Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Februari 2014

Lagi Respon Isu 2 Juta - PAS VS PAS, UMNO Tepuk Tangan.

Disini dikongsikan 2 penulisan dari pihak2 PAS dalam isu saman 2 juta. Aku cadangkan kita just baca untuk sekadar ambil tahu. Selebihnya kita tengok dari jauh macam mana agaknya PAS dan PKR nak selesaikan konflik dalaman ini.

Apa pun, kalau betul la yang dikatakan oleh Zulhazmi kat bawah ini, ini mungkin bermaksud isu ;

1. Solat hajat
2. Kutipan derma bayar saman 2 juta atas nama jihad

Adalah perkara yang dilakukan oleh golongan ahli2 parti tanpa pengetahuan dari presiden PAS. Tak pasal2 orang salah sangka. Cuba la dok diam2 dulu. Jangan la keluarkan kenyataan sebarangan sehingga melangkaui pendirian presiden parti.

Adoiyaii..

Baca ;

Aku nak jawab & ulas tulisan "Lawyer Swasta Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi" pada setiap perenggan. Untuk rekod, aku bukan AJK LUHAM, bukan AJK JUHAM.... aku hanya Zulhazmi.

Haji Hadi dianiaya

 
Oleh : Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi

LUHAM adalah Lajnah Undang2 PAS tapi macam tak penah ambik kes saman. Setelah mereka mengaku ada menerima writ saman dari pihak plaintif maka selayaknya LUHAM sudah tahu tarikh sepatutnya mereka failkan dokumen memorundum kehadhiran di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. ( iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima serahan writ )

***
Betul LUHAM tak pernah ambik kes saman. Tak pernah ambik kes saman yang mcm ni. Tulisan Lawyer Swasta ni amat jauh fitnahnya. LUHAM tak pernah keluarkan kenyataan pada bila2 masa mengaku menerima writ saman. Ini jelas. LUHAM tak pernah terima. Bukan saja LUHAM malah Presiden sendiri tidak pernah terima. Sila tanya sendiri dengan Presiden. Kalau yang menulis sbg Lawyer Swasta ini rapat dgn Presiden, sila tanya Presiden, bila presiden terima writ saman. Aku percaya 100% Presiden akan kata dia tak pernah terima Writ saman kerana aku sendiri tanya Presiden & Presiden nafikan menerima writ saman sehingga semalam aku uruskan affidavit presiden, Presiden dengan jelas sebut bahawa beliau tak pernah terima Writ saman. Jadi bagaimana "Lawyer Swasta" ni cakap LUHAM mengaku terima writ saman?? nak fitnah pun agak2 la.....
***

Mahkamah tidak akan keluarkan "Penghakiman Inkar Kehadhiran" atau Judgement In Default jika tarikh 14 hari masih belum tamat. Makna mudahnya , kedudukan paling ringan ialah pihak LUHAM telah cuai menjalankan tugas apatah lagi melibatkan figure spt Presiden parti sehingga gagal bertindak dalam tempoh 14 hari yang disediakan atau lebih berat ia adalah percubaan untuk sabotaj Haji Hadi. Dua - dua tu menunjukkan LUHAM gagal bukan Haji Hadi yang gagal.

***
Penghakiman Ingkar dikeluarkan pihak Mahkamah setelah Plaintif memfailkan Afidavit Penyampaian membuktikan Writ Saman tlh sempurna diserahkan kpd defendan (Presiden). Seperti aku kata tadi, tuduhan bahawa LUHAM cuai malah cuba sabotaj Presiden adalah tuduhan fitnah yang maha berat. LUHAM tak pernah terima Writ Saman, Presiden tak pernah terima Writ Saman. Akibat tidak pernah menerima walaupun Writ telah dihantar, maka presiden tidak mengarahkan Hj Asmuni atau LUHAM memfailkan Memorandum Kehadiran. Mudah. Bila writ saman tak terima maknanya Presiden tak tahu dia disaman. Bila tak tahu disaman maka Presiden tak arahkan peguam untuk failkan memorandum Kehadiran. Akibatnya Penghakiman dimasukkan. Sebab tu sekarang Hj Asmuni menguruskan untuk failkan Permohonan Mengenepikan penghakiman Ingkar dan akan failkan selewat2nya esok.

Nak tuduh orang cuai, sila periksa diri dulu. Hang sendiri cuai dlm menuduh jadi jgn cerdik sgt nak tuduh.

 
***

Betullah mahkamah tak boleh arah defendan bayar RM2 juta sebaliknya kena taksir dulu selepas proses penghakiman. Tapi apa yg membimbangkan ialah UMNO boleh mainkan peranan utk pengaruhi hakim yang juga dikenal pasti hakim itu adalah orang kuat UMNO , dimana mrk akan menolak percubaan LUHAM untuk ketepikan JID. Mahkamah akhirnya boleh menetapkan nilai RM2500 kalaupun tidak proceed dgn nilai yg diletakkan sebelumnya iaitu RM2 juta. Satu nilai yang cukup untuk menggugurkan Tuan Guru dari kerus Parlimen Marang.

