Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 September 2014

Keep Calm, Azmin Is Your New MB, Accept it.


Mana segala mak nenek NGO apa bagai tue? Yang terbaru geng2 jawa kan? Sokong Wan Azizah ek?

KAH KAH KAH

Woi. Buat malu je la korang. Dia dah tarik diri (walaupun dari awal langsung tak pernah jadi pilihan sultan) dah. Tak mao ka buat demo segala bagai? Sia2 la korang dok buat huru hara alih2 Azmin yang naik jadi MB. Huru hara takpe lagi. Yang buat SD tue aku tak tahan lawak. Yang paling lawak sebab SD tue dua adun PAS lari berlarian kepada PKR, alih2 Azmin yang mendapat perkenan sultan. Bukannya Wan Azizah. Sabar la ek.

KAH KAH KAH

Tapi part paling kelakar part PKR uturn. Semalam, kami sebulat suara sokong DSWA. Alih2 ari neh sudah konar baring. Gasak kau la PKR. Parti2 politik uturn neh bukan benda pelik dah.

BN uturn
PAS uturn
DAP uturn
PKR uturn

Apa la sangat uturn. Janji selesai masalah sudah. 

Haha.

Malas nak bebel. Susun point demi point aje la.

1. TSKI dah resign cara baik.

2. Ada yang cakap ini la game plan PKR sebenar. Bukan nak naikkan DSWA tapi Azmin. Tah la aku tatau.

3. Tapi PKR dah sebulat suara sokong Azmin Ali sebagai MB.

4. So satu masalah selesai.

5. Dari segi sokongan DAP dan PAS, kita tengok dulu macam mana.

6. Tapi aku malas dan penat gadoh2 neh. Aku tak peduli la sapa MB. Kalau Azmin buat kerja, sokong sudah la. Kalau dia tak buat kerja baru la p bantai dia.

7. Pendapat aku, bertenang dan sokong aje Azmin sebagai MB.

8. Cuba baca statement terbaru Mahathir. Dia pun cakap sokong aje semua MB. Ini mungkin ada dua hint. Pertama, memang dia suruh sokong sebab Azmin geng dia. Kedua, dia saja2 suruh sokong supaya orang2 PR berasa syak dengan Azmin.

9. TV3 pula luarbiasa laporannya tentang Azmin. Ini pun boleh timbulkan dua isu. Pertama, memang Azmin pro2 depa juga. Kedua, sapa2 buat persepsi negatif untuk orang syak kepada Azmin.

10. Salah satu kebaikan Azmin diangkat sebagai MB ialah nafikan isu nepotisma, berbanding dengan perlantikkan DSWA. Ini fakta ini. Kena terima hakikat gak.

11. Yang negatifnya dalam krisis MB, PAS terluka teruk, PKR calar2, DAP haram terjejas.

12. So yang neh kena pakat2 fikir macam mana nak ubatkan ahti masing2 yang dah terluka dan tersakiti. PAS. PKR dan DAP. Kalau boleh korang pun berhenti main politik dan cuba cari jalan muhasabah diri masing2. AKui kelemahan masing2 dan perbaiki diri. Jangan asyik nak cari salah orang aje.

13. Tapi aku risau juga jika2 geng2 PKR nak p buat move apa jadah lagi untuk buang Azmin lepas neh. Kalau buat juga memang apa lancau la.. gadoh lagi sampai sudah.

14. Aku tak rasa rakyat nak terus terusan gadoh. So daripada gadoh2 baik la biar aje Azmin jadi MB dan jika ada apa2 perkara yang dia buat tak betul, perkara itu kita kritik. Aku akan buat macam aku buat kat TSKI. Sokong ikut tajuk, bahas ikut isu. Jika sebagai rakyat, aku rasa isu tue betul, maka aku sokongla. Jika sebagai rakyat, aku rasa isu tue menjejaskan maka aku bantah la. After all, Azmin lebih baik dari DSWA. At least dia boleh juga bagi arahan. DSWA? Aku betul2 tak nampak daya kepimpinan dia. Maaf la ek. 

Haha.

15. Geng2 Anwar dah boleh tutup buku dan berdamai. Bertenang. Sebab DSAI dan DSWA pun sebulat suara sokong Azmin tadi. Bukan citer tipu. Rujuk sini.

Atau tengok posting kat bawah neh ;


16. Azmin memang ada beberapa isu negatif. Isu video dalam tandas la. Isu dengan Azwan dan Ummi la. Ini pun isu2 sarkis gak neh kalau dilayankan. Aku rasa aku malas layan isu2 sarkis neh. Dan hopefully, Azmin boleh nasihatkan adik beradik dia jangan buat lawak sarkis openly. Suka tak suka ia akan menjejaskan sedikit sebanyak nama baik dia.

17. Seterusnya, kita tutup war. Terima je apa yang berlaku sebagai ketentuan. Kalau tak boleh terima gak, peti undi ada. Jangan sembang kencang cakap tak suka apa bagai. Kalau nak ubah sangat, guna tindakan. Tak suka jangan undi PKR. Bagi aku ini la penyelesaian yang ada untuk rakyat kebanyakkan.

18. Cuma aku personally, agak rasa fishy dengan Azmin tapi bersedia tengok cara dia kendalikan Selangor. Bukan apa, rasa fishy ini timbul disebabkan kes pemilihan parti. Kalau takde isu2 pemilihan tue, aku takde sebab nak rasa fishy dengan Azmin. Tapi takpe la, bagi peluang pun tak rugi apa. Kalau tak bagi peluang pun ko boleh buat apa je? Takan nak melakak demo sorang2 macam orang bodoh plak kan? Benda dah jadi begini so pasrah sudah la. 

Walaupun Azmin diperlihatkan ada aura yang menakutkan pada aku, tapi tak salah juga bagi dia peluang. Kalau dia lebih baik dari TSKI, yang untung kita juga. Kan? Kalau dia lagi teruk, jangan marah dia. Marah Rafizi. Sebab segala2 ini berpunca dari Rafizi. Okay tak?

Ha Ha Ha

Apa2 hal Azmin, tolong selesaikan masalah perumahan di Selangor. Kami nak beli rumah dan perlukan rumah. Bina lebih banyak perumahan rakyat, insya-Allah, jika ini Azmin kasi kawtim, perghh.. mao rakyat akan sokong Azmin macam rakyat sokong TSKI. Tak caya, cuba la buat.

KAH KAH KAH 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...