Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Jun 2014

Hospital Kerajaan Dibina Guna Duit Azalina Othman.


Tahu kah anda semua barangan dititlekan 'kerajaan' kat belakang dia dibina menggunakan duit pemimpin2 barisan nasional?

Semua wakil rakyat dari PARTI BARISAN NASIONAL telah bersusah payah keluarkan duit poket masing2 untuk ;

1. Bina semua hospital2 yang bertitlekan kerajaan.

2. Bina semua kemudahan jalanraya.

3. Bina semua jenis sekolah bertitlekan kerajaan.

4. Semua klinik bertitlekan kerajaan.

5. Bina semua bangunan2 yang bertitlekan kerajaan.

6. Bina semua masjid2 yang bertitlekan masjid negeri.

Dan sudah tentula. Untuk mereka yang dah bersusah payah demi memudahkan kehidupan kita, kita perlu la berterima kasih. Betul tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku ada la baca. Bukan kerap sangat. Tapi ada. Korang tahu berita2 dari luar negara. Kadang2 tengok di youtube. Memang lawak juga la komen orang2 AMERIKA mengenai kerajaan mereka.

Title hospital kerajaan sebenarnya tak wujud. Apa yang wujud ialah ;

1. Hospital awam

Ataupun

2. Hospital rakyat

Tapi mostly dorang sebut public hospitals. Hospital awam.

Kenapa tak gunakan title kerajaan? Meskipun kerajaan yang menang menerusi PRU diberikan amanah memantau proses pembinaan dan bertanggungjawab mencari pembiayaan namun ia semua dibiayai menggunakan duit pembayar cukai untuk kegunaan semua pihak. Sebab tue title yang tepat untuk hospital2 dan semua kemudahan2 yang tersedia ataupun disediakan haruslah dilabel dengan perkataan awam.

Semua orang yang membayar cukai tanpa kira pangkat, status, agama dan bangsa.

Pemimpin bayar juga. Rakyat pun bayar. Oleh kerana sama2 membayar maka ia adalah untuk kegunaan semua pihak.

Pemimpin dan golongan kaya bayar dalam skala banyak. Namun mereka minoriti dan seringkali dikenakan rebet.

Rakyat walaupun bayar dalam skala kecil setiap satunya namun mereka majoriti. Apabila dihimpunkan jumlah majoriti ini melepasi jumlah terkumpul minoriti. Sebab itula point majoriti kat sana sangat penting. Sebab majoriti inila penentu kepada kemenangan mana2 parti politik setiap kali PRU diadakan.

Dan sebab itulah si Azalina neh kena faham. Hospital kerajaan dari awal lagi tak pernah wujud. Bukan hanya orang2 yang bekerja kerajaan aje bayar cukai. Orang2 yang bekerja swasta, yang bekerja sendiri semua dari mereka membayar cukai. Jadi istilah yang tepat ialah hospital awam. Kerajaan yang mentadbir bertanggungjawab dalam urusan memantau proses pembinaan hospital awam sebab ia babitkan dana pembayar cukai.

Dana pembayar cukai pula diamanahkan kepada kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya umum oleh rakyat yang mengundi.

Rakyat pilih kerajaan.
Rakyat yang sama juga pilih pembangkang.

Rakyat pilih pihak tertentu untuk menjadi kerajaan supaya mereka uruskan negara dengan cekap.
Rakyat pilih pembangkang supaya pembangkang boleh jadi watchdog (pemantau) kepada setiap tindakan2 pemimpin (kerajaan) negara.

Baik pembangkang mahupun kerajaan rupa2nya rakyat yang pilih kesemuanya. Dengan menafikan kewujudan dan hak2 pembangkang ia adalah seperti menafikan pilihan yang rakyat telah buat.

Pembangkang bila dia membangkang apa2 perkara berkaitan polisi yang dibuat oleh pemimpin2 negara ia tak membatalkan kelayakan dia untuk mendapatkan khidmat dari mana2 hospital awam.

Kerana apa?

Hospital awam = dana pembayar cukai. Wang Azalina ada disitu. Wang Lim Kit Siang pun ada.

Agak2nya. Azalina boleh faham kenapa kenyataan di atas tue nampak sangat bodohnya?

Fikir2kan la ek.

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...