Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Julai 2014

Rangkuman Kemaskini Terbaru Mengenai Insiden #MH17 - (20-22/7)


Sepanjang dua hari lepas ini hanya berita ulang2 aje yang dihebahkan di pelbagai media massa. Selain dari berita ulang2, berita provoke memprovoke pun tak kurang juga. Kejap Rusia sound Ukraine. Kejap Ukraine ugut Putin. Kejap Obama beri amaran. Kejap Putin kata ini propaganda politik yang berniat untuk mencemarkan reputasi Rusia dan membuatkan Rusia dibenci dunia.

Berita2 macam neh kalau ko layan pun buat semak otak ko jek. Lantak p la dorang nak gaduh sampai mampos pun. Yang penting Malaysia mendapat keadilan sudah.

1. Pada jam 3 pagi waktu tempatan tadi, 2 kotak hitam sudah pun diserahkan kepada Malaysia oleh puak pemisah. Satu sidang khas diadakan dan penyerahan kotak hitam disaksikan oleh banyak pihak.

2. Malaysia menubuhkan satu pasukan siasatan khas, 3 dari Malaysia, 3 dari Belanda, 1 dari ICAO. Kesemua mereka kecuali wakil Belanda pernah terlibat dalam siasatan kehilangan #MH370.

3. Ukraine yang diperlihatkan melakukan provokasi demi provokasi ke atas puak pemisah dan Rusia agak terkedu apabila Rusia dan puak pemisah bersetuju 3 perkara dengan pasukan siasatan khas ;

Pertama. Benarkan pasukan khas masuk ke lokasi nahas untuk jalankan siasatan dan keselamatan mereka perlulah terjamin. Sebelum neh Ukraine memberitahu mereka tidak mampu menjamin keselamatan pasukan siasatan khas. Namun jaminan ini telah diberikan oleh Rusia dan puak pemisah pada semalam.


Kedua. Serahkan kedua2 kotak hitam yang ditemui kepada pasukan siasatan khas. Ini pun sudah dilakukan. Kini pasukan Malaysia perlu memastikan kotak hitam itu mestilah sentiasa dalam berkeadaan baik, tidak dialter dan paling PENTING = TIDAK DICURI oleh SESIAPA bagi tujuan MEMANIPULASIKAN MAKLUMAT.

Ketiga. Mayat mangsa nahas akan diserahkan kepada Malaysia sepenuhnya sebelum pihak Malaysia bertindak melakukan penghantaran mayat ikut lokasi negara. Menurut Najib, mayat mangsa nahas dari Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia menggunakan C130 Hercules. Kereta api yang bawa mayat mangsa sudah pun bertolak ke Kharkiv untuk tujuan selanjutnya.

Perkara ini dipersetujui oleh Rusia, kumpulan pemisah selepas Najib berusaha melakukan rundingan aman selama 2 hari dengan pihak2 berkenaan. Agaknya, sidang media khas yang berjalan 2 hari lepas ketika Najib declare yang MALAYSIA MEMILIH UNTUK TIDAK BERPIHAK (kepada Ukraine mahupun Rusia) mungkin antara faktor kenapa Rusia bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebenarnya ramai juga yang KONDEM Najib sebab MEMILIH untuk TIDAK BERPIHAK dan MARAHKAN NAJIB sebab taknak sebut TERANG2 PESAWAT DITEMBAK JATUH oleh PELURU BERPANDU. Mereka kata. Ukraine dah dedahkan segala bagai. Media luar BAGUS NAK MAMPOS. Media Malaysia LEMBAB gila babik. Tulis dipercayai. Najib bodoh nak mampos. Sebab tak update apa yang berlaku di luar.

Aku geleng2 kepala aje baca komen2 dari geng2 pembangkang.

Kalau la mereka tahu kenapa pasti mereka rasa malu kerana menulis komen yang merapu2.

Tidak berpihak kerana tidak mempunyai bukti yang konklusif untuk menyokong dakwaan Ukraine adalah tindakan yang tepat lagi betul. Malaysia hanya patut berpihak kepada bukti. Jika bukti selepas ini mengarahkan petunjuk bahawa ia adalah kerja puak pemisah maka itulah yang kita akan sebut dan begitulah sebaliknya.

4. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Belanda sangat terkesan dengan apa yang berlaku pada #MH17 kerana majoriti rakyat mereka berada dalam penerbangan tersebut. Barang2 mangsa nahas diusik. Disiarkan di kaca tv. Dalam surat khabar. Bagasi diselongkar. Mayat2 kena langkah (berjalan melalui antara mayat). Gambar2 ngeri disiarkan tanpa tapisan (yang neh ramai buat tanpa fikir kesan emosi kepada keluarga mangsa nahas). Semua itu melukakan ahti rakyat Belanda dan amaran dikeluarkan ke atas puak pemisah dan wartawan2 yang terlibat kerana tidak bersikap sensitif. Antara yang meminta maaf ialah wartawan dari SKYNEWS dan dikhabarkan wartawan tersebut akan diambil tindakan selanjutnya.

5. Singapura meminta maaf kerana tidak peka dengan satu status yang dikemaskini menerusi laman facebook mereka berkaitan insiden #MH17. SIA kena kondem kerana berbanding menghantar ucapan takziah terlebih dahulu mereka memilih untuk mengupdate bahawa SIA tidak menggunakan laluan tersebut. Tapi, err SIA dah kantoi kot. Dalam satu laporan yang didedahkan oleh Jerman, SIA gunakan penerbangan tersebut dengan kerap dalam masa 7 hari dari tarikh nahas dan lebih banyak berbanding MAS. OoOoOoOoOO.. KANTOI.

6. MAS akan beri bantuan kewangan US5,000 dollar kepada setiap waris keluarga mangsa nahas yang terlibat. Bantuan kewangan ini tidak terbabit dengan insurans dan selain dari bantuan kewangan, MAS juga sediakan bantuan tempat tinggal, makanan dan segala kos2 berkaitan kepada waris keluarga mangsa sepanjang kes  #MH17 berlangsung.

7. Pada 20 Julai yang lepas penerbangan #MH004 MAS A380 KL-LONDON telah melalui ruang udara Syria yang disifatkan sebagai ruang udara zon konflik. Ramai mengelak dari melalui ruang udara tersebut dan flightradar24 telah mengupdate perubahan laluan MAS menerusi laman twitter rasmi mereka. Namun MAS menegaskan bahawa laluan udara Syria selamat seperti mana yang disahkan oleh kerajaan Syria. Bekas ketua juruterbang penerbangang serantau MAS, Kapten Datuk Ahmad Nik Huzlan Nik Hussein juga mempersoalkan tindakan MAS berhubung perkara tersebut. 

Aku harap MAS jangan bergantung kepada pengesahan dari Syria semata2. Ukraine sebelum neh pun mengesahkan laluan ruang udara mereka selamat tapi tengokla apa yang terjadi pada #MH17. Dorang semua tak boleh diharap kalau berlaku apa2 pada kita. Gunakan laluan yang tidak boleh dipertikaikan oleh orang awam untuk membina semula reputasi dan kepercayaan yang semakin hilang.







8. Pemuda PAS Kedah keluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku ke atas #MH17 ialah bala ataupun kemurkaan Allah kepada MAS kerana menghidangkan arak dan staff pramugarinya yang tidak menutup aurat.

9. Anwar menyelarkan Rusia dalam insiden #MH17. Menurut Anwar selaku ketua pembangkang di Malaysia, Rusia telah membantu puak pemisah dengan membekalkan senjata canggih kepada kumpulan tersebut sehingga mengakibatkan terjadinya peristiwa #MH17. Anwar akan memastikan kerajaan Malaysia bersikap tegas dalam menanggani tindakan puak pemisah Ukraine yang mempunyai bekalan senjata dari Rusia.

10. NYT = New York Times menulis satu laporan dalam akhbarnya mengenai tindakan Malaysia yang memilih untuk tidak berpihak dan menyalahkan sesiapa dalam insiden berkenaan. NYT agak bias juga sebab tak maklumkan, MALAYSIA tak berpihak kepada mana2 negara, MALAYSIA hanya mahu berpihak kepada bukti. Malaysia memang berat nak berpihak bukan untuk menjaga hubungan diplomasi dengan mana2 negara tapi disebabkan Malaysia tak punya bukti kukuh untuk benarkan dakwaan mana2 pihak. Rusia tuduh Ukraine punca utama nahas dan sengaja menggunakan insiden berkenaan untuk membuatkan dunia membenci Rusia. Ini adalah permainan politik kata Putin. Dalam waktu yang sama, Ukraine tuduh Rusia yang pro kepada puak pemisah adalah dalang kejadian dan berusaha agar kumpulan pemisah Ukraine diisytiharkan sebagai PENGGANAS ANTARABANGSA dalam usaha menanggani KEGANASAN GLOBAL. Jika kumpulan pemisah Ukraine disahkan sebagai PENGGANAS ANTARABANGSA maka lebih banyak akses yang boleh diperolehi oleh penguatkuasa bertaraf antarabangsa untuk menangkap mereka2 yang dilabelkan sebagai PENGGANAS. Dan Malaysia bukan tak nampak permainan politik oleh kedua2 belah pihak kat sini. Itu sebab Malaysia terpaksa mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak ikut sama dalam strategi tuduh menuduh sesama sendiri tanpa menghadirkan bukti yang kukuh dan jelas.

