Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 April 2014

Rakyat Rancang Gegar KL - Demo Bukan Sekadar 3 Jam !!!!!!


KL akan dirampas?

KL akan ditawan?

Kita akan pastikan KL menjadi milik kita?

Keh Keh Keh

Aku baca disini tadi ;



Rancangan untuk tidur di Dataran. Permulaan kepada sebuah perubahan dan revolusi. Orang kata test market.

Jika selama neh selalu demo 2,3 jam then balik. Then bangga p bagitau satu dunia aku join demo. Kali neh aku perhatikan adanya di antara mereka2 yang takmo buat konsep yang sama, stail yang sama, kaedah yang sama. Dah boring. Bukan kita je boring. Polis2 tue pun boring sama. Menteri2 BN pun boring. Balik2 nak layan karenah 2,3 jam geng2 rakyat neh. Disebabkan dorang dah boring layan kita maka dorang pun tak macam dulu2 lagi la. Kali neh sapa nak demo 2,3 jam demo la. Lantak la kamu disitu. Aku nak buat GST juga. Ko boleh cakap apa? Nak melalak 2,3jam? Lepas penat melalak tetap kena bayar juga.

KAH KAH KAH

Kata menteri BN lepas tue gelak2kan kita.

Bahkan, ada geng2 yang nak bermalam terus sampai 5 hari kalau takde apa2 ganguan dari polis la. Untuk tekan BN isu GST. Jangan2 tak sempat bermalam terus polis tangkap. Bukan boleh percaya sangat stail dorang. Apatah lagi bila depa tahu ada geng2 yang merancang untuk berdemo lebih dari 3 jam.

Baikla.

Jangan terus marah melulu.

Kita dah sampai satu tahap, kita kena berubah cara kita menyampaikan perjuangan kita. Sampai bila nak berdiri di takuk lama kan? Dulu2 masa baru2 memang tak biasa lagi keadaan dia macam mana, rentak dia apa semua. Tapi bila dah kumpul pengalaman demi pengalaman, keberanian kita juga dah semakin bertambah kan.

Seseorang perlu jadi lauk untuk ajar kerajaan ini apa itu erti keadilan.

Namun adalah amat diharapkan kepada mereka2 di luar sana jangan menghentam lauk2 ini. Lauk2 ini tidak berjuang demi pemimpin2 partisan PR dan BN. Lauk2 ini berjuang demi kita semua, demi rakyat.

Dan lauk2 ini akan menjadi pemangkin kepada sebuah revolusi. PR punya jalan cerita mudah. Depa nak jatuhkan BN guna pilihanraya. Rakyat punya jalan citer pula. Rakyat lihat BN akan sentiasa gunakan medium pilihanraya untuk kekalkan kuasa. Pemikiran rakyat dan pemimpin tak sehaluan disini. Sapa nak kisah pasal undang2 bila si pemegang kunci undang2 pun langgar undang2 ye tak?

Contoh, BN buat jahat. Buat jahat = langgar undang2. Then si pembuat undang2 neh boleh pula sembang bab undang2 dengan kita walhal dia sendiri langgar undang2. Rakyat langgar pihak yang langgar undang2. Jadi tindakan rakyat sama sekali tidak salah. Rakyat di asak untuk memberontak. Rakyat pun bukan suka2 nak buat drama bodoh. Kita ada banyak benda nak fikir. Tapi bila BN mendesak kita untuk lawan maka kita terpaksa la lawan juga. Sapa sanggup terima 25juta untuk panda tetapi subsidi rakyat ditarik balik secara berperingkat atas alasan tidak mahu membiarkan rakyat terus terusan bergantung kepada subsidi? IPP boleh ada subsidi? Menteri2 boleh ada elaun itu neh, tol, minyak, api air ditanggung (subsidi)? Tapi rakyat tak boleh? Menteri2 beli kereta import tanpa bayaran cukai sebab ada AP. Rakyat tak boleh. Banyak benda2 yang mereka buat, mereka cuba halalkan tindakan mereka atas nama STATUS dan KEDUDUKAN sedangkan ini SALAH.

Dalam ISLAM, konsep itu salah.

NABI tiada kedudukan di dunia. Bila seorang NABI memilih untuk menolak meletakkan diri dia sebagai seseorang yang BERSTATUS TINGGI, apakah RAJA2 boleh berbuat demikian? Apakah menteri2 boleh berbuat demikian?

Benda yang simple macam neh pun masih banyak rakyat yang tatau dengan jelas salah betul dia. Aku boleh berlapang dada dengan non muslim yang tak faham. Tetapi orang2 Islam? Dalam dunia aku, dalam dunia aku lebih ramai orang2 bukan islam memahami tentang ini berbanding orang2 Islam.

Itu sebab ada rakyat yang bodoh2 pergi up kedudukan dan status menteri2. Sedangkan jika kita belajar sirah Islam kita tahu sangat apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Antara salah satu sebab kita bertelagah macam orang gila kat dunia neh ialah kerana manusia mula membentuk hirearki status dan kedudukan.

Orang kaya dia mesti dapat macam neh macam neh macam neh..VVVIP apa bagai, kena pandang tinggi, hormat dan jangan melawan sebab dia KAYA ma. Macam baru2 neh rumah anak menteri Zahid Hamidi kena rompak. Laju aje polis tangkap penjenayah. Sebab dia ada kedudukan ma.

Cuba kalau rumah orang miskin kena rompak? Cuba motor ko yang hilang kena curi? Cuba kalau ko yang kena tipu di internet? Mesti kena ceramah kaw2. Lepas tue tiada sesiapa pergi ke rumah ko amek cap jari ke, bawa kamera ke macam dalam CSI tue. Sebab apa? Sebab ko miskin ma. Ko rakyat biasa ma. Ko takde taraf di dunia neh. Status ko layak diperkotak-katikkan aje ma. Manusia melayan kita baik buruk ikut beberapa standard.

Pertama = status (geng2 diraja)
Kedua = kedudukan / pangkat (PM, TPM)
Ketiga = kekayaan (orang kaya, orang miskin)
Keempat = populariti (artis, non artis)
Kelima = rupa paras (cantik, buruk, kacak, hodoh)
Keenam = Ilmu (pandai, bodoh, belajar U, tak belajar U)
Ketujuh = Agama (muslim, non muslim)

Untuk kategori kelapan, yang hanya melayan diri kita baik buruk berdasarkan baik buruk kita memang susah nak jumpa. Pada sesetengah orang, HARAM la dia nak jumpa pun.

Baikla. Untuk menyimpulkan keadaan selepas aku merepek panjang di sini, satu je. Jom turun demo. Jom belajar buat perubahan. Jom belajar bebaskan diri dari kejumudan berpolitik ikut partisan. Jom belajar bebaskan diri untuk ubah sesuatu atas kapasiti rakyat. Jom belajar untuk lepaskan diri dari ketaksuban mengikut arahan pemimpin politik. Jom belajar berdemo lebih dari 3 jam. Jom belajar bersangka baik dengan pejuang2 revolusi. Jom belajar berfikir sendiri. Jom belajar tentukan arah sendiri. Jom belajar lawan kezaliman sendiri. Jom belajar berdemo kutuk pemimpin2 PR dan BN yang buat perangai macam lahanat. Jom belajar jadi pejuang yang tidak suka berselfie. Jom belajar buat demo yang bukan macam pasar malam. Jom belajar buat demo tanpa perlu dengar ceramah demi ceramah bodoh dan bosan gila dari pimpinan parti. Jom belajar buat macam2. Jom dan jom. Jom bermayday dengan penuh gah dan bermaruah.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...