Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Julai 2014

Penyokong2 PR Perlu Terima Hakikat Wan Azizah Pilihan PKR Ganti Khalid Ibrahim.

Semalam ada mesyuarat MPP. Mesyuarat belum bermula. Dah dapat info yang Anwar akan declare Wan Azizah as MB. Pilihan PKR. Dapat maklumat petang. 

Apa pointnya?

Nak bagitau la. Nampak sangat dalam PKR ada orang2 yang tak reti nak simpan rahsia.

KAH KAH KAH

Tapi. Baik untuk kami yang memang memerlukan maklumat sulit. Yang kita boleh cerita, kita cerita la. Yang kita tak boleh cerita, kita simpan sudah la.

Dan, kenyataan Anwar semalam membuktikan maklumat yang diterima adalah terbukti benar. PKR sebulat suara bersetuju bahawa Wan Azizah adalah alternatif kepada Khalid Ibrahim yang perlu melepaskan jawatannya selepas raya ini.

Perang Khalid dan Azmin sudah terlalu teruk sehingga perlu campurtangan pihak ketiga. Iaitu, Anwar and the geng. 3 proksi utama dalam PKR. 

Geng Khalid.
Geng Anwar.
Geng Azmin.

Tapi ada juga yang bercakap Anwar akan tunduk kepada Azmin disebabkan Azmin banyak simpan rahsia Anwar. Tengok aje la baru2 neh isu dalam isu pemilihan parti. Apa je tindakan yang Azmin dan Xavier terima? Lue fikirlah sendiri. Aku pun malas nak campur dalam2 urusan parti dorang. Report ROS sudah. Report polis pun sudah. So sekarang terserah kepada dua entiti agensi tersebut mengambil tindakan untuk menyiasat laporan2 yang telah dibuat. Dan aku tak sure dorang ada lapor SPRM ke takde. Pendapat aku jangan sembang kencang kutuk Azmin dan Xavier di twitter kalau lue pun tak buat laporan SPRM. Tak buat laporan  = bersubahat le tue.

Hehe.

DAP nampaknya bersetuju tanpa halangan menaikkan Wan Azizah.

DAP + PKR = majoriti sokong Wan Azizah. Kalau buat undi usul tak percaya pun Khalid Ibrahim akan jatuh disebabkan sokongan yang diterima oleh Wan Azizah mengatasi kerusi yang dimiliki oleh PAS.

PAS setuju atau tak setuju jawapan dia pergi mampos aje la. DAP dan PKR setuju kot nak tukar MB sedia ada.

Sekarang isunya macam mana nak pujuk rakyat terima tindakan PKR di Selangor? Laporan UMcedel menyatakan sokongan rakyat terhadap PR sudah susut di Selangor.

Kenapa susut?

Lihat carta.


Tengok tarikh survey. Memang kena sangat la dengan situasi di Selangor yang tengah gadoh isu baling kerusi tue. Gila kau. Pemilihan parti macam celaka. Pongpang2 kutuk SPR sekali parti sendiri pun sama la pula.

KAH KAH KAH

Aku tatau jika isu penukaran MB ini ada kaitan dengan sokongan di Selangor turun ataupun tidak tapi aku akan nyatakan beberapa point yang digunakan oleh kumpulan Anwar dan Azmin dalam menghalalkan usaha mereka menukar MB Khalid. Cuma kat sini Azmin sedikit terjejas dari segi emosi. Ingatkan turun Khalid ganti ke dia. Sekali turun Khalid ganti ke Wan Azizah. What the fark! Penat kot berdoa siang malam.

1. Isu perjanjian air. Ini didedahkan oleh Rafizi. Gagal juga MB jelaskan persoalan yang timbul secara menyeluruh. Gagal juga Rafizi menjawab hujah balas Khalid. Lawan la Khalid dan Rafizi. Rafizi ada penyokong tersendiri. Khalid juga. Sudahnya kedua2 penyokong bertelagah.

2. Isu air lombong. Charles Santiago main isu. DAP. Yang neh Khalid memang teruk kena. Aku sendiri tak bersetuju dengan tindakan Khalid. Soal kesihatan, kebersihan bukan main2 kot.

3. Isu KIDEX. Nurul Izzah, Rafizi dan ramai lagi wakil rakyat PR main isu neh. Yang neh aku pun buntu nak follow sapa sebab aku tatau mana satu yang betul.

