Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mei 2014

Unit Amal Bukan Jahat Cuma Dipermainkan - Episode Ketiga Mayday 2014.


Pergaduhan yang tidak dirancang telah pun terjadi.

Yang mengecewakan sesama sendiri cenderung memaki hamun sesama sendiri. Kita bercakap pada masa yang sama kita marah dan kita mengharapkan orang diam dan dengar suara kita tetapi kita tak beri peluang kepada orang lain untuk berikan penjelasan.

Apa yang terjadi antara unit amal, individu yang memakai baju SAMM (sebab SAMM nafikan itu ialah anggota mereka. Aku tak pasti samada individu tue betul2 bukan anggota SAMM ataupun SAMM hanya nak damage control atas insiden tersebut), geng PSM dan anarki semalam adalah sesuatu yang amat dikesalkan.

Individu yang kena bantai ialah ahli PSM. Dia dibantai dalam keadaan dia tatau kenapa dia kena bantai. Dia tertolak tolak dalam insiden tersebut yang berakhir dengan bantaian 6 jahitan di atas dahi dia.

Yang lebih mengecewakan ialah sudah la kena bantai dengan unit amal dituduh pula seolah2 pembuat masalah dalam penjelasan terkini oleh unit amal Selangor. Rujuk sini.

Aku taknak tuduh. Tetapi aku fikir ada 2 kemungkinan.

1. Unit amal fikir mereka ialah agen provokasi. Maka pukulan rambang adalah dengan tujuan hentikan provokasi.

2. Unit amal fikir mahu hentikan provokasi (insiden tolak menolak selepas kejadian maki hamun) dengan mengetahui bahawa itu adalah geng2 sendiri dan pada mereka pukulan itu perlu untuk menghentikan suasana yang sedang kecoh.

Bagaimana insiden pertama ini berlaku?

Yang kena pukul diberitahu ada kekecohan yang telah berlaku kat depan dan dia disuruh mencari kawan. Ketika sedang mencari kawan itu la tiba2 anggota unit amal iaitu seorang pakcik tua yang berketayap dan pakai cincin besar gedabak datang bantai dia tak semena2nya. Terperanjat la kawan tue. Kepala berdarah lagi. Itu sebab ada geng2 PSM yang mengamok kat dalam satu video yang umno sebarkan tue. Yang amat dikesalkan, boleh pula geng2 Pakatan Rakyat mai maki hamun budak2 yang kena bantai. Kena maki lagi, kena tuduh lagi, sejak bila kawan aku orang UMNO. Aku pun tatau la.

Kejadian kekecohan bermula dengan insiden sekumpulan pendemo bercakap gunakan pembesar suara. Mereka disuruh diam sebentar ketika pemimpin berucap namun mereka enggan akur pada arahan. Maka kedua2 pihak saling provoke memprovokasi. Ada jurugambar yang rakam aksi tersebut. Atas rasa tidak selamat maka jurugambar diserang kerana dianggap mungkin mahu menyebarkan cerita2 yang tidak benar. Aku tidak bersetuju dengan insiden menyerang jurugambar, harap maklum.

Kejadian kekecohan bersambung apabila ada kumpulan yang mahu melanggar dataran. Aku taknak sebutkan kumpulan2 apa sebab masing2 nafikan mereka terlibat secara organisasi. Boleh jadi ini kemahuan individu. Boleh jadi memang ada satu atau dua agen provokasi yang menyelit2 di antara rakan2 kita. Maka kejadian ini tidak direstui oleh unit amal yang bertindak menjadi polis ketika itu.

Aku melihat unit amal ini amat bagus organisasinya. Tersusun dan menjalani latihan yang berterusan. Amat patuh pada pimpinan dan sangat setia pada perjuangan.

Unit amal ini bukan orang jahat.

Tugas unit amal ialah memastikan perjalanan demo sampai kepada matlamat yang disasarkan. Namun unit amal tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk jaga dataran. Tanggungjawab mereka sepatutnya hanya jaga keselamatan rakyat. Tetapi kita tidak tahu ramuan apa yang digunakan sehingga tugas menjaga dataran tiba2 menjadi di bawah tanggungjawab unit amal.

Kekecohan semalam menjadi satu kejutan budaya kepada peserta2 demo yang terlibat. Baik pasukan unit amal mahupun kumpulan pendemo.

Mereka nampak unit amal di depan halangan. Mereka fikir unit amal ialah sahabat mereka. Maka mereka datang untuk langkau halangan yang disediakan oleh polis. Namun mereka tersilap tafsir situasi. Bukan hanya barrier bahkan unit amal juga adalah halangan. Unit amal rupa2nya ketika ini ialah pengganti polis. Polis di tepi hanya gelak2 tepuk tangan tengok unit amal bertempur dengan kumpulan pendemo yang telah pun melalui proses evolusi dalam pemikiran untuk menyampaikan maksud perjuangan.

Tersentak sahabat kerana di halang oleh sahabat yang lain. Maka lahirla aksi2 provokasi sesama sendiri. Ini elemen yang mendorong kepada kejadian salah faham seterusnya. 

Kejadian kedua berlaku susulan dari kejadian pertama.

Serangan yang dilakukan ke atas kumpulan SAMM ketika mereka sedang makan adalah tidak wajar. Walaupun ia telah diselesaikan secara baik antara unit amal dengan SAMM namun kita tertanya2. Siapakah unit amal ini yang memilih bertindak secara agresif?

