Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Disember 2013

Mahsuh Subsidi Gula Kerana Kerajaan Sayangkan Rakyat - Najib

Laa

Yeke?

Sayang rupanya. 

KAH KAH KAH

Pengakuan Najib itu dipetik dari sini. Boleh tonton dan dengar sendiri.

Hehe...

Ayat Najib ;

Dalam perkara ini rakyat harus faham.. bahawa langkah kerajaan ini adalah demi kebaikan semua.. ini kerana kerajaan sayangkan rakyat dan bertanggungjawab untuk menghindarkan rakyat daripada penyakit diabetes.. cuba kita lihat di sekeliling kita berapa ramai rakan2 dan sedara mara kita menjadi mangsa diabetes.. bayangkan tuan2 kalau kita sudah menghidap diabetes.. macam2 penyakit lain pasti akan datang.. kesan nya sangat dasat.. hingga menjejaskan bukan saja zahir tetapi juga batin.. dan boleh membawa maut.. seperti kata professor Diraja Ungku Aziz.. gula itu adalah racun..

Pengambilan gula dan garam yang berlebihan memang boleh membawa penyakit. Ini fakta. Itu sebab kita kena pandai kawal sikit pemakanan kita. Sekarang kerajaan anggap diabetes adalah masalah utama negara. So kerajaan nak kawal penyakit ini. Maka kerajaan mahsuhkan subsidi gula sebab kerajaan sayangkan rakyat. Jadi taknak bagi rakyat berpenyakit la lebih kurangnya. Bagus.

Maka rakyat juga tertunggu2. Bila agaknya ROKOK akan disekat dari memasuki negara ini. Rokok juga membawa penyakit. Penyakit cancer itu sama teruknya dengan diabetes bahkan pada satu2 tahap, penyakit cancer adalah lebih teruk berbanding diabetes. 

Walaupun rokok takde subsidi tetapi kerajaan mengutip cukai dari penjualan rokok. Maka secara langsung kerajaan juga mengalakkan penjualan rokok di negara ini yang mana kita tahu menghisap rokok mendatangkan kemudaratan yang besar kepada badan si penghisap dan penghidu asap rokok. Pendek kata bahaya rokok lebih teruk berbanding bahaya gula. Makan gula dalam kadar terkawal.. tiada membawa effect negatif terhadap tubuh badan. Hisap rokok meskipun dalam keadaan terkawal masih boleh membawa effect negatif, meskipun bukan pada tubuh badan sendiri, tetapi pada orang lain juga jika dihisap secara terbuka ataupun di hadapan kanak2.. itu tak masuk lagi bab stastistik. Najib tak tengok ka stastistik mengenai penyakit yang disebabkan rokok? Kementerian kesihatan tak bagi info dan maklumat kah?

Hehe..

Jika benar Najib sayangkan rakyat, maka sila mahsuhkan juga penjualan rokok di negara ini. Jangan sembang kencang bab gula aje. Itu baru satu cabaran yang aku kemukakan. Aku tak masuk bab benda2 lain lagi. Aku masuk isu yang ringan dan ringkas je dulu. Bila nak mahsuhkan penjualan rokok atas nama sayangkan rakyat? Tik tok tik tok tik tok tik tok.. aku tunggu pengumuman Najib oke.. kata sayangkan rakyat kan.. cepat sikit ek. Aku tunggu dengan penuh sabar untuk maki hamun.. Insya-Allah..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...