11. Antara kisah sedih yang membabitkan mangsa nahas #MH17 ialah kisah pasangan suami isteri yang kehilangan ketiga-tiga anak mereka sekaligus. Kisah tersebut mendapat perhatian di media tempatan Australia. 3 anak kepada Anthony Maslin, Mo 12 tahun, Evie 10 tahun, Oties 8 tahun berada di dalam penerbangan tersebut bersama datuk mereka dalam penerbangan pulang ke Perth selepas bercuti di Amsterdam dalam percutian keluarga. Dan kesemua dari mereka menjadi mangsa nahas dalam tragedi #MH17. 

12. MAS berisIko tinggi bakal dinyahsenaraikan dalam Bursa Malaysia berikutan dengan kejadian #MH17 susulan dari apa yang berlaku ke atas #MH370. Menurut satu laporan kewangan yang dipetik dari Bloomberg, belum pernah lagi dalam dunia ini, syarikat penerbangan menempuh 2 tragedi yang paling pelik dalam sejarah penerbangan dunia. MH370 dikesan hilang terus dan sampai ke hari ini gagal dikesan dan MH17 pula ditembak jatuh ketika beratus2 pesawat komersil yang lain melalui ruang udara yang sama. Dan kesan daripada insiden tersebut akan menyebabkan MAS berisiko untuk dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia disebabkan kejatuhan nilai saham MAS. 

13. Persatuan pengguna Australia meminta semua pengguna media sosial ber-ahti2 dengan penipuan di mana blog2 yang kononnya memaparkan berita2 terbaru mengenai insiden #MH17 tapi dalam waktu yang sama bertujuan menipu dan memperdayakan pengguna dengan tujuan meraih keuntungan melalui penjualan iklan dan setiap klik2 yang dibuat ke atas link2 yang mereka sebarkan. Dalam perkembangan yang sama, facebook telah menutup 6 account facebook yang menggunakan identiti mangsa bagi tujuan melakukan penipuan dan memperdayakan pembaca juga menyebarkan malware dengan niat untuk mencuri segala maklumat peribadi pembaca ketika mereka singgah membaca di blog (melalui link yang diminta klik).

14. Di media sosial bagi memperingati tragedi #MH370 dan #MH17, rakyat Malaysia berkempen dengan menyeru agar saluran tv tempatan mengurangkan hiburan keterlaluan dalam sambutan perayaan yang bakal menjelang ini bagi menghormati ahli2 keluarga yang terkesan dalam kedua2 insiden berkenaan. 

15. JAKIM akan memastikan semua jenazah yang beragama Islam akan diuruskan dengan cara sepatutnya dan bersedia hulurkan bantuan kepada semua pihak2 yang terjejas dalam urusan memudahkan pengurusan jenazah mangsa.

16. Lebih banyak kumpulan2 dan rakyat yang menzahirkan rasa simpati dalam mengenang tragedi #MH17 di seluruh dunia. Di Amsterdam, lapangan terbang terus dibanjiri dengan jambangan bunga dan doa dari orang ramai yang rasa simpati. Di Belanda, beberapa lokasi jadi tumpuan untuk menzahirkan penghormatan terakhir ke atas nahas #MH17. Di Malaysia, Petaling Jaya antara lokasi yang menjadi pilihan untuk nyalaan lilin bagi mengenang mangsa nahas #MH17 dan kedutaan Belanda di Rusia jadi tempat untuk rakyat Rusia bersolidariti bagi menyatakan mereka juga sedih dengan apa yang berlaku ke atas #MH17. Di Wollongong, Australia, pelajar serta warga sekolah Albion Park, meletakkan bunga sera kad sebagai memperingati bekas timbalan pengetua sekolah yang turut terbunuh dalam insiden berkenaan.

