Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Jun 2014

Gambar2 Rumah Baru MP PAS Pula Disebarkan.

Aku tertanya-tanya. Untuk siapa karangan berkaitan fitnah itu. Rupa2nya merujuk kepada satu penyebaran gambar2 dalam rumah baru yang kononnya dimiliki oleh MP Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.

Lihat ;


Artikel berkaitan fitnah pula ;


Bagus juga MP Bukit Gantang neh. Dia alert juga dengan isu2 yang berlegar di media sosial. Tapi hasil pembacaan aku secara rambang di artikel berkenaan Ustaz Idris tak menjawab ataupun mengulas langsung isu penyebaran gambar berkenaan.

Ustaz Idris menyeru agar sentiasa bertayabbun aka bersangka baik. Lebih2 lagi kalau seseorang difitnah itu lebih kita kenali ahti budinya. Sangka baik bagi aku is a good point. Tapi kalau bercakap pasal ahti budi memang jauh la aku dengan Ustaz Idris. Kenal memang tidak, perwatakkan pun aku tak jelas. Haha.

Tapi part TAYABBUN tue aku nak amalkan kepada kedua2 pihak. Baik kepada Ustaz Idris juga kepada pihak yang sebarkan gambar. Sebab hasil pemerhatian aku individu yang sebarkan gambar2 tue bukan orang lain. Geng2 PR juga. Geng2 PRO PAS pula tue. Maka disebabkan bertayabbun aku rasa ada bagus juga jika ;

1. Ustaz Idris menjawab akan penyebaran gambar2 tersebut.

2. Aku pun keliru juga. Takan menjadi wakil rakyat menghalang kita dari membeli rumah?

3. Selagi mana kita beli gunakan duit kita sendiri aku tak rasa ia merupakan satu kesalahan. Sama macam kes Nasruddin Tantawi tue. Aku tak pernah anggap dia melakukan kesilapan sebab beli Vellfire. Sampaikan ada orang suruh dia jual balik dan blablala.. bagi aku itu adalah wang gaji dia. Terserah la dia nak beli atau nak pakai apa pun. Tapi jangan karang ayat mendayu2 suruh minta derma sudah. Nanti orang meluat.

4. Namun aku faham juga point yang cuba disampaikan oleh individu di atas.

5. Jika, jihad dan zuhud itu diterjemahkan bukan kah sepatutnya pemimpin2 PAS terlebih dahulu perlu berjihad dan menunjukkan sikap zuhud kepada ahli2 mereka?

6. Dan jika, pemimpin2 PAS juga memiliki rumah besar dan cantik selepas menjadi MP maka apa perlu kutuk geng2 UMNO yang juga menukar rumah baru, memiliki rumah baru selepas bergelar MP?

7. Adakah jika geng2 BN yang beli semestinya mereka merompak duit rakyat (kebarangkalian ini memang tinggi tapi kena ukur juga dengan tempat, nilai dan jenis rumah. Tak mustahil depa beli gna wang gaji as MP dan keistimewaan yang memudahkan dorang mendapat pinjaman beli rumah).

8. Seberapa patut pemimpin2 PAS perlu teruskan elemen meminta derma dari rakyat marhaen di saat pemimpin2 PAS menggunakan kereta mewah (standard Malaysia. Kadang2 kereta tue diperlihatkan mewah di Malaysia disebabkan harga tetapi sebenarnya ia bukanla mewah di negara lain pun) dan juga semakin ramai memiliki rumah yang agak besar berbanding rakyat marhaen? 

Aku nampak juga. Ada pemimpin2 PAS yang memang kaya sebelum jadi MP. Dan aku faham juga. Ianya bukan satu kesalahan pun untuk kita duduk di rumah yang lebih selesa dari rumah sedia ada. Atas usaha kita. Bukan mencuri pun.

Tapi aku pun nampak juga. Arwah Ustaz Azizan ialah MB. Dia boleh duduk kat rumah dia selepas bergelar MB.

Aku pun nampak TG. Nik Aziz selesa menjadi serdahana.

Ada sesuatu yang mengelirukan sedang berlaku kat sini. Aku tak kata tindakan beli rumah baru dan kereta baru itu salah. Tapi aku rasa pemimpin2 PAS perlu lebih bijak menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Sebab aku rasa penyokong2 PAS sekarang sedang keliru. Dari apa yang dorang dididik dan difahamkan ialah hanya geng2 BN aje yang gemar tukar kereta baru, rumah baru selepas bergelar MP. Dan hanya geng2 BN aje yang suka menunjukkan gaya hidup 'mahal' berbanding pemimpin2 PAS yang seringkali terkenal dengan sikap serdahana. Jadi bila situasinya sedikit berubah, aku tak rasa pelik jika ada penyokong2 PAS yang rasa tersentak dengan perubahan tersebut.

Dan satu lagi. Aku suka juga baca bila Zulhazmi menulis bahawa golongan2 agamawan dalam PAS sebenarnya rasa rendah diri jika dibandingkan dengan geng2 profesional dalam PAS yang ada rumah selesa, kereta selesa sebelum mereka menyertai PAS.

Mungkin rasa diperkecilkan maka mereka cuba tingkatkan taraf hidup mereka agar selari dengan golongan profesional dalam PAS. Kurang2 tak la dipandang rendah dan diketerbelakangkan akibat perbezaan taraf hidup tadinya tue.

Betul ke macam tue?

Entahla. Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...