Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 Jun 2014

Papa Gomo Gagal Memujuk Hakim Untuk Bayar RM100 Sebulan Kepada Anwar Ibrahim.

Hakim meminta Papa Gomo agar berunding terus dengan peguam Anwar. Betul juga. Yang dia hutang tue pada Anwar. Bukan pada hakim. Hari tue kemain lagi kata hutang kena bayar. Bila ulas isu pinjaman PTPTN. Dulu elok2 takde hutang. Sekarang tak pasal2 berhutang. Kalau la dia tak cabar Anwar suruh saman dia aku rasa Anwar pun malas nak layan fitnah2 dari Papa Gomo. Low class.


Tapi disebabkan dia cabar juga Anwar suruh saman. Itu yang Anwar beria2 saman. Menfitnah satu hal. Cabar saman pula. Memang cari penyakit ke apa dia neh. Aku yang tak sebarkan fitnah pun taknak kena saman. Pelik betul la dia neh.

KAH KAH KAH

Lepas tue. Siap menipu lagi. Ada ke dia bagitau HAKIM yang dia bekerja sebagai NELAYAN aje?

Baca jap ;

Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papa Gomo berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu beliau menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -TMI-

Huk aloh.

Menfitnah sudah.
Terlibat dalam rasuah pun sudah.
Membohong jangan cakap. Berkali2 dah. Memang sikap tradisi geng2 UMNO kot. Daripada bawahan sampai ke peringkat atasan. Ada la yang baik2 juga. Tapi sayang. Yang tak baik lagi banyak dari yang baik.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...