Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Mei 2014

Kalau Dah Menteri Pun Takut Astro Memang BODOH La BN Tue..

Nanti dulu.

Nak marah ke nak sakit ahti ke nak angin ke nak kutuk ke boleh. Tapi lepas baca hujah aku dulu ada faham? Jangan main sembur aje oi.

Menteri sebut ;


Siaran langsung final Piala Thomas - Rayuan kepada ASTRO.

Semalam menerusi akaun Twitter saya, saya telah umumkan bahawa Menteri Komunikasi & Multimedia setuju untuk siarkan final Piala Thomas melalui RTM. Sebagai bekas Menteri Sukan, Dato' Sri Shabery amat memahami jiwa rakyat jelata pencinta sukan, ramai yang tiada akaun ASTRO.  Apabila disemak dengan pihak ASTRO, mereka memaklumkan pada DS Shabery bahawa kos yang perlu dibayar oleh RTM sekiranya mahu hak penyiaran dari ASTRO untuk final Thomas Cup adalah RM 4 juta (ada yang kata RM 2.5 juta). Saya difahamkan bajet penyiaran RTM tidak cukup untuk bayar ASTRO sebab kebanyakkan bajet penyiaran sudah dibelanjakan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak.
Jadi setelah disemak DS Shabery mengesahkan RTM sudah tiada peruntukan untuk membeli hak siaran Piala Thomas dari ASTRO.

Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM. Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.

Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap2 dekat ASTRO tak yah fofular. Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran.  Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan2 bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata.  Mohon rakan2 dapat share post ini dan sama2 merayu dalam FB, Twitter dan lain2 saluran media sosial.
 
Please, let Malaysians from all walks of life watch this final.

Hujah aku.

1. Hello. Astro = kapitalis.

2. Mana2 kapitalis pun terikat pada dasar dan polisi kenegaraan.

3. Di Malaysia nak buat station tv ada lesen.

4. Nak buat lesen kena dapatkan kelulusan kerajaan.

5. Nak dapatkan kelulusan kerajaan kena ikut peraturan.

6. Kerajaan patut review semula polisi dan dasar2 ASTRO yang menindas
 pengguna selama bertahun2. Ada aduan biasa yang melibatkan ASTRO ialah ;

- Channel banyak = siaran ulangan pun banyak = tapi bayaran tak pernah dimurahkan pula.

- Sengaja mewujudkan banyak2 channel bagi menghalalkan kenaikan harga = taktik untuk tambah untung.

- Time hujan confirm tak dapat siaran. With or without beyond.

- Dan tak pernah sekalipun astro discountkan bayaran untuk pengguna bila siaran mereka tergangu akibat kecuaian mereka.

- Lambat bayar potong. Yuran penyambungan semula mahal nak mampos = rm20.00 sebelum cukai.

- Tukar channel pun kena bayar = rm10 setiap kali membuat penukaran.

- Astro conquer kelancaran siaran di kawasan2 tertentu. Kalau ko tak langgan ASTRO siaran tv ko macam celaka. Kalau ko langgan ASTRO baru okay siaran tv ko. Macam ada pakatan yang mana suka tak suka akhirnya ko terpaksa langgan ASTRO.

- Astro juga tidak memberikan pilihan kepada pengguna. Tak boleh amek channel yang kita suka aje mesti nak selit sana sini then paksa kita amek certain2 channel untuk memenuhi peraturan bodoh oleh syarikat mereka.

- Suka2 naikkan kadar yuran langganan tapi menteri tak pernah peduli pun. Shake hand dengan ASTRO lagi ada.

7. Sepatutnya. Berdasarkan aduan2 ini kerajaan kita dah boleh sita dan berikan amaran yang tegas kepada ASTRO.

8. Tapi tak boleh sebab Khazanah Nasional pun ada saham ASTRO = Khazanah Nasional milik penuh kerajaan pusat yang dibiayai operasinya oleh wang pembayar cukai.

9. Bila Astro untung, dorang pun untung.

10. Jadi pasal apa nak lawan geng2 sendiri betul tak?

11. Seterusnya bila ASTRO untung maka pemegang saham pasti untung juga.

12. Itu pasalnya menteri2 tak boleh nak lebih2 sangat dengan kapitalis bangang macam si ASTRO tue.

13. Sebab menteri2 kita dah tunduk dengan cara kapitalis menentukan dan mencorakkan ekonomi di negara ini.

14. Itula yang sampai jadi kes takde duit tak boleh hidup.

15. Kapitalis2 ini terlalu bermaharajalela sehinggakan menteri pun terpaksa lakukan rayuan online berhubung isu siaran langsung.

16. Perkara ini bukan patut dilihat dari aspek memalukan ataupun tidak memalukan. Itu lari topic beb. Lari habis.

17. Perkara ini patut dinilai dari segi ekonomi. Apabila kapitalisme mula mengawal undang2 dan pentadbiran (pemimpin negara) dan serta polisi kerajaan maka kebajikan rakyat akan terhakis sedikit demi sedikit.

18. Itu yang sampai sang2 kapitalis ini menguasai polisi (pentadbiran) negara. Astro naikkan kadar, pemimpin setuju je. Mana tidaknya. Kerajaan pun sekapal dengan kapitalis beb.

19. Sedangkan hakikat sebenarnya ialah kerajaan gagal sekat kapitalis daripada menjadi tamak haloba dengan mengubal undang2 yang melarang monopoli dan penipuan ke atas pengguna.

20. Itulah yang patut kita fahamkan dengan surat rayuan di atas.

Bukan pergi puji KJ bodoh2.

Itu semua bullshit.

Hakikatnya kita telah dipermainkan oleh kapitalis. Celah mananya nak rasa bangga apabila menteri BN yang bengong terpaksa rayu kapitalis demi mendapatkan hak / siaran berbayar namun dalam pada masa yang sama membiarkan syarikat jahat itu merompak rakyat jelata dengan cara pengurusan perniagaan mereka yang berat sebelah dan bersifat menindas pengguna/pelanggan sendiri?

Ini betul2 sohai ma.

Ini juga membuktikan BN telah gagal dan bertambah satu lagi sebab untuk kita kutuk BN dari hari ke hari.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...