Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Februari 2014

Taib Tukar Jawatan, Bukan Letak Jawatan - Kan Dia Belum Mati Lagi Tue?

Owhh begitu rupanya.


Ingatkan jawatan KM Sarawak tue Taib Mahmud nak pegang sampai ke akhir hayat dia. Rupa2nya tidak. Najib mengesahkan bahawa dia dah terima berita Taib nak bersara sebelum ia di umumkan di media lagi. 

Mungkin sebagai persediaan awal untuk buat PRN Sarawak kot. Kan tak lama lagi PRN Sarawak nak diadakan. Dulu Taib Mahmud berjanji akan letak jawatan selepas 2 tahun tapi tak letak2 jawatan juga. So takan la PRN Sarawak yang mendatang nak janji benda yang sama juga. Better la letak jawatan awal2 memandangkan dah terjanji tak pasal2 dulu kan. Walaupun BN tak la entitle untuk tepati janji2 mereka. Almaklumla, bila mereka berjanji ia sepatutnya difahami oleh rakyat sebagai berjanji semata2 aje. Tak lebih dan tak kurang.

KAH KAH KAH

Dan dikhabarkan juga yang Taib Mahmud akan mendapat jawatan yang lain, yang lagi powerful dari KM Sarawak. TYT.  Yang dipertua negeri bagi Sarawak.

HAHAHA..

Letak jawatan la sangat. Yang sebenarnya, tukar jawatan. Bukan nya letak jawatan. Nak menipu pun tak agak2 si Taib neh. Nak memperbodohkan minda orang. Baik Taib baik BN sama aje 2 x 5 nak memperbodohkan pemikiran rakyat.

Bagi mereka yang belum tahu, Taib takan sewenang2nya berundur dari kedudukan dia dalam pentadbiran negeri Sarawak. Ko gila ke apa? Berapa banyak dia rembat dan kaut kat sana tue? Dah tue sapa nak tolong cover bagi dia kalau berlaku apa2? Dah tue macam mana dia nak kawal dari dalam kalau dia takde kuasa untuk memantau dan menjaga pergerakan hal ehwal dalaman negeri Sarawak? Macam mana dia nak kawal sabotaj dan pemberontakkan dalaman yang berniat mahu menjatuhkan dia kalau dia kehilangan kuasa? Ko ingat si Taib tue cikai2 punya orang?

SPRM pun tak berani usik dia.

Mahathir dan Najib pun tak berani jentik dia.

Korang semua sapa nak lawan dia? NAK MAMPOS CEPAT KE APA?

KAH KAH KAH

Jangan lupa. Apa nasib Sarawak Report? Radio lawan Taib? Demo2 yang protes pasal Taib? Video pasal skandal balak di Sarawak? Malaysiakini yang siar citer pasal Taib? Wehh.. Taib memang power wehh..

Taib memang berpengaruh besar di Sarawak tue. Ko tanya la orang2 Sarawak macam mana powernya Taib kat situ. Dan disebabkan itula walaupun dia kaya raya, dan orang2 Sarawak ramai yang merempat, kebulur, susah, terbiar, jauh dari arus pembangunan sekalipun takde sapa2 mampu lawan dia. 

Ini bukan soal berani ke tak berani. Ini soal walaupun ko berani kaw2, ko takan mampu lawan dia sebab mata2 dia kiri kanan atas bawah. Dia boleh tahu apa benda yang ko nak buat walaupun jarak ko dan dia beribu2 batu jauhnya. Selagi Taib Mahmud hidup, selagi itu ko boleh cakap babai to perubahan. 

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi ;

1.Kaum. Walaupun tak puas ahti dengan Taib tetapi ada yang terpaksa biarkan Taib atas faktor legasi kaum.

2. Agama. Walaupun tak puas ahti dengan Taib tetapi ada yang terpaksa biarkan Taib atas faktor kelansungan agama.

3. Orang2 Sarawak yang memang percaya kat Taib bulat2.. mereka2 yang tinggal di pendalaman dan ceruk2 kampung yang tak terdedah dengan info2 penyelewengan dan skandal2 yang membabitkan Taib dan his family.

3 halangan ini halangan besar di Sarawak. Orang2 semenanjung mungkin boleh sembang kencang kutuk orang2 Sarawak lemah tak reti berjuang dan bangang sebab biarkan diri diperbodoh2kan. Tapi bila ko tinggal di Sarawak, dan berjuang di sana, silap2 ko akan lari dan bercakap seteruk2 BN di semenanjung, setakat nak kutuk BN bangang memang semudah ABC. Ini nak buat laporan polis untuk lawan Taib? Demo? Macam nak pergi berperang or mati.

BN jatuh pun Taib belum tentu jatuh. Harta2 yang dia kaut cukup untuk selamatkan dia daripada sesiapa sekalipun, termasukla PR. Tapi kalau Taib jatuh, insya-Allah, jangka hayat BN dah tak lama dah tue. Dua cara aje. Samada rakyat bangkit melawan biarpun hilang nyawa untuk jatuhkan Taib dan dedahkan penyelewengan demi penyelewegan dia ataupun rakyat tunggu di tepi dan tunggu Allah cabut nyawa Taib. Lue pilih la mana2 satu oke.

HAHAHAHAHA..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...