Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mei 2014

Datang Jauh-Jauh Untuk Dengar Ceramah? - Episode Kedua Mayday 2014.

Kenapa melakukan perubahan itu salah? Bukan kah ubah salah satu perkataan yang kerap kali disebut2 oleh pemimpin2 parti politik di negara ini? Jadi, kenapa bila rakyat suarakan perubahan dan lakukan perubahan, ia menjadi satu kesalahan?



Rakyat tidak datang jauh2 untuk dengar ceramah. Ini bukan pentas partisan untuk mereka terus bercakap dan bercakap.

Ketahuila.

Dalam mesyuarat demi mesyuarat mensyaratkan. Tiada ceramah oleh mana2 pemimpin politik. Ini termasukla Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan lain2 yang berkaitan. 

Pahit?

Pahit bukan.

Sakit?

Sakit ahti bukan.

Pahit dan sakit ahti kerana wujudnya sekumpulan manusia yang bertindak untuk tidak mahu tunduk kepada mana2 pimpinan partisan dan parti politik di negara ini. Pemikiran yang sangat kiri, yang sangat berbeza dari apa yang biasa ditanamkan ke atas kita. Kita sudah memasuki frasa evolusi pemikiran dalam perjuangan.

Pemimpin BN sudah hilang kawalan ke atas pemikiran rakyat.
Pemimpin PR sudah hilang kawalan ke atas pemikiran rakyat.

Remote control sekarang di tangan rakyat. Mereka kawal apa yang mereka mahu fikirkan.

Rakyat sudah mula belajar. Sudah mula didik diri mereka. Sudah mula atur langkah. Sudah mula untuk bangkit. Sudah mula pandai cipta arah. Sudah mula bina impian. Sudah mula membina laluan. Untuk bebaskan diri dari konsep kejumudan politik di negara ini.

Syarat tidak membawa sebarang bendera parti juga diabaikan dengan penuh bergaya oleh pihak2 tertentu.

Hanya PSM yang mematuhi arahan ini.

Rakyat perlu bebaskan konsep kepartisan dalam setiap demo2 yang menggunakan nama rakyat dihujungnya. Ini perlu. Sangat sangat sangat sangat sangat perlu. Supaya akhirnya nanti BN sudah tiada hujah. Setiap kali ada demo setiap kali ada bendera parti setiap kali itu nama pembangkang akan terkait seterusnya matlamat asal demo hilang begitu saja.

Macam mana tak hilang kalau dah BN dan PR masing2 pegang pistol dan tembak sesama sendiri.

Bila dah takde bendera parti. Bila semua orang bersatu sebagai rakyat. Bila BN tengok semua yang turun tue hanya membawa suara rakyat, maka BN akan mula rasa takut. 

Bila ada demo, bila tiada ceramah, bila suara rakyat yang bercakap, bila pemimpin jadi pendengar, maka BN akan semakin takut.

Bila rakyat semakin berani keluar dari kejumudan, maka BN semakin takut lagi.

Bila BN sudah takut, apakah dia berani untuk menidakkan penentangan2 kita? Katakan la jika mereka berani sekalipun, mereka pasti akan lebih ber ahti2 dalam mengambil tindakan mengarut sekurang2nya berbanding seperti keadaan sekarang yang langsung tatau rasa malu.

Demo2 rakyat tidak sepatutnya digunakan untuk menaikkan imej dan millage pembangkang. Naikkan nama2 pemimpin pembangkang. Naikkan nama parti2 politik pembangkang. Bangga sangat dengan angka kehadiran macam sekumpulan budak2 yang berlagak dengan duit raya dia yang banyak.

Kadang2 kita boleh berbangga dengan angka kehadiran. 

Kadang2 jika angka kehadiran digunakan untuk menaikkan millage parti dan pemimpin tertentu, ia tak mencapai maksud demo. 

Itu yang sampai dorang ingat kita sanggup datang jauh-jauh untuk dengar ceramah politik. Dorang ingat kita datang untuk dengar suara mereka. Maka dorang berbangga dengan jumlah hadirin kerana dorang ingat kita sanggup berdemo kerana mereka.

Sanggup korang datang jauh-jauh untuk dengar ceramah pimpinan?

Tak cukup dengan youtube? Tak cukup dengan ceramah? Tak cukup dengan suratkhabar parti? Tak cukup dengan portal online? Tak cukup dengan forum dan program yang berterusan?
Mungkin sesetengah pihak rasa tak cukup. Tapi kami dah rasa ia lebih dari cukup. Pentas itu bukan untuk pemimpin. Ia adalah pentas rakyat. Rakyat yang perlu berada disitu dan bercakap. Pemimpin perlu belajar untuk

DIAM.
DENGAR.
FAHAM.

Rakyat juga ada suara. Kami bukan bisu. Mulut kami bukan perhiasan. Ia ada fungsi yang sama seperti kamu. Iaitu, bercakap. 

Tindakan menaikkan banner.


Tindakan bersuara menggunakan pembesar suara untuk melawan suara pemimpin.
Tindakan melawan unit amal untuk masuki dataran.
Tindakan untuk tawan dataran di penghujung demo.

Bukan aksi provokasi dari SB. Atau dari mana2 kumpulan UMNO. Bukan penyamar. Inila rakyat. Korang takan mampu nafikan kewujudan kumpulan radikal ini. Sila la terima. Belajar untuk meraikan kepelbagaian.

Mereka ialah lauk2.

Korang tinggal makan. Makan la sampai kenyang. Dan jika sudah kenyang dan sendawa, maka hargaila. Jangan lupa ucapkan alhamdullilah. Syukur pada Allah. Ada yang sudi jadi lauk. Untuk kenyangkan manusia2 yang sedang lapar di negara neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...