Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 September 2014

2 Tan Sri Lobi Azmin Ali Habis-Habisan Untuk Jawatan MB Selangor - EX PKR.


Untuk info semua.

1. Meskipun ada cakap2 yang mengatakan Azmin bakal MB, Azmin dah nafi, tapi sekarang berlaku satu perjumpaan di HQ PKR yang menyaksikan Anwar dan Azmin akan berbincang isu MB andaikata benar Azmin adalah pilihan sultan Selangor.

2. Mahathir tiba2 keluarkan kenyataan bahawa sokong sahaja la sapa sekalipun jadi MB Selangor. Aik? Dia tetiba sokong MB dari PR ka? Ini pelik beb.

3. Nik Nazmi nafikan gambar upacara angkat sumpah untuk jawatan MB (rehearsal) adalah merujuk kepadanya.

4. Chegu Bard dan YB Rodziah bergabung tenaga kempen mengkritik Azmin. Yaw auww auwww...

Dan Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali buat partayyyyyyyy.. opsssss sorry. Ini rekaan sahaja. Part Azwan dan Ummi tue okey.

KAH KAH KAH

Baca jap ;

Muhammad Zahid Md Arip hari ini mendedahkan dua tokoh korporat bergelar 'Tan Sri' menjadi individu terpenting dalam memainkan peranan melobi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali agar dipilih memegang jawatan Menteri Besar Selangor Baharu.

Beliau berkata, kedua-dua tokoh korporat terkenal di Selangor ini turut dijanjikan imbuhan dan 'projek besar' dari pihak Azmin jika berjaya menggantikan jawatan yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya mendapat maklumat terbaharu berhubung dua orang tokoh korporat bumiputera bergelar 'Tan Sri' di Selangor yang bukan dari kalangan Melayu tulen dan berdarah kacukan berhempas-pulas serta bermati-matian mahu Azmin dilantik sebagai Menteri Besar baharu.

"Saya difahamkan beberapa kertas cadangan projek besar di Selangor telahpun siap.

"Selepas sahaja Azmin mengangkat sumpah (sebagai Menteri Besar), kedua-dua tokoh korporat ini akan terus menikmati peluang perniagaan yang lebih besar di negeri tersebut dan menikmati kekayaan berganda lebih dari apa yang dinikmati sekarang," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini hari ini.

Beliau yang mengakui mengenali kedua-dua tokoh berkenaan memberi amaran agar menghentikan serta-merta amalan rasuah dengan menerima sogokan demi kepentingan politik peribadi Azmin.

Zahid turut tidak teragak-agak akan mendedahkan identiti kedua-dua ahli perniagaan tersebut jika masih meneruskan agenda tidak bermoral itu.

"Kepada kedua-dua tokoh korporat ini, saya tahu siapa mereka. Saya dan rakan-rakan (TIBAI) sedang memerhatikan gerak-geri mereka.

"Mereka boleh berniaga. Tetapi jangan sampai terlibat dengan amalan rasuah dan penyelewengan di negeri Selangor.

"Sampai masanya saya akan dedahkan siapa mereka ini," tegasnya.

Nama Azmin mula dikaitkan bakal menjadi pemimpin pilihan bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor setelah PAS secara rasmi memilih beliau sebagai calon alternatif selain dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ia disusuli dengan pendedahan Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyelar kegilaan kuasa Azmin melobi jawatan itu dan menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR).

Sampai masa baru nak dedahkan?

KAH KAH KAH

Sah2 main wayang lagi. Tak habis2 dengan dorang punya propa. Kalau betul sangat perjuangan ko tue, dedahkan la sekarang. Main wayang pasal apa..

KAH KAH KAH

Hadoi laaaaa.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...