Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Mei 2014

Tudung Soal Peribadi, Ramai Pemimpin Juga Tidak Pakai Kata Dyana Calon DAP Teluk Intan.


Interview dengan Dyana ;

Calon DAP untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berpendapat soal beliau tidak bertudung adalah soal peribadi. Semasa diwawancara oleh Kinitv, katanya, ramai pemimpin wanita juga tidak bertudung dan ini tidak pula dijadikan isu.

Dalam interview yang sama Dyana juga memperjelaskan bahawa dia tidak akan mengundi untuk bersetuju dengan pelaksanaan hudud di parlimen. Sebagai orang Islam, Dyana tidak menolak hudud namun dia dan 3 MP muslim (melayu) yang lain akan berdiri di atas pendirian PARTI DAP iaitu say no tui hudud laws.

Berkaitan pemakaian tudung pula Dyana memberitahu itu ialah perkara peribadi dan kalau kita buka tv pun terdapat ramai melayu2 yang tidak bertudung. Dan sungguhpun dia akan ditanya tentang tudung dia akan terus focus untuk buat kerja2 berkaitan. Pemakaian selendang di markas PAS baru2 ini pula adalah dibuat untuk menghormati rakan2 dalam PAS.

Pendapat aku.

1. Isu tudung memang isu peribadi pada aku. Aku bahkan pernah kena balon kaw2 di page sendiri berkaitan isu rambut Rosmah. Point aku, jangan serang BN dengan isu rambut Rosmah kerana ia isu remeh. Nak bergurau okay la. Tapi bukan itu highlight dalam melawan kezaliman BN pun. Yang utama tue isu2 nasional macam rasuah dan sebagainya. Dan, isu rambut Rosmah ialah isu peribadi.

2. Adatla tak semua setuju. Bahkan boleh dikatakan majoriti memang tak bersetuju. Jadila aku lauk dan kena balon kaw2. Takpe. Aku memang selalu kena bahan pun beb. Namun tetap tebal muka main fb dan blog hari2. 

Hehe.

3. Namun aku tak menolak nasihat2 yang baik ke atas mana2 wanita muslim dan non muslim atas isu aurat. Sejujurnya aku pun tak suka perempuan muslim dan non muslim yang keterlaluan seksinya. Pencemaran mata la wei.

4. Dalam waktu yang sama pada aku mana2 wanita muslim yang tidak memakai tudung perlu berlapang dada dan tidak mengalihkan 'isu tidak pakai tudung itu' ke atas pihak lain bila ditanya tentangnya.

5. Ya, kita tak pakai tudung. Satu point. Kita mengaku dan kita rasa isu neh isu peribadi. Manakala, jangan kita banding2kan pula 'tidak pakai tudung kita' dengan wanita2 lain. Itu tak betul caranya. Dan bila kita gambarkan kita pakai selendang sebab hormati markas PAS itu pun dah paparkan situasi yang pelik. Seseorang melayu + muslim pakai selendang sebab hormati pendirian PAS? Aku yakin ramai orang juga akan pelik sebagaimana aku.

6. Kita mencuri, then kita kata dia tue merompak. Untuk halalkan tindakan kita.

7. Boleh ke begitu? Sudah tentulah tak boleh. Bahkan jadi bahan kena kutuk je.

8. Bila kita tak pakai tudung, dan ditanya tentangnya, kita focus bab kita sudahla. Baikla, isu tudung pada saya isu peribadi. Saya akan memilih untuk focus kepada isu2 setempat. Masalah penduduk di Teluk Intan. Saya hargai semua nasihat berkaitan tudung yang diberikan ke atas saya. Saya benar2 akan meneliti semua nasihat2 tersebut. Terima kasih. Ini, barulah ayat ahli politik. Kita kena pandai manis mulut untuk tawan ahti pengundi. 

9. Begitu juga dengan isu hudud. Sebenarnya umat islam khususnya akan focus ;

- Kenapa ko perlu berada di dalam parti yang menolak hudud dan jadikan ia dasar parti?

- Kenapa ko tak sanggup nak lawan pendirian parti sehingga abaikan nilai2 agama kau?

- Kenapa ko cakap pasal undang2 hudud dan kaitkan ia dengan negara yang berbilang bangsa?

Orang2 Islam akan sentiasa berfikir begini. Orang2 Islam takan lari dari landskap pemikiran seperti itu. Jadi. Jawapan Dyana, saya akan tolak hudud sebab ia pendirian parti walaupun secara peribadi sebagai orang Islam saya terima hudud itu bukan jawapan yang bijak. Sebaliknya jawabla sepertimana ahli2 politik akan menjawab. Ia terpakai atas semua partisan tanpa kira apa2 idelogi pun. Fakta. Kena la terima hakikat.

Jawapan yang bersesuaian ialah isu hudud ialah isu nasional. Jika ditanya pendirian saya tentang hudud sudah tentulah saya terima. Jika ditanya jika saya bersetuju atau tidak (undi pelaksanaan hudud di parlimen) sudah tentulah saya perlu teliti terlebih dahulu draf undang2 hudud. Soal hudud bukan mengenai samada setuju atau tidak setuju tetapi lebih kepada pelaksanaan. Cukup macam neh sudahla.

Cakap banyak takde masalah.

Namun cakap banyak sehingga orang boleh manipulasi (atau memang kita salah cakap) kenyataan kita itu memang bermasalah.

Perlunya belajar berkomunikasi cara ahli2 politik yang sepatutnya memang bijak dalam manipulate ayat.

Itu tak masuk lagi bab cukur kening. Percayalah. Sebaik mana pun kita, secekap mana pun kita dalam kerja2 kita tapi kalau sebagai seorang perempuan jika kita ;

- Cukur kening
- Rambut perang
- Tak bertudung
- Tolak pelaksanaan hudud disebabkan negara berbilang kaum

Mesti orang2 ISLAM akan focus bab2 di atas. Percayalah Dyana oii.. 

Rujukan video disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...