Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Jun 2014

Mercedes-Benz Sahkan Minyak Malaysia Berkualiti Cikai!


Tue dia. Berita dari Bernama. Boleh dijadikan hujah untuk lawan penyokong2 BN neh. 

Baca jap ;

Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

"Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

"Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.

Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang. - Bernama

Maksudnya.

1. Jangan beli Merds dari saluran tidak rasmi.

2. Sebab pengedar tidak sah dorang tatau nak operate enjin Merds korang agar disesuaikan dengan kualiti minyak yang dijual kat negara ini.

3. Minyak yang dijual kat negara neh tidak memenuhi piawaian bagi kenderaan jenis itu. 

4. Dalam bahasa kasar (BERNAMA nak jaga maruah kerajaan) bermaksud minyak Malaysia low class. Takde kualiti. Haprak.

5. Jika beli Merds dari wakil2 jualan yang tidak sah ia berisiko merosakkan kenderaan masing2 disebabkan kenderaan tersebut belum lagi diselenggara agar enjinnya dapat disesuaikan dengan kualiti minyak tempatan.

6. Dan bila ia rosak ataupun gagal berfungsi seadanya maka tiada jaminan langsung la dari pengeluar Merdeces-Benz international. Tanggung la sendiri.

Aku bukan peduli pun part Mercedes-Benz tue. Tapi aku lebih peduli part kualiti minyak Malaysia. Nampaknya samada RON 95 mahupun RON 97 memang takde kualiti agaknya. Itu sebab ianya perlu dimodified sikit agar enjin kereta Merds dapat disesuaikan dengan kualiti minyak tempatan.

Jadi.

Cakap2 orang yang tetiba kereta terbakar la.
Yang tetiba enjin kereta cepat panas la.
Yang motor cepat rosak la.

Selepas gunakan minyak RON 95 mungkin ada benarnya.
Dan yang patut juga dorang fikirkan. Agaknya bukan RON 95 aje kot yang low quality. Minyak ron 97 pun bukanla berkualiti mane pun untuk dibanggakan. Kalau berkualiti dan memenuhi piawaian kenderaan jenis Merds maka takdela dorang keluarkan statement seperti di atas. Kita mungkin tak gunakan kenderaan yang mahal2 untuk gunakan RON 97. Tapi kalau guna minyak yang jenis memang akan merosakkan kenderaan, samada kenderaan ko mahal ataupun tak mahal sangat (still mahal juga pada orang2 biasa macam aku sebenarnya) adakah ianya boleh diterima?

Untung la bengkel2 kenderaan macam tue.

Ada konspirasi eh?

KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...