17. Semakin ramai yang mempersoalkan tindakan media dari barat meletakkan kesalahan ke atas Rusia meskipun belum terbukti. Masyarakat antarabangsa mendesak agar siasatan dilakukan dengan telus tanpa menunding jari dan biarkan bukti mengesahkan kejadian. Jangan gunakan media sebagai pentas pendakwaan.

18. Baca : Rusia menyatakan rekodnya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang berhampiran dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan menafikan dakwaan bahawa mereka membekalkan sistem peluru berpandu atau senjata lain kepada pemisah Ukraine. Dalam satu taklimat khas, dua pegawai tinggi tentera Rusia membentangkan kes terhadap Ukraine dengan menunjukkan beberapa carta dan imej. Mereka turut mendakwa bahawa terdapat satelit Amerika Syarikat berada di kedudukan atas Ukraine ketika kejadian. Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat milik MAS itu juga tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu. Jet terbabit didakwa berada sekitar tiga hingga lima kilometer berhampiran pesawat MH17 yang 'tersasar dengan jarak maksimum 14 kilometer dari laluannya ke utara”. 
 
Kementerian Pertahanan Rusia turut mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi terbabit. "Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum," katanya. Menurutnya, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis. Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu. Walaupun dalam taklimatnya Kartopolov secara spesifik tidak menamakan Ukraine sebagai pihak yang menembak jatuh pesawat MH17, tetapi berdasarkan bukti dan data yang didedahkan ia dipercayai cuba mengaitkan Ukraine. Ini adalah dakwaan pertama Rusia beserta bukti bagi menafikan tuduhan yang mengaitkan negara bekas komunis itu dengan nahas MH17.


19. Walaubagaimanapun Ukraine menafikan tuduhan Rusia itu.

20. Dalam sidang media yang sama pihak Rusia juga menjelaskan bahawa mereka tidak pernah sesekali membekalkan BUK kepada kumpulan pemisah. Kumpulan pemisah juga bersetuju untuk mendedahkan kepada dunia apa jenis peralatan perang yang mereka miliki supaya dunia tidak salah anggap bahawa mereka terlibat dalam konspirasi menjatuhkan #MH17. Semua jenis peralatan perang yang dimiliki oleh kumpulan pemisah hanya berupaya untuk menjatuhkan pesawat yang terbang rendah.

21. EU pada hari ini telah meluluskan usul bagi mengenakan sekatan yang lebih keras ke atas Rusia susulan dari kejadian #MH17.

22. Rusia menghargai pendirian Malaysia yang bersikap berkecuali dalam insiden #MH17. Rusia memuji tindakan Malaysia untuk tidak meletakkan tuduhan mendahului bukti.

23. Penganalisis dari London mengatakan bahawa serpihan #MH17 mencadangkan bahawa ianya memang telah ditembak oleh misil berpandu dari jenis BUK dan kesan lubang yang besar di bahagian utama pesawat menyokong teori yang tersebar selama ini.

24. Baca : Pertubuhan wartawan bebas di New York menggesa kumpulan pemisah di timur Ukraine supaya berhenti mengancam dan menghalang wartawan daripada membuat liputan mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang terhempas di kawasan yang mereka kuasai. Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) berkata sejak Jumaat lepas, pemberontak bersenjata itu telah menahan dan mengancam sekurang-kurangnya 10 orang wartawan.

25. Baca : Data dalam kad memori kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis, tidak boleh diubah atau ditambah. Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata data hanya boleh disembunyikan dengan mengasingkan beberapa data tertentu, namun ia masih boleh dikesan jika perkara itu berlaku. "Sembunyikan data bukan bermaksud memadam maklumat di dalam memori kad tersebut, bagaimanapun apa yang boleh berlaku ialah sebahagian data telah diasingkan, disembunyikan. "Kad memori juga tidak boleh ditukar kerana ia mempunyai nombor siri tersendiri yang sama dengan nombor pada kotak hitam tersebut dan boleh dikenal pasti mela,lui kilang yang mengeluarkannya," katanya.


Rujukan : Malaysiakini

Harian Metro

Awani

Bernama

Daily Mail

The Malaysia Insider

Mstar

TV3.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...