***
Nampak sangat bodohnya penulis Lawyer Swasta ni. Kalau mengaji sampai al-azhar pun tak mesti hang tau....


a) Penghakiman Ingkar bagi kes fitnah yg gantiruginya belum pasti hendaklah ditaksirkan, jadi Penghakiman Ingkar yg dikeluarkan oleh mahkamah tidak teratur & boleh diketepikan.


b) Nak babitkan Hakim tu dgn kerja buat Umno agak2 la..... kes bangang mcm ni tak akan sampai ke Hakim, permohonan ketepikan penghakiman ni biasanya bicara di depan Penolong Kanan Pendaftar sj. Klu depan hakim pun, jika hakim tolak, masih boleh merayu ke Mahkamah Rayuan & klu ditolak rayu lagi ke Mahkamah Persekutuan.


c) Kalau lah Mahkamah putuskan tak kena bayar RM2 juta tapi setakat RM2500 sekali pun, kelayakan Presiden sbg Ahli Parlimen tak akan tergugat krn ini kes sivil. Hilang kelayakan hanya jika dihukum denda lebih RM2 ribu dlm kes jenayah. Kalau bangang pun biaq hang sorg tapi jgn tunjuk kat org yg hang tu bangang.!!

 
****

Isu kat sini bukan nilai saman krn ahli PAS boleh bayar jumlah saman itu. Tapi masaalah besar kat sini ialah maruah Haji Hadi jatuh, hancur dan pecah berderai angkara kelembapan LUHAM yg dipengerusikan oleh Asmuni Awi. Asmuni Awi ni lah masa muktamar pusat kelmarin cuai sampai kena mengundi semula keesokan hari. Rekod cuai ni berulang lagi dan kali ini Haji Hadi jadi mangsa.

****
Kalau ahli Pas boleh bayar, sila kumpulkan la ni, aku nak tgk betoi ka hangpa boleh kumpul RM2 juta tu. Aku TOBAT tak akan bagi. Pasai semua yg berlaku bkn sebab Presiden tapi hangpa yg jahat. La ni pon hangpa masih jahat nak alihkan kejahatan tu kpd Hj Asmuni utk tutup kejahatan hangpa. Rujuk balik komen aku kat atas. Perkara ni berlaku bukan kecuaian sesiapa krn Presiden ataupun Hj Asmuni atau LUHAm tak pernah terima Writ Saman. Semudah itu.

Klu hangpa kalot pasai maruah Hj Hadi jatuh, hangpa jugak yg bagi info kat dia yg bukan2 sehingga dia sebut bab pil kuda, bab Karl Marx, bab komunis. Tak dak orang lain melainkan hangpa yg di keliling Hj Hadi. La ni hangpa nak lari dr masalah, maka hangpa alih salah kpd Hj Asmuni & LUHAM... banyak cengkadak hangpa...

 
****

Haji Hadi mmg sedia utk lalui proses perbicaraan di mahkamah kerana beliau mempunyai bukti kukuh atas dakwaan beliau mengenai isu pil Kuda dalam PRU 13 tempohari. Tapi hasrat Hj hadi membawa bukti nya ke mahkamah seperti cuba dihalang dgn mencetuskan isu teknikal. Saya lebih nampak ini sabotaj berbanding cuai. Tapi dua - dua keadaan ini mewajarkan Asmuni di singkirkan dari meneruskan tugasnya sebagai lawyer kpd Hj Hadi kalaupun beliau tidak niat sabotaj. Hj Hadi enggan menyatakan bukti kepada umum krn beliau tidak pernah menuduh sesiapa. Hj Hadi hanya sebut umum. Hj Hadi tak nak aibkan org. Tapi bila ada org saman, Hj Hadi ready utk utk naik mahkamah. Kalau Hj Hadi hilang kerusi parlimennya gara - gara tragedi ini maka Asmuni wajib menyalahkan dirinya. Lawyer konon.....

***
Aku amat setuju!! Aku harap hangpa jugak bersedia untuk bantu Presiden sediakan bukti untuk buktikan setiap kenyataan Presiden berkaitan isu pil kuda tu. Hangpa jangan lari bila nanti masa bicara aku & Hj Asmuni keluarkan sepina untuk panggil hangpa jadi saksi dlm kandang saksi Mahkamah. Hangpa tunggu!!! Aku akan pastikan hangpa masuk kandang saksi untuk sama2 bela Hj Hadi di Mahkamah. Aku sedia untuk teruskan kes ini utk bicara penuh. Aku tak akan soal balas Plaintif krn aku nak soal pemberi maklumat kpd Presiden dlm Mahkamah nnti untuk bela Presiden. Jangan hangpa lari2 ayam nanti sudah la.... Aku tunggu saat itu.... aku janji....

