Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Julai 2014

Sesi Mengumpat Sultan Perak.

Jangan lebih sudu dari kuah. Sultan Perak kata boleh je kritik dia. Janji bukan fitnah bukan pula menggunakan bahasa kasar. Korang semua jangan nak lebih2 pula kat sini. Bukan amaran. Just nak bagi korang semua sedar diri la. Ditujukan khas buat pencinta2 jawatan sultan.

Hari tue sekali. Dan sehari lepas tue sekali lagi. Dua kali aku tengok gambar tue. Actually gambar tue tak la menyakitkan ahti aku langsung pun. Aku peduli hapa dengan kempen2 sultan Perak. Dari apa yang aku perhatikan, sultan Perak sedang mengumpul kasih sayang dari rakyat. Senang cakap seperti mengumpul pengikut la. Mahu mendapatkan sokongan tertentu.

Mungkin atas apa yang terjadi pada sultan Kelantan. Setiap kali orang share gambar2 sultan Kelantan, beribu2 yang LIKE. Seolah2 sultan Kelantan ini disayangi rakyat. Maka, mungkin, aku syak, sultan Perak juga mahu lakukan perkara yang serupa. Menanam persepsi yang baik untuk diri dia. 

Lantak ko la. Janji ko bahagia. 

Hahahaha.

Tapi yang buat aku meluat tue ialah caption pada gambar. Dan bertambah2 meluat bila baca komen2 dorang.


Gambar ini dikongsikan melalui dua laman facebook. Satu laman rasmi JPJ. Satu laman rasmi page pro BN, FOBN.


Beribu2 yang LIKE. COMMENT. Dan SHARE.

Bukti, dorang mudah terkesan dengan tindakan remeh temeh macam neh.

Senang cakap, senang kena kelentong la. Yang komen2 pun siap cakap sultan berjiwa rakyat la apa la blablabla.. bayar lesen sendiri blablabal.. apa semua. Huk aloh. Selama neh macam takde lesen. Takan tak pernah renew kot? Selama neh sapa yang tolong renewkan? Kenapa nak renew lesen kena bawa jurukamera apa bagai? Apsal datang dalam 1 kumpulan? Siap ada bodyguard semua la. Ini ko kata sultan berjiwa rakyat? Ini bukan sultan berjiwa rakyat. Ini sultan berjiwa protokol. Itupun aku tak tanya lagi. Sultan ada beratur tak? Potong Q tak? Masa bawa kereta atas jalanraya ada suruh orang ketepi bagi laluan tak?

HAHAHAHAHAHA..

Sultan berjiwa rakyat takde dalam gambar di atas. Apa yang ada ialah sultan berjiwa protokol. Aku tak kata salah untuk sultan ikut protokol ek. Cuma aku nak betulkan pandangan sesetengah pihak. Jangan salah faham dan jangan happy gila babik la hanya semata2 sultan ko bayar lesen dia sendiri. Macam dia renew lesen ko pun. Yang nak seronok dah kenapa?


Dia renew lesen dia sendiri beb. Bukan lesen ko, ngok.

Happy la andai dia melawan pelaksanaan polisi GST ke. Happy la juga andai dia turun kampung ke kampung dan bantu memastikan pengurusan zakat Perak diagihkan dengan telus dan pada haknya. Happy la juga andai dia turun padang membantu rakyat2 yang tertindas. Dan happy la juga andai dia sudi meluang masa mendengar umpatan2 rakyat terhadap pemimpin2 BN yang haprak dan tak berguna tue.

Tapi takde satu pun benda di atas yang dia buat ketika ini. So takde apa2 yang aku nampak sultan berjiwa rakyat layak dimahkotakan ke atas dirinya.

Tunggu dia buat perkara2 di atas dulu. Setakat bayar lesen sendiri korang nak kata dia sultan berjiwa rakyat. Apa la kelakar sangat cara korang berfikir. Tang mana jiwa rakyat nya kalau dia p bayar lesen sendiri ikut peraturan sedia ada? Lainla kalau dia p bayar lesen korang. Baru la boleh dikatakan sultan berjiwa rakyat. Pasal tolong hidupkan lesen rakyat.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...