SAMM tengah makan. Datang marah2. Sarungkan baju lain untuk tutup baju unit amal. Sorang tue siap ajak bertumbuk bagai. Namun unit amal yang lain2 memilih untuk bertenang, berdamai dan selesaikan konflik dengan sebaiknya. Perselisihan faham antara unit amal dan SAMM diselesaikan secara damai. Tetapi nasi tambah sentiasa ada di mana2. Akan ada pihak2 yang sentiasa berperanan menyalakan api agar SAMM dan unit amal saling bercakaran. Bahkan ada pihak2 yang cuba cetuskan fitnah agar insiden neh juga mempengaruhi pemilihan PKR yang sedang berjalan. Terserah kepada kita untuk menilai baik2 setiap kisah yang sampai. Adakah ia benar ataupun sebaliknya.

Kejadian ketiga berlaku hasil dari salah faham yang berterusan.

Dua orang telah dilanyak depan orang ramai yang tidak mampu melawan. Dengan melabel diri mereka sebagai unit amal, datang cara gangster dan membalon dua orang geng2 anarki yang dikatakan pencetus kepada insiden siang tadi. Insiden langgar dataran. Insiden unit amal kena siku dengan pendemo yang sedang marah. Insiden pendemo memaki hamun unit amal. Kawan aku kena tuduh langgar, pukul unit amal. Kena tuduh mabuk2 dan hisap arak. Maaf. Itu salah faham. Dia takde pun kat situ masa tue. Dia ada kat belakang masa insiden kekecohan tue. Tak sampai kat tempat tue lagi. Dia tak kisah kalau kena lanyak sebab dia lanyak (siku) unit amal. Tapi dia angin sebab dia kena tuduh, kena lanyak lagi atas benda yang dia sama sekali tak buat. Lepas dah kena lanyak, ada wakil unit amal berkata kat dia. Jangan lapor polis. Kita settle cara baik. Ayat manis gila. Namun lihatla statement terkini unit amal disini. Kawan aku dipersalahkan lagi. Insiden pertama dan insiden ketiga melibatkan kawan2 aku. Aku pun tak faham la dengan unit amal. Kalau nak selesaikan cara berhemah, selesaikan cara berhemah. Kenapa keluarkan kenyataan yang berat sebelah? Buat2 tatau lagi padahal siap berbincang2 bagai dengan individu yang kena lanyak.

Pelik aku.

Takpela.

Mungkin ini strategi unit amal untuk control damage. Aku bersangka baik.

Atau mungkin setelah menjalani siasatan rapi, kumpulan yang mengakui mereka ialah unit amal memang bukan anggota unit amal. Apa pun bukti semua dah ada. Unit amal bebas menganalisa bukti yang ada untuk tindakan selanjutnya.

Apa pun aku tak nafikan. Geng2 anarki pun ada yang perlu ditegur. Bab membakar flare di hadapan kaum wanita, orang tua dan kanak2 aku rasa tak sepatutnya berulang lagi. Kita tidak mahu ada yang sesak nafas tak pasal2 angkara kepulan asap tebal. Yang neh geng2 antifa perlu fikirkan pada demo yang mendatang. 

---------------------

Dan, jangan kita melampau sangat dalam menuduh dan membalon ketidakcekapan beberapa insiden yang melibatkan prestasi unit amal. Satu atau dua kesalahan yang dilakukan oleh anggota unit amal. Ia tidak patut menghilangkan kebaikan2 yang ada dalam unit amal. Maka marila kita bertindak adil. Jangan berikan gelaran yang melampau negatif kepada unit amal disebabkan nafsu marah yang meluap2. 

Kita sudah sampai kepada peringkat ;

Perlu duduk bertenang.
Perlu menghentikan sebarang demo. Tidak untuk setahun dua ini sekurang2nya.
Perlu mengkaji kembali strategi kita dalam menyampaikan penentangan terhadap polisi BN yang kejam.
Memahami bahawa rakyat sudah jemu, muak, jelik dan meluat dengan demo yang tidak menghasilkan sebarang impak.

Kadang2 bodoh juga cara kita berfikir.

Kita melakukan kerja yang serupa. Ulang dan ulang. Namun mengharapkan hasil yang berlainan.

Tak mungkin itu akan berlaku.

Kita perlu mengupdate cara kita berdemo di masa2 akan datang. Tetapi jangan lakukan dalam masa terdekat sebab rakyat sudah penat. Silapnya selepas PRU ke 13. Demo demi demo diadakan secara berterusan sehingga memenatkan dan memeningkan semangat rakyat. YB2 yang sama dok melaungkan berlakunya penipuan dalam pilihanraya, YB2 yang sama juga akhirnya mengangkat sumpah dan membelakangkan apa yang mereka laungkan dalam siri demo blackout. Dan korang rasa bangga pertahankan pemimpin2 seperti mereka? Aku ucapkan tahniah. 

Nak marah? 

Baikla.

Kita patut bergaduh sesama sendiri.

Lepaskan stress masing2.

Cakap apa yang kita nak cakap. Luahkan kesemua yang membuku dan terpendam dalam sanubari masing2. Jangan simpan. Jangan sorok. Jangan takut. Luahkan. Masa2 macam neh la nak belajar bermuhasabah diri.

Haha. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...