Kalau ditakdirkan Haji Hadi hilang kerusi, itu kerja hangpa bukan kerja Hj Asmuni bukan salah LUHAM.

***

AKHIRNYA AKU NAK BAGITAU setelah aku duduk dengan Presiden semalam, Aku amat percaya & aku hormati Presiden dlm kendalikan kes ini. Presiden tidak melibatkan PAS kerana kes ini yg disaman ialah Haji Hadi atas kapasiti peribadi bkn Hj Hadi sbg Presiden. Atas dasar itu Haji hadi melantik Hj Asmuni sbg peguam peribadi mengendalikan kes ini tanpa melibatkan LUHAM kerana LUHAM adalah hak Parti Islam SeMalaysia bukan kerja LUHAM mengendalikan kes peribadi Hj Hadi. Jadi Hj Hadi melantik Hj Asmuni mengendalikan kes ini secara langsung yg tiada kena mengena dgn LUHAM. Presiden amat profesional tapi yg membodek Presiden tu macam SETAN!!!

Sekian daripada ZULHAZMI SHARIFF (Nama sebenar tak main la nak menyamar2 belakang orang!!!)


Rujukan : https://www.facebook.com/loonchai/posts/10201418503927089

Respon menantu tuan guru pula ;

 ISU SAMAN: AWASI FITNAH YANG SEDANG BERLEGAR. 

Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut. 

Ada berita lain pula menyebarkan bahawa pejabat PAS Marang yang cuai kerana surat-surat mahkamah dialamatkan ke situ walhal ianya tidak berpenghuni. Ada pula pihak yg cuba memalitkan perkara ini kepada setpol tg presiden seolah-oleh cuai dalam bertindak. 

Semua berita sebaran ini memburukkan semua yg ada disekeliling presiden bg menggambarkan kelemahan presiden. 

Apabila isu ini dibangkitkan, semua akan lupa siapakah yg menguruskan sehingga TGHH seolah-oleh berlaku kegagalan bagi pihak TGHH memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima? 

Pokok utama isu saman ini yang berbangkit hanya satu sahaja, iaitu TGHH seolah2 tidak menghantar peguam mewakili beliau dalam kes ini. Akhirnya selepas procedure tertentu, keluar surat Perintah mahkamah tersebut. Jadi pokok utama ialah siapa yg uruskan kes ini daripada awal? 

Adapun isu2 lain:: 

1. Pengumuman tghh: ia tidak salah dan saya yakin telah dibuat dengan teliti demi menyelamatkan parti drpd wakil rakyat lompat slps menang spt di perak sehingga jatuh kerajaan negeri. 

Isu ini hanya berbangkit jika berlaku perbicaraan dan TGHH di dapati bersalah dan fitnah. Realitinya, ia belum berlaku dan agak mustahil akan berlaku darisegi fakta dan realiti kes, khsusnya TGHH tidak pernah menamakan Syasul dalam mana-mana kenyataan mahupun ceramah. 

2. Pemberi maklumat kepada Tuan Guru: adalah menjadi tanggugjawab dan lewajipan jika itu benar2 berlaku. Mereka tidak perlu dipersalahkan jika maklumat itu betul dan tepat khususnya apabila mereka berani dan sedia tampil. Ia adalah isu dimahkamah kalau berbangkit. Saya yakin, isu ini tidak akan timbul kerana tghh x sebut wakil rakyat mana. 

Isu ini hanya berbangkit apabila mereka enggan tampil di mahkamah sebagai saksi TGHH, atau hanya selepas terbukti maklumat itu adalah rekaan mereka. Sehingga kini, tiada satu perbicaraan pun berlaku. Jadi masih terlalu awal untuk salahkan mereka. 

3. Setpol cuba dikaitkan sebagai cuai. Walhal setpol telah jalankan tugasnya dengan menyerahkan surat pertama dahulu kepada lawyer berkenaan. 

Isu ini hanya berbangkit jika Setpol TGHH ada firman guaman dan dilantik oleh TGHH menguruskan isu ini. Tapi ini langsung tak berlaku. 

Jadi isu utama yg timbul dan berbangkit ialah, apa yang telah dilakukan oleh lawyer yg diamanahkan menguruskan isu ini sedari awal surat pertama sampai? Siapa yang letakkan alamat surat menyurat kes ke Pejabat Marang? Jawapan ini perlu diberikan oleh pihak yg bertanggungjawab bukan divert kepada orang lain yang tidak berkenaan sehingga menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.

Dalam masa yang sama, saya rasa agak kesal apabila ada pihak mengkategorikan isu ini dengan isu peribadi TGHH. 

- Ustaz Zaharudin Muhammad. 


Rujukan : https://www.facebook.com/pages/Zaharudin-Muhammad/312456128784829

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...