Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mei 2014

Tindakan Tendang Jurugambar Sebab Nak Selamatkan Diri.

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.

Apabila kita melakukan sesuatu yang diluar dari kebiasaan, dan ada orang dok tangkap2 gambar kita, kita rasa tak selamat.

Kenapa dia tangkap gambar kita?

Apa yang dia nak buat dengan gambar kita?

Apa yang dia akan memperkatakan tentang kita?

Adakah dia dari kumpulan media arus perdana yang asyik fitnah kita?

Adakah dia nak menfitnah2 kita pada keesokkan hari?

Apakah dia ingat dia wartawan dia boleh besar kepala tulis mengenai kita tanpa kerelaan kita?

Tindakan refleks tercetus. Bila kita rasa tak selamat, kita akan lakukan apa saja cara untuk memastikan rasa selamat yang hilang tadinya tue kembali semula kepada kita.

Jadi apa yang berlaku adalah tindakan refleks. Itu bukan keganasan yang disengajakan. Itu keganasan yang berlaku diluar sedar. Itu keganasan yang berlaku apabila media arus perdana seringkali bias dalam laporan mereka. Jadi satu pemikiran negatif telah terbentuk ke atas pengamal2 media ini. Masa dan kefahaman akan mengubah semua pemikiran yang jumud itu. Lainkali, kita akan cuba saling bertenang dan saling bertolenrasi. Beri masa dan peluang. 

Aku sejujurnya pun tak sokong mana2 tindakan keganasan ke atas mana2 media termasukla kepada UTUSAN sekalipun laporan dorang memang macam gampang. Bagi aku ko nak tangkap gambar, ko tangkap aje la. Aku akan perhatikan apa yang ko tulis nanti kemudiannya jika salah, aku akan betulkan. Simple as that. 

And. Jangan tuduh perkara itu ada kaitan dengan UMNO dan mana2 entiti kerajaan yang korang tak suka termasukla SB sebagainya pun. Hakikatnya ia bukan begitu. Itu adalah perjuangan anak muda yang berbeza konsep perjuangannya dari korang semua. Ia akan mula dikenali oleh korang secara berperingkat. Percayalah, mereka tidak sejahat sepertimana yang korang sangkakan.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...