4. Isu 3b. Khalid dikritik hanya pandai menyimpan tapi gagal belanjakan duit untuk kebaikan rakyat. Sampai kena kritik dalam sidang DUN.

5. Isu sampah. Yang neh sampai sekarang belum berjaya diselesaikan sepenuhnya. Lemahnya Khalid sampai jadi mangsa sabotaj. Yang sabotaj satu hal yang si Khalid neh pun lemah sebab taktau nak prevent.

6. Isu peruntukkan. Ramai wakil2 rakyat di Selangor naik angin sebab Khalid terlalu ber-ahti2 untuk meluluskan sebarang peruntukkan bagi disalurkan kepada rakyat. Yang neh aku tatau betul ke fitnah. Dengar orang cakap je. Pandai2 la lue fikir sendiri.

7. Isu pengagihan projek dan kerjasama dengan UMNO. Walaupun Selangor bawah PR tapi sampai sekarang masih lagi terdapat syarikat2 pro UMNO dapat projek di Selangor. Kalau dengar dari geng Khalid, depa akan cakap, pengagihan tender dibuat ikut kemampuan dan merit satu2 syarikat bukan main caca marba. Kalau ikut dari geng2 anti-Khalid, dorang cakap Khalid mesra UMNO dan masih jaga kepentingan UMNO di Selangor. Khalid sudah kena beli. 

Ini antara isu2 yang geng2 Anwar dan Azmin main.

Kita tengok isu2 berkenaan seolah2 dimainkan demi rakyat. Itu yang kita rasa. Tapi betul ke ia demi rakyat?

Bagi aku sebagai rakyat aku nampak memang ada di antara isu2 di atas menjejaskan rakyat. Bahkan sebelum neh aku nak pernah minta PR Selangor untuk prihatin isu ;

- Meter air

- Isu rumah PPR yang tak berjaga

- Projek2 pembinaan rumah yang lebih tertumpu kepada rumah kos mewah. 

- Isu warga asing. Takan tak boleh tubuh skuad khas bagi peruntukan serba sedikit untuk perangi lambakan warga asing? Tahu. Ia dibawah kuasa penguatkuasa polis tapi kerajaan negeri juga boleh luluskan akta untuk menyokong kerja2 polis membanteras lambakan warga asing. Bersepah2 kot kat Selangor tue. Korang buat apa? Kalau susah sangat, tangkap gambar, rakaman video, campak ke meja polis .. "polis.. ada rumah haram kat sini by warga asing.. ko buat sesuatu boleh tak"? Ini tidak. Balik2 BN salah. Salah BN. BN salah. Salah BN. Macam celaka zikir dorang. Naik meluat aku dengar.

- Isu poster bangang bantuan 100.

Dan lain2 yang aku sendiri pun dah lupa. Boleh google. Dulu aku lawan dia secara bersendirian. Bukan atas millage politiking ek. Tapi sekarang aku nampak yang lawan Khalid more atas agenda politiking. Jangan tipu2 la kawan.

Dan bagi penyokong2 Khalid pula depa pertahankan Khalid sebab ;

- BERSIH. Tidak terlibat dengan sebarang skandal politik dan penyelewengan.

- Ternampak jenis buat kerja.

- Berjaya kurangkan hutang dan simpanan rizab meningkat sehingga 3b.

- Audit mendedahkan urus tadbir bersih oleh kerajaan negeri Selangor.

Yang aku nampak. Dorang nak jatuhkan Khalid atas nama mempertahankan hak rakyat tapi kenapa baru sekarang dan kenapa bukan dari dulu lagi? Kenapa dulu beria2 puji Khalid? Main politik? Politik kawan bila raih untung, politik lawan bila takde untung?

Ada juga yang speculate ia ada kaitan dengan audit. Khalid mao audit semua. Semua syarikat2 di bawah kerajaan negeri dan bagi mengelakkan diri dari kantoi maka Khalid better digantikan sebelum proses audit tamat. 

Ini pun speculate juga. Jika Khalid digantikan maka PKR boleh luluskan banyak projek untuk orang2 sendiri dan kroni2 sendiri. Ramai orang menangkan PKR. Berkorban macam2. Dah menang, habuan pun tak dapat. Kecewa kot orang.

