa itu kemerdekaan tanah melayu dan apa itu hari Malaysia.

Penyudahnya. Tiap2 tahun Najib kena troll. 


Padan muka Najib.

Padan muka UMNO.
Padan muka Barisan Nasional.

Sapa suruh korang meletakkan emosi di hadapan bila bahas isu yang dibangkitkan oleh Anwar?

Lainkali. Bila orang bagi idea. Jangan tengok pada si pemberi idea. Amek faham dulu point mereka. Jangan sikit2 nak fikir negatif. Ah idea neh Anwar bagi. Jangan amek. Ah idea neh PR bagi. Jangan layan. Mana boleh kau fikir macam tue. Jika kau ialah pemimpin berjiwa rakyat kau akan meneliti kandungan cadangan dan lakukan perbahasan ilmiah bagi mendapatkan kesimpulan terbaik ke atas cadangan2 tersebut.

Kan tak pasal2 dah malu. 

Tapi malu Najib tak boleh dibanding dengan malunya Anwar.

Banyak yang rakyat boleh belajar dari tindakan kedua2 pemimpin Najib dan Anwar sebenarnya.

Daripada isu lompat parti sampaila kepada isu hari Malaysia betapa childishnya gaya pemikiran pemimpin2 di negara kita. 

Pertama.

Anwar anjur lompat berakhirnya dengan wakil2 rakyat pilihan dia yang melompat. PKR tidak memilih rakyat wakil rakyat berdasarkan kemampuan mereka buat kerja sebaliknya berdasarkan favoritism. Jika mereka mahu buat kerja untuk rakyat, nescayalah takan tergamak mereka nak melompat. Bukan kerana setia gila pada parti tapi mereka tahu tindakan itu mengkhianati kepercayaan rakyat ke atas mereka. Walaupun lompat adalah cadangan Anwar, tapi idea Anwar ini juga la yang BN suka tiru. Dalam pada dok mengutuk betapa buruk dan teruknya akhlak PR dalam menyeru MP2 BN untuk melompat, mereka sendiri melakukan perkara yang sama terhadap PR. Kau nak kutuk takde masalah. Tapi apa sebab kau buat benda yang kau kutuk? Dekat situ orang nampak kau tak konsisten. Kalau PR buat kau kutuk. Tapi kau sendiri amal apa yang kau kutuk. Memang la itu plan dan idea copyright Anwar, tapi ada Anwar paksa kau ikut ke? Tak kan. Bila kau ikut itu bermaksud kau rasa idea Anwar tue bagus juga untuk kau amal.

Kedua.

Anwar menjanjikan kuasa bagi mendapatkan kuasa. Ini adalah satu tindakan yang salah. Biarpun kita kalah beribu tahun lebih baik dari kita menang jika kita terpaksa mengikat pihak2 tertentu untuk bersama kita atas nama kuasa. Jika Anwar bijak lagi, dia akan gunakan peluang itu untuk mengenalpasti wakil2 rakyat mana dalam BN yang tidak bersih, dan lakukan siasatan ke atas mereka, kemudian dedahkan kepincangan2 wakil2 rakyat tersebut. Itu lebih bermakna kerana Anwar mendedahkan kebenaran biarpun dia bukan PM secara rasmi tapi sekurang2nya rakyat akan anggap dia ialah PM dalam ahti. Tapi dia hancurkan apa yang rakyat sandarkan ke atasnya. Dan Najib pula. Menjanjikan kuasa untuk mengekalkan kuasa. AKhirnya tetap la rakyat berada dalam kerugian.

Ketiga.

Pemimpin2 pembangkang dan kerajaan mereka cenderung bermain politik atas tujuan mendapatkan kuasa ataupun mengekalkan kuasa. Kuasa ini sangat penting untuk dipertahankan berbanding bekerja untuk rakyat. Mereka taknak peduli sapa susah, sapa melarat dengan polisi berat sebelah, sapa yang kena fitnah sampai masuk penjara bertahun2 disebabkan ruang keadilan di Malaysia ini sudah rosak dan sebagainya atau apa itu semua mereka tak peduli untuk fikir, kaji dan bantu rakyat. Janji. Sementara ada kuasa. Kita enjoy puas2 dulu. Nanti bila dah tak berkuasa. Masa itu la baru kita kondem itu ini itu ini. Sementara ada kuasa, kita nikmati puas2 apa yang mampu kita nikmati. 

Keempat.

Pemimpin2 politik tidak cenderung untuk melihat cadangan berdasarkan kepada idea sebaliknya mereka cenderung menilai cadangan berdasarkan kepada siapa yang bagi idea itu. Ini semua terpakai untuk semua jenis partisan. Kalau PR bagi cadangan dekat BN, instead of menilai cadangan, mereka memilih untuk bergaduh. Jika BN pula bagi cadangan dekat PR, mereka memilih untuk bergaduh lagi. Penyudahnya BN dan PR lebih banyak bergaduh daripada berbahas dan berbincang secara ilmiah akan setiap cadangan2 tersebut. Tengok aje la dengan isu 16 sept ini sebagai contoh. Dah puas2 gaduh baru nampak kerelevannya cadangan Anwar. Macam isu PPS pun sama. LGE taknak terima positif cadangan PDRM dan BN pula semakin memprovokasi DAP. Sampai mati ke nak gaduh? 

Budaya bergaduh korang neh telah ditiru oleh penyokong2 tegar korang. Itu sebab ada yang taknak kawan dengan geng2 BN dan geng2 BN pun taknak kawan dengan geng2 PR. Taknak kawin, taknak kawan. Kalau pergi kenduri geng2 BN ada yang kutuk, kalau p kenduri2 geng2 PR, ada pula yang tak suka. Ini semua perangai2 taksub pengikut2 korang. Sesama pengikut bergaduh macam politik itu penting mendahului silaturahim. Mendahului hubungan saudara sesama manusia, saudara sesama negara dan saudara sesama agama. 

Penyudahnya. Selagi kita tak bergaduh kita takan dapat selesaikan masalah. Setiap kali kena saling bergaduh dan saling sakit menyakiti ahti masing2 baru boleh fikir untuk dapatkan solusi. Sampai bila nak hadap episode2 macam neh. Jika ada akal yang waras, berubah la untuk kebaikan semua. Pemimpin2 kerajaan mahupun pembangkang. Najib mahupun Anwar. Sapa jadi pembangkang sapa jadi kerajaan tak penting yang penting kerajaan dan pembangkang bersama2 memainkan peranan meletakkan kepentingan rakyat di depan. Itu kalau kau mahu tahu, ini yang rakyat macam aku fikirkan. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...