Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Februari 2014

Zahid, Jika Rakyat Tawar Tampar Menteri2 Malaysia, Adakah Ini Bukan Ancaman?

Ada beza antara orang cerdik dan orang tak cerdik bila mereka menggunakan akal mereka untuk berfikir.

Orang yang tak cerdik, bila berfikir, mereka sebenarnya tak berfikir. Mereka rasa mereka berfikir, tetapi pada hakikatnya, mereka langsung tak berfikir.

Zahid Hamidi ialah salah seorang contoh menteri, yang rasa dia bercakap selepas berfikir. Adakah menteri yang berfikir akan ;


1. Mengatakan, mengugut untuk menampar seseorang secara terbuka bukan merupakan satu ancaman?

2. Hanya membunuh saja merupakan satu kesalahan?

3. Selagi mana benda tue (menampar) tak dilakukan maka ia bukan ancaman. Tindakan hanya diambil selepas ancaman (perbuatan menampar) itu dibuat?

4. Mengatakan, menawarkan wang untuk menyerang mana2 pihak bukan merupakan ancaman?

Ko tahu di negara neh kita ada undang2 mengugut. Contohnya, jika ada seseorang ugut nak rogol, nak culik, nak pukul, nak serang, nak bunuh, nak tembak, pihak polis boleh mengambil tindakan susulan bagi membendung perkara tersebut dari berlaku? 

Dan Zahid keluarkan satu kenyataan yang kontradik dari apa yang undang2 kita sebutkan. Dia, menteri dalam negeri. Yang mana PDRM adalah dibawah kawalan kementerian tersebut.

Undang2 menyebut jika anda di ugut oleh sesiapa ia merupakan satu ancaman keselamatan dan Zahid Hamidi bercakap sebaliknya? Undang2 apa yang dia rujuk sebelum keluarkan statement ataupun dia keluarkan statement tanpa merujuk asas perundangan itu sendiri?

Orang yang cetak tshirt semata2 kena siasat under SOSMA walaupun ia terbukti bukan ancaman sebaliknya hanya memupuk kempen kesedaran di kalangan masyarakat. Mengapa pula menawarkan wang untuk menampar seseorang bukan merupakan ancaman?

Sebelum apa2 jenayah bermula, mereka cenderung melakukan ugutan terlebih dahulu. Contohnya jenayah menyerang. Sebelum kena serang, orang yang bakal diserang akan di ugut bagi tujuan menakutk2kan dia. Then bayangkan, dia pergi ke balai dan lapor insiden ugutan tersebut then menteri ko cakap, alah ini bukan kesalahan, nanti dah kena serang baru kita amek tindakan oke? Buatnya orang tue mati lepas kena serang, macam mana si Zahid Hamidi nak jawab? Nyawa aku, nyawa aku, nyawa orang aku peduli apa, macam tue ke?

Dan kalau hari neh rakyat Malaysia mengumpul wang untuk menawarkan ganjaran bagi menampar menteri2 Malaysia or membaling kasut, adakah kami bukan melakukan ancaman? Adakah Zahid tidak akan memanggil dan menyiasat aku? Adakah Zahid akan cakap, tunggu Ameno World mai tampar muka aku dulu baru la ia merupakan satu ancaman? Adakah Zahid akan berfikir seperti ini walau siapa pun yang di ancam ataupun pemikiran seperti ini hanya tertakluk kepada mereka2 yang datang dari pembangkang aje?

Tapi malangnya, rakyat Malaysia tidak akan mengikut jejak langkah bodoh NGO dan cara Zahid berfikir. Apabila kita kutuk kebodohan mereka, dan kita ikut pula apa yang mereka buat, maka kita dan mereka dah jadi satu entiti yang sama2 bodoh lagi membodohkan.

Dengan duit2 yang ada, daripada buat offer untuk tampar muka menteri2 yang menyakitkan ahti,  lebih baik bantu orang2 yang memerlukan dan susah. Pahala dapat, ahti senang pun dapat, ringankan beban mereka pun dapat dan tentu2 kasih sayang pun dapat. Lue fikirlah sendiri la Zahid. Err lupa. Lue berfikir ke tak berfikir ke pun sama aje kan? Heh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...