Borang di atas tersebar di laman sosial dan mendapat kecaman orang ramai. Borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh baitumal N9. Kenapa ek?
Pertama.
Istilah fakir dan miskin. Kalau ikut borang di atas istilah fakir dikatakan ;
Sebuah keluarga yang mempunyai 5 orang isi rumah atau lebih yang mana pendapatan bulanan kesemua isi rumah tersebut tidak lebih dari rm150.00. Maksudnya? Maksudnya tiap2 pendapatan isi rumah bagi tiap2 individu di dalam rumah tersebut adalah tidak lebih dari rm150.00 sebulan.
Istilah miskin pula dikatakan ;
Sebuah keluarga yang mempunyai lima orang isi rumah atau lebih yang mana pendapatan bulanan kesemua isi rumah tersebut adalah tidak lebih dari rm300.00 sebulan.
Maksudnya tiap2 pendapatan isi rumah bagi tiap2 individu di dalam rumah tersebut adalah tidak lebih dari rm300.00 sebulan.
Ini yang kita akan faham bila baca borang di atas.
==============================
Kedua.
Zaman sekarang sapa pula yang terima gaji rm150 sebulan ataupun 300 sebulan.
Betul tak? Maka orang ramai pun marah la pusat zakat N9.
========================
Rupa2nya itu borang lama. Ini pula borang baru. Borang lama masih diedarkan atas alasan ia masih lagi boleh digunapakai untuk memohon bantuan. Namun secara berdikit ia digantikan dengan borang baru sehinggala borang lama habis digunakan.
Lihat ;
Borang baru ini lebih baik dari segi maksud menjelaskan apa kategori fakir dan miskin. Aku akui yang ini.
Cuma untuk borang pertama, yang sebenarnya MAINS pun silap juga sebab gunakan perkataan 'pendapatan isi rumah' yang boleh mengundang kekeliruan. Rupa2nya yang ingin disampaikan oleh mereka ialah ;
KATEGORI FAKIR.
Gaji - tolak perbelanjaan - hutang - kos sara hidup = pendapatan isi rumah BERSIH yang mampu disimpan adalah tidak lebih dari RM150 sebulan.
KATEGORI MISKIN.
Gaji - tolak perbelanjaan - hutang - kos sara hidup = pendapatan isi rumah BERSIH yang mampu disimpan adalah tidak lebih dari RM300 sebulan.
Dan berikut di bawah ialah penjelasan dari pihak mereka ;
Penjelasan Isu Kriteria Fakir dan Miskin MAINS.
Penentuan had fakir dan miskin di NS dibuat berdasarkan had kifayah. Telah dilaksanakan sejak 2004. Kadar yg dinyatakan dlm borang adalah kadar lama pendapatan bersih setelah ditolak kadar had kifayah. Kadar had kifayah merangkumi kos perbelanjaan yg munasabah sebulan isirumah merangkumi perbelanjaan keperluan perlindungan, makanan, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain lain belanja berkaitan. Sekiranya masih berbaki kurang drpd RM150, mereka akan dimasukkan di bwh kategori fakir manakala sekiranya baki pendapatan lebih drpd RM150 tetapi kurang drpd RM300 akan dimasukkan dlm kategori miskin.
Kedua dua kategori ini layak menerima bantuan bulanan dan bantuan lain yg berkaitan mengikut keperluan keluarga berkenaan. Sekiranya pemohon tdk masuk mana mana kategori berkenaan. Mereka boleh dipertimbangkan bantuan berkala atau sekali bantuan mengikut keperluan mereka. Borang berkenaan adalah borang lama wbp mungkin masih digunakan dan diedarkan bagi mengelakkan pembaziran. Kadar baru Had Kifayah juga telah dipinda seperti di sertakan. Borang baru adalah seperti disertakan. Tafsiran asnaf adalah sepertimana yg ditetapkan oleh J/kuasa Fatwa. (Utk rujukan had kifayah boleh layarihttp://www.baitulmalns.gov.my/hadi.aspDi NS seramai 5,600 org menerima bantuan bulanan dan sebahagian besar mereka turut menerima bantuan bulanan JKM dan bantuan PPRT serta bantuan projek basmi kemiskinan negeri. MAINS juga sedang menjalankan kajian kali kedua had kifayah dan dijangka akan dikuatkuasakan pd 2015.
Bagi 2013 shj MAINS menerima 37,678 permohonan individu dan drpd jumlah berkenaan 33,379 tlh di luluskan iaitu lebih 88.6% drpd yg di terima. Sejumlah RM32.27 juta tlh dibelanjakan utk asnaf fakir dan miskin shj (melebihi 2/8 peruntukan perbelanjaan utk asnaf fakir dan miskin). Secara keseluruhan RM80.4 juta tlh dibelanjakan utk pelbagai asnaf (individu dan institusi) di NS pd 2013 berbanding kutipan RM79.7 juta, menjadikan lebih 100% dana zakat 2013 diagihkan pd tahun lepas.
MAINS juga merupakan satu satunya negeri yg mengagihkan lebih 95% zakat yg dikutip setiap tahun sejak 2004. Turut menerima Anugerah Audit Akauntabiliti 4 bintang (tertinggi) dari Ketua Audit Negara selama 6 tahun berturut turut selain mengekalkan Sijil Akaun Bersih sejak 2004. Selain itu MAINS juga mengekalkan kadar Indeks Kepuasan Pelanggan pd kadar melebihi 80% setiap bulan. Terima kasih di atas sokongan, pandangan dan cadangan serta komen yg diberikan. Usaha penambah baikkan akan terus dilaksanakan. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan menerima amalan kita sebagai amalan yg soleh. Wallahualam.
Kamal Amran Kamarudin
Setiausaha
Majlis Agama Islam N.Sembilan
Kalau benar apa yang dikatakan maka aku ucapkan moga teruskan kerja2 korang dengan cemerlang seperti sedia ada. Harap2 boleh juga bantu baitulmal2 lain jalankan tanggungjawab dorang dengan jujur dan cekap juga.
KAH KAH KAH
Kbai.