Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Februari 2014

Kenapa KIAS Pecat Kakitangan Tanpa Sebab? - Nak Jadi Bahan TV3 Le tue..


Itula yang sedang berlaku di Kelantan ketika neh. Kes kali neh melibatkan KIAS. Dikatakan KIAS telah memecat salah seorang pegawainya tanpa sebab2 yang jelas.

Aku taknak masuk campur dengan sebut sapa salah salah betul kat sini. Sebab aku pun tak jelas dengan kedudukan sebenar. Tetapi apa yang aku boleh sebutkan ialah kalau kita perhatikan surat pemecatan yang disebarkan oleh individu yang telah dipecat itu, memang takde jawapan konkrit yang dinyatakan.

Dan, untuk rekod, kes pemecatan beberapa pegawai dan kakitangan dari pentadbiran Kelantan sejurus kepimpinan negeri bertukar tangan bukan perkara yang baru, okay.

Bila nak selesaikan kemelut dalaman neh agaknya ek? 

Lue fikirlah sendiri.

Lihat ;


Apa maksud saya dipecat atas nama kepentingan syarikat aka kolej? Kalau aku terima jawapan macam neh pun aku rasa gila. Setelah berkhidmat bertahun2 lamanya dengan KIAS tiba2 dipecat atas alasan yang langsung tak masuk akal?

Then ;


Masih lagi tak menjelaskan secara terperinci kenapa individu tersebut dipecat bukan? Yelah, aku rasa kita semua faham atas nama kepentingan kolej, tetapi apa sebabnya? Tak buat kerja? Langgar arahan? Tak datang kerja? Cuai? Curi duit? Tak amanah? Tak buat dengan betul? Nyatakan alasan secara jelas.. mana la tahu kot2 lepas neh KIAS akan pecat staff2nya yang lain atas alasan yang sama juga, macam mana? 

Tidak kah perkara ini menganggu juga staff2 yang sedang berkhidmat dengan KIAS? Adakah KIAS menghadapi masalah kewangan? Sedang menyusun semula operasi syarikat? Mengurangkan kakitangan untuk stukturkan semula perbelanjaan? Nyatakanla sesuatu alasan yang jelas disini.. at least yang berhenti tue tak la rasa teraniaya, kita yang memerhatikan neh pun tahu juga dengan jelas keadaan semasa..

Jawapan balas ;

SURAT TERBUKA JAWAPAN KPD KENYATAAN AKHBAR KETUA EKSEKUTIF KIAS, PROF DR AB AZIZ MOHD ZIN, SINAR HARIAN 9.2.2014 BERTAJUK " TINDAKAN DIAMBIL DEMI KEPENTINGAN KIAS"

Sukacita saya menarik perhatian YABhg Prof kepada kenyataan yang telah dikeluarkan susulan pemecatan saya sebagai Timbalan Pendaftar KIAS pada 1.2.2014 sebagaimana yg disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 9.2.2014.

Saya merasakan kekesalan dan dukacita yang amat sangat atas kenyataan YABhg Prof bahawa pemecatan saya telah dibuat setelah mengambil kira semua aspek termasuk prestasi kerja dan tata kelakuan saya sebagai kakitangan pejabat sehinggakan YABhg Prof berpendapat adalah sangat wajar untuk menamatkan perkhidmatan (sebenarnya pecat) saya demi kepentingan Kolej. Perasaan kesal dan dukacita saya didorongkan atas faktor-faktor dan persoalan-persoalan berikut:

1. Saya telah diarahkan menjalankan tugas-tugas Pendaftar KIAS semenjak tahun 2001, malangnya saya tidak pernah dimaklumkan secara rasmi dan diajak berbincang untuk tujuan penyerahan tugas kpd Pendaftar baru, dr Yaakob bin Yusof yg telah melapor diri sebagai Pendaftar KIAS pada 16.4.2006.


