Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 Februari 2014

Syarikat Insurans Untung Juta2 Tiap Tahun Tapi Kerajaan Luluskan Kenaikan Tiap2 Tahun..


Bukan lagi menjadi satu rahsia kat negara neh bahawa bermula dari tahun 2012 sehingga la kepada tahun 2016 syarikat insurans kat negara ini dibenarkan menaikkan kadar premium mereka (insurans kenderaan) tiap2 tahun selama 5 tahun secara berperingkat.

Yang neh semua orang dah tahu.

Punyala kita bising2, marah2, sakit ahti, luahkan ketidakpuasan ahti, haram dorang nak peduli. Silap2 kita yang kena sound lagi ada. Kalau takde duit nak bayar insurans buat apa beli kenderaan. Jalan kaki aje la. Mungkin itu kot yang hujah2 yang bakal dilemparkan oleh penyokong2 UMNO kejap lagi kalau kita asyik komplen aje mengenai kenaikan premium insurans.

Hehe..

 
Err citer pasal insurans kenderaan naik tiap2 tahun tue memang kerajaan ada declare dalam paper. Antara kita alert ke tidak alert aje. Bagi yang tak alert, boleh refer artikel lepas.

Rujuk sini --> http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/panas-bnm-insurans-naik-tiap-tiap-tahun.html

Antara point kenaikan adalah untuk mempercepatkan proses tuntutan / claim. So selepas berlakunya kenaikan insurans bermula tahun 2012, 2013, dan sekarang 2014, ada tak proses tuntutan korang bertambah cepat, pantas, cekap dan bagus?

Ada?

Kalau takde, mungkin kah menteri akan bagi jawapan, eleyyy kenaikan pun berperingkat, takan la cara kerja boleh dinaikkan sekaligus? Maka, cara kerja syarikat2 insurans pun berperingkatla juga tiap2 tahun, ikut kenaikan berperingkat tue.. 

KAH KAH KAH

BTW, dalam sedar tak sedar, aku dapati, syarikat insurans kita neh dah sedia untung juta2 setiap tahun walaupun dengan kadar sedia ada.

Lihat ;

Sementara itu, syarikat induk KIMB, Kurnia Asia Bhd, mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM5.97 juta dalam suku kewangan keduanya berakhir 30 Jun lalu berbanding RM24.57 juta dalam tempoh sama tahun lalu. 

Pendapatan kumpulan itu meningkat kepada RM289.47 juta daripada RM264.65 juta sebelumnya. 

Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PertumbuhanKurnia23peratus/Article/

Walaupun keuntungan susut untuk 6 bulan terakhir, namun jumlah keuntungan tahunan masih meningkat berbanding tahun sebelumnya. Mereka masih untung juta2. Untung kurang = bukan rugi. Contohnya hari neh meniaga, untung saja dapat 1,000. Semalam pula meniaga, untung saja, rm2,000. Untung masih untung, cuma samada untung banyak2 ataupun sedikit banyak. Oleh kerana syarikat insurans untung tiap2 tahun, kenapa masih perlu naikkan kadar tiap2 tahun selama 5 tahun? 

Takaful pun untung juga.

Lihat ;
Pengarah Urusannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, keputusan kewangan kumpulan yang dicatatkan tahun lalu menyaksikan syarikat buat pertama kalinya menerima keuntungan sebelum cukai dan zakat tertinggi iaitu melebihi angka RM100 juta.

Rujukan : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TakafulMalaysiauntungsebelumcukaiRM101_4j/Article/index_html

Untuk tinjau keuntungan syarikat2 insurans yang lain boleh rujuk dari sini.

Jadi masing2 untung. Bukan rugi. Bila semua dah untung sana sini, kenapa naikkan kadar insurans? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku tak faham langsung apa keperluan nya. Benda neh mula2 berlaku pada tahun 2011. Start naik pada tahun 2012. Sekarang tahun 2014. Lebih banyak lagi bebanan dan tanggungan kenaikan yang perlu kita hadap berbanding 2 tahun lepas. Wajarkah kenaikan ini diteruskan lagi? Bukan kah sudah sepatutnya kerajaan hentikan terus kenaikan kadar insurans?

Dah cukup la yang dah naik2 selama neh. STOP. No more kenaikan lagi. Kami takmo terima. Tak boleh ke?

Pendapat aku.

1. Kenaikan 5 tahun berturut2 membebankan. Lebih2 lagi dalam keadaan sekarang. Kehidupan rakyat semakin menghimpit. Berbeza sket dengan keadaan 2 tahun yang lepas.

2. Apa yang sudah dinaikkan ini, lebih baik kalau dapat diturunkan. Tapi bila aku memikir2 ia melibatkan pimpinan BN, aku tahu impian aku mustahil. Macam mengharapkan zirafah makan singa. So aku lempang diri aku untuk kembalikan kewarasan akal fikiran aku sambil berkata, ini mustahil.

3. Apa yang aku rasa kita boleh buat ialah, hentikan terus kenaikan ini dari terus berlaku. Bermaksud kita ada berbaki sampai tahun 2016. Kita hentikan terus bermula dari tahun neh. Takmo ada kenaikan2 dah. Cukupla dengan apa2 yang dah naik neh.

4. Kena faham, tahun2 mendatang, kita ada GST lagi nak hadap. So kerajaan tak boleh nampak ka bahawa rakyat sekarang dah terhimpit teruk?

5. Aku dengar berita ekonomi. Inflasi kita dah naik 3%. Dulu kerajaan sebut paling tinggi 2.2%. Tapi beb, berita kat Awani sebut 3% sudah. Apa citer?

6. Ini bermaksud jangkauan kerajaan sudah silap. 

7. Rakyat tak boleh serap semua kenaikan secara serentak ini macam span serap air.

8. Jadi tolong la, korang berhenti setakat ini.  

Slow and steady. 

Satu tahun, satu kenaikan, kita mungkin boleh faham. Satu tahun, dengan 10-20 kenaikan, walaupun kita cuba nak faham tetapi duit kita tak boleh faham. Duit kita dah bercakap, oi ko sedar tak tiap2 bulan ko dapat berapa? Ko sedar tak kemampuan dan limit ko berapa? Ko sedar tak tanggungan ko berapa? Ko sedar tak yang badan ko tak boleh kerja 24 jam? Ko sedar tak yang selain dari kerja ada banyak benda lain yang ko kena buat? Ko nak hidup bangun-pergi kerja - balik - tidur. Bangun - pergi kerja - balik - tidur, semata2 nak menyesuaikan diri dengan segala macam kenaikan2 barangan di negara neh tanpa memikirkan bahawa selain dari menerima kenaikan demi kenaikan (yang tak sepatutnya berlaku + diputuskan oleh pemimpin2 yang zalim) ko sepatutnya melawan dari membiarkan diri dipijak2 dan ditindas?

Faham tak situasi dia kat sini macam mana?

So kalau Najib dan BN boleh faham serba sedikit, selain dari sibuk tacap imej untuk nampak alim di mata rakyat dengan menwar2kan solat hajat, apa kata ko hentikan terus kenaikan insurans secara berperingkat serta merta, boleh? Bukan apa. Tak guna la ko nak gebang satu dunia, solat hajat bagai tapi dalam waktu yang sama, di dalam kemampuan ko, ko boleh bantu dan selamatkan rakyat dari di tindas, tapi ko tak buat, maka ko tetap la zalim. Fikir2 kan la ek Najib.

Tenkiu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...