Kenaikan ini tidak akan membebankan pengguna.
Kenaikan ini tidak akan menjejaskan rakyat.
Pengguna mana yang tidak terbeban? Rakyat mana yang tidak akan terjejas? Ada buat kajian terperinci dan mendalam ke sebelum mengeluarkan kenyataan2 seperti di atas? Ataupun itu hanyalah statement syok sendiri tanpa perlu membuktikan samada kenyataan tersebut adalah statement yang benar2 mewakili suara majoriti rakyat ataupun sebaliknya?
Secara logiknya, jika ko bergaji rm500 sebulan. Then ko biasa beli makanan rm1 sehari masa rehat. Then suatu hari, tetiba harga makanan yang ko beli rm1 tue dah dinaikkan menjadi rm1.20 pula. So berlaku peningkatan harga disitu? Bohong la ko nak cakap eh kenaikan ini tak membebankan aku pun. Tak menjejaskan aku pun. Fack ah. Mestilah membebankan punya. Mesti la terjejas serba sedikit. Cuma kat sini rakyat kena cari jalan la macam mana benda2 begitu boleh disesuaikan dengan diri mereka. Adakah patut jimat cermat? Atau tukar saja makanan lain yang lebih murah. Ataupun cari kerja lain yang gaji lebih tinggi?
Ini caranya rakyat menguruskan perkara2 berkaitan kenaikan. Nak taknak bayar memang tetap kena bayar sebab elektrik kemudahan asas. Dan ya kemudahan mewah bagi Sabah dan Sarawak kan. ** Perli BN.
Sekarang neh jangan cakap banyak. Menteri2 kita dah terlalu banyak bercakap dan bercakap. Apa ko ingat ko sorang aje mulut? Kami sebagai rakyat ada telinga aje ke? Kami pun ada mulut tau. Ini kami nak bercakap guna jari. Kedua2 manusia yang memegang jawatan PIEM dan MENTERI KEPENGGUNAAN tue meh sini baca. Jangan sembang kencang depan geng2 sendiri saja. Komunikasi dua hala dengan rakyat perlu juga. Tapi bukan dengan rakyat yang suka bodek sesaja. Rakyat yang tak suka bodek juga merupakan rakyat juga. Jadi mari sini sembang kencang dengan rakyat macam aku juga oi.
1. Kenaikan elektrik membebankan.
2. 200kwj tidak terjejas. Kata menteri. Tetapi kena ingat 200kwj tidak di ukur melalui miskin kaya. Ia di ukur melalui penggunaan sebulan. Dan penggunaan ini dipengaruhi dengan beberapa faktor penting. Seperti apa? Jumlah bilangan isi rumah, jumlah mereka2 yang menggunakan alat elektrik, jumlah mereka2 yang berkerja dan membuat kerja rumah menggunakan alat2 yang mengunakan elektrik. Itu semua terpakai oke.
3. Bercakap pula pasal kilang. Adakah tarif baru untuk pengggunaan industri juga dinaikkan sama? Yang hari tue aku baca bab pengguna elektrik yang rumah2 tue aje. Kalau untuk penggunaan industri pun naik sama memang celake ah. Pasal kenaikan tersebut akan menyebabkan peniaga2 meletakkan beban kenaikan tersebut ke atas pengguna.
4. Lagi satu yang aku tertanya2. Jika meniaga kedai makan. Elektrik mereka ditarifkan atas nama pengguna biasa ataupun untuk kegunaan industri? Tak kira la mana satu yang pasti jika pengusaha2 kedai makan perlu mengeluarkan lebih wang untuk membayar elektrik maka mereka akan naikkan serba sedikit harga barangan jualan mereka. Begitu juga dengan pelbagai kedai2 lain. So kat sini tak pasal2 bila elektrik naik, peniaga akan naikkan harga product mereka untuk menyerap kenaikan tersebut.
5. Agak2 Najib dan Hasan Malek ada faham ka serba sedikit apa yang aku cuba sampaikan neh? Kalau faham maksudnya jika elektrik naik maka harga barangan lain juga akan naik sama. Tapi gaji tak naik2 pula. Apa citer?
6. Then kerajaan sembang kencang bab dapat menjimatkan 4b setahun. Untuk apa ko nak jimatkan duit tersebut? Nak buat apa dengan duit tue?
7. TNB pun dapat untung rm4b baru2 neh. Tak cukup lagi?
8. Kalau baca sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/12/kerajaan-umum-kadar-tarif-elektrik-yg.html
Jelas ada sesuatu yang tak kena dengan alasan2 disebalik kenaikan tarif seperti yang di umumkan oleh menteri. Mereka potpet2 sebut kenaikan arang la gas asli bagai la dan blablabla.. tapi kenaikan2 bahan2 tersebut pula bukan disebabkan kenaikan yang berlaku akibat peningkatan harga oleh pasaran global. Ia berlaku disebabkan pasaran domestik menaikkan harga bahan2 tersebut. Penetapan harga dibuat oleh pihak2 tertentu. Siapa pihak2 yang menaikkan dan menetapkan harga baru ini sekaligus menyebabkan TNB kena naikkan tarif semasa mereka, ada pernah fikir tak kawan2? Kalau tak pernah p fikir sekarang.
Hehe.
So Najib dan Hasan Malek. Ini amaran dari RAKYAT. Berhenti memperbodohkan kami dengan alasan2 BANGANG macam itu oke. Dan jangan pandai2 nak cakap bagi pihak rakyat. Kenaikan ini tak membebankan la, menjejaskan la apa bagai la. Jangan. Bagi orang yang elektrik dia disubsidikan oleh rakyat Malaysia macam korang berdua, korang tak layak sembang kencang bab neh. Nak tahu ia menjejaskan atau tidak menjejaskan rakyat, tanya rakyat directly la. Macam aku. Dan ini jawapan aku.
KENAIKAN TARIF ELEKTRIK MEMANG MENJEJASKAN DAN MEMBEBANKAN AKU SEBAGAI PENGGUNA DAN RAKYAT DI NEGARA INI. FAHAM?
Dan faham jangan pergi mati plak. Just letak jawatan atau hand over jawatan tue pada aku. Apa tak sanggup? Kalau macam tue turunkan tarif elektrik 50% dari kadar sekarang. Itu solusi terbaik yang aku dah bagi neh.
Haha..