2. Walaupun jawatan Pendaftar KIAS telah diisi secara rasmi mulai 16.4.2006, saya hanya mula mendapat senarai tugas rasmi Tim Pendaftar KIAS pd 9.7.2006 sebagaimana yg diperakui dalam Mesyuarat Mingguan Eksekutif ( skrg dipanggil Mesyuarat Pengurusan Tinggi) pd 7.7.2006, itupun setelah dipohon oleh saya untuk berbuat sedemikian.


3. Semenjak tahun 2007, saya tidak pernah diajak untuk berbincang berhubung Sasaran Kerja Tahunan (SKT), tidak dilibatkan dalam mesyuarat2 pengurusan KIAS dan tidak pernah menerima arahan tugas atau dipanggil untuk berbincang soal tugas oleh Pendaftar ataupun Ketua Eksekutif KIAS termasuk ketika Pendaftar KIAS, Dr Yaacob Yusof bercuti sakit selama lebih tiga bulan kerana strok.


4. Saya juga tidak dibenarkan untuk mendapat keputusan Laporan Prestasi Kerja Tahunan saya semenjak tahun 2008-2011 walaupun saya telah meminta secara bersurat.


5. Sebelum saya mengambil cuti tanpa gaji selama setahun mulai 1.8.2012, saya tidak pernah walaupun sekali dipanggil berbincang oleh pegawai atasan saya berhubung senarai tugas dan prestasi kerja termasuk oleh YABhg Prof sendiri yg mula menjawat jawatan sebagai ketua Eksekutif KIAS mjulai 1.5.2012, cuma apa yg dimaklumkan oleh YABhg Prof sendiri termasuk kpd beberapa orang sahabat/rakan sekerja saya, ialah saya seolah2 ada arahan dari pihak atasan untuk tidak diberi kerja.


6. Senarai Tugas baru saya hanya mula dikemaskini semula sebagaimana yg diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KIAS pada 21.5.2013 sebagai Timbalan Pendaftar ( Perhubungan Awam) setelah saya menghantar notis untuk memendekkan cuti tanpa gaji saya dan melaporkan diri untuk masuk bertugas semula pada 1.6.2013. Senarai Tugas saya sekali lagi dikemaskini semula dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Tinggi KIAS pada1.1.2014 berkuatkuasa hari yg sama setelah Timbalan Pendaftar (operasi) Haji Mohd Zain Omar dilantik sebagai Pendaftar juga pada hari yang sama.

Oleh itu dakwaan YABhg Prof bahawa Kolej terpaksa mengambil tindakan tersebut setelah sekian lama memberi peluang untuk saya membaiki prestasi kerja adalah berniat jahat dan mala fide kerana seperti mana yg saya jelaskan di atas,bahawa saya tidak pernah dipanggil berbincang oleh pegawai atasan saya berhubung prestasi kerja saya, saya tidak pernah ditegur atau diambil apa-apa tindakan tatatertib ke atas apa-apa tatakelakuan saya, bahkan lebih dahsyat lagi saya tidak pernah berpeluang untuk melihat keputusan laporan prestasi kerja tahunan saya selain saya hanya baru menerima senarai tugas terkini saya pada 1.1.2014, sedang saya dipecat pada 1.2.2014, adakah mungkin saya menunjukkkan dan membaiki prestasi kerja saya dengan senarai tugas baru dalam tempoh tak sampai sebulan????

CHE IBRAHIM BIN MOHAMED
10 Februari 2014


CHE IBRAHIM BIN MOHAMED ialah individu yang dipecat. Ini facebooknya ==> https://www.facebook.com/cheibrahim.mohamed

Disarankan sebelum isu neh menjadi besar, dengan perselisihan dalaman yang tak diselesaikan dengan jayanya di Kelantan, lebih baik kerajaan negeri mencari solusi win2 situation kepada semua pihak. Rasanya ini bukan rahsia lagi kot yang ramai menjangkakan jika PAS Kelantan tak ubah cara mereka (ketika ini) pada PRU ke 14 nanti, Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO. Nak ke macam tue?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...