Khalid juga enggan salurkan duit ke dalam parti. Duit kerajaan negeri untuk perbelanjaan parti. Macam dana la. Ini RPK ada tulis. Aku petik balik. 

Dan satu lagi. Banyak usul2 yang dikemukakan kepada Khalid untuk buat projek di Selangor tapi Khalid tolak. Bahkan, syarikat2 kroni yang dibawa masuk oleh WAKIL2 RAKYAT PR pun ada. Bawa masuk p office Khalid. Tapi respon yang diterima sangat 'menyakitkan ahti'.

Itu tak masuk lagi janji2 politik PKR yang buat rakyat meluat nak tuntut. Tak masuk lagi adun2 yang tak perform kat Selangor. Ada yang tak boleh nak perform sebab peruntukkan tapi ada pula yang memang pemalas nak mampos untuk perform.

Tapi siyes, sapa suruh PKR pilih wakil rakyat yang based on favoritism? Dan sapa suruh pengundi dorang bodoh sangat p pangkah wakil rakyat yang tak reti buat kerja? Sapa punya cadangan pilih ikut parti? Patut pilih ikut prestasi la. Dia BN sekalipun kalau dia buat kerja undi aje la. Bila semua rakyat sebulat suara undi yang boleh buat kerja maka yang tak boleh buat kerja akan jatuh tergolek.

Kalau nak diikutkan dari segi kredibliti, antara 3 individu yang tersenarai Khalid la menang. Azmin, Wan Azizah memang ketinggalan. Tapi antara Wan Azizah dan Azmin? AKu taknak pilih. Tapi PKR tetap nampak bersungguh2 mahu mengantikan Khalid. Ketika ini kalau ko pertahankan kedudukan Khalid orang akan anggap ko pro Khalid dan begitu la sebaliknya. Sapa peduli nak faham bahawa ko tak pro mana2 pihak pun (macam aku) melainkan kita pro kepada kebenaran semata2.

Takde satu sen pun yang aku untung kalau aku pertahankan pemimpin2 atasan. Rugi lagi ada. Rugi masa menaip. Rugi bayar internet. Rugi memaki dan dimaki. Orang bawah gaduh macam hapa. Orang atas tetap relax. Khalid yang kena buang pun relax senyum2 lagi.

Dan Khalid 2 kali keluarkan statement dia akan terus bertahan hingga ke penggal terakhir. Ini hint kepada Anwar, KHALID TAKAN BERUNDUR by force.

Tak masuk bab sultan Selangor lagi. Anwar ada ke jalan nak mendapatkan persetujuan sultan Selangor. Aku rasa ada kalau tak takan dia berani nak declare Wan Azizah penganti Khalid. Suka aku nak ingatkan korang. Dulu masa launching kajangmovie bagai aku ada sebut bahawa ianya dibuat untuk jatuhkan Khalid kan?

Betul tak?

Rujuk artikel lama.

Sekarang betul tak Khalid sedang dijatuhkan?

Haha..

Terima hakikat la wahai rakyat Selangor. Korang bakal mendapat MB baru. Setuju tak setuju boleh pergi mampos dengan ko punya pendirian. Ingat PKR nak peduli dengan sentimen ko tue? Kalau PKR nak peduli pasti dorang akan buat pungutan suara untuk mengumpul pandangan rakyat macam cadangan oleh bapa kandung Wan Azizah baru2 ini.

Inila antara cadangan untuk selesaikan konflik. Bagi aku, andai Khalid ada skandal rasuah, report polis, bawa kes ke SPRM dan minta jalankan siasatan. Kalau takde dok diam2 sahaja. Kekalkan dia lebih baik. Kalau isunya sebab takde projek, takde peruntukkan, takde dana, Khalid kedekut dan sebagainya mengaku aje terus terang. Khalid kedekut taik hidung masin. Orang tengah sengkek takde langsung hulur projek satu dua. Apa salahnya buat projek untuk kebaikan bersama. Memang la kronisme tapi kalau dia jenis kroni yang boleh perform kita terima la. Tapi..... masalahnya.. betul ke mereka tue kroni2 yang jenis boleh buat kerja? Jenis boleh pakai punya?

KAH KAH KAH

Lue fikirlah ek. Apa2 pun start la terima hakikat sekarang. WAN AZIZAH MB baru Selangor.

Lalalala..

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...