Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Oktober 2013

PLKN : Kaji, Tangguh Atau Batal? - Ini Jawapan Rakyat Yang Menteri Perlu Ambil Tahu.


Jangan buat keputusan syok sendiri. Jangan buat tindakan tanpa mengambil tahu apa yang rakyat rasa mengenai PLKN ini.

Baru2 ini kita dikejutkan sekali lagi dengan seorang pelatih PLKN mati dalam kem latihan. Kes dipercayai kes dera. Mati dibunuh. Ini menjadikan kita sudah ada 22 kes kematian sepanjang PLKN di laksanakan.

Harus di ingat, kematian adalah salah satu cabang masalah. Salah satu. Selain dari kematian kita juga dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam PLKN iaitu ;

1. Kes buli + dera.

2. Kes mengandung ketika dalam PLKN ataupun selepas balik PLKN ** [terpencil]

3. Kes rogol + ganguan seksual. Ada yang dilaporkan ada yang tidak dilaporkan.

4. Kes pegawai pelatih hantar surat2 cinta kepada pelatih2 perempuan.

5. Kes kecacatan kekal.

6. Kes keracunan makanan.

Bayangkan. Untuk anak yang kita jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, dengan berat ahti hantar dia ke satu program yang kita rasa belah bahagi, tapi akhirnya perasaan belah bahagi kita itu dimuktamadkan dengan kematian anak sendiri, adakah itu boleh diterima?

Pada saat ibu dan bapa benar2 mahu menghalang pemergian anak2 masing2 tapi mereka tak mampu untuk mengubah suasana, akhirnya terpaksa berat ahti menerima anak kesayangan mereka mati dalam PLKN. Itu kalau mati. Kalau yang kena cabul? Kalau yang kena buli dan dera sehingga menganggu psikologi budak2 itu, macam mana?

Kita boleh faham. Ini memang salah anak2 kita sendiri yang terlibat dengan zina dan seterusnya mengandung dan terberanak. Kita boleh salahkan diri kita kerana sikap anak2 kita yang gagal kawal tingkah laku mereka. Tapi adakah kita boleh terima anak2 kita yang baik, yang bukan budak jahat, mati dalam kem tahanan kerana kes buli?

Mana2 ibu bapa pun takan boleh terima. 

Sebab itu kerajaan perlu buka ruang untuk kita kaji semula mengenai PLKN di Parlimen. Baru2 ini MP Pas ada membawa usul berkaitan bagi membincangkan permasalahan2 yang berlaku dalam PLKN tetapi ia ditolak oleh speaker. Berkali2 PAS bawa isu tersebut dan berkali2 pula speaker tolak. Atas alasan2 yang tidak munasabah bahkan karut marut.

Kenapa?

Kenapa takut sangat untuk kita bincangkan isu PLKN dalam dewan?

Bila kita bawa isu neh kita nak ia ditambahbaik. Setakat ini pada Jun 2012 ;

Parlimen memberi jawapan kepada Nizar Jamaluddin bahawa 19 kematian direkodkan dengan 21 kecacatan kekal. Kenapa mereka2 yang datangnya dengan keadaan fizikal yang sempurna kembali dengan kecacatan dalam fizikal mereka? Adakah tahap keselamatan tidak dititikberatkan? Bila melihat anak2 orang lain yang tetiba2 sempurna dan kini menjadi kurang sempurna adakah ia tidak menakutkan ibu bapa yang lain? Adakah ibu bapa tidak akan rasa was2 dengan dengan PLKN? Sebab tue ramai ibu bapa rasa berat ahti nak lepaskan anak2 masing2. Ia tak sama bila anak2 terluka disebabkan diri sendiri berbanding dengan anak2 terluka disebabkan orang lain. Ia tak sama. Perasaan itu tak sama.

Itu belum amek kira bab layanan yang bias. Jangan nak bohongla. Aku ko dan kita semua tahu bahkan Allah lebih tahu. Bagaimana layanan terhadap orang2 terkenal yang masuk PLKN berbeza dari layanan yang orang2 biasa terima. Bagaimana layanan terhadap anak2 VVIP terima berbeza dengan anak2 orang biasa terima. 

Begitu juga dengan kes jurulatih PLKN ajak pelatih2 PLKN perempuan keluar, dating. Nama pun budak2 yang tak matang dalam membuat keputusan. Jauh pula dari ibu bapa. Was2 pula dengan pemikiran sendiri. Tak matang tak cerdik. Mungkin ada yang terpengaruh. Maka langgar undang2. Lepas ajak keluar kena rogol pula. Bukan kah tanggungjawab pelatih adalah untuk menjaga keselamatan budak2 ini? Adakah dengan cara merogol anak2 orang?

Rogol yang disenyapkan. Tanpa ibu bapa risau. Menyesal juga. Rogol yang diwar2kan, sampai ada yang dibebaskan dari hukuman pun jadi masalah juga. Pendek kata pokok permasalahan adalah didalam kem PLKN itu sendiri.

Sudah sepatutnya kerajaan biarkan ibu bapa buat keputusan yang babitkan keselamatan anak2 mereka sendiri. Jika mereka rasa was2 dengan PLKN mereka boleh memohon untuk gugurkan nama anak2 sendiri dari menghadiri kem ini. Pilihan macam neh patut diberikan kepada ibu bapa. Bukan memaksa maksa.

Kedegilan BN [melalui speaker] yang enggan memberikan ruang kepada PAS untuk bawa permasalahan2 ini amat dikesali. Sebab rakyat ada pandangan yang tersendiri. Ketika ditanya dalam satu survey online di laman facebook, mereka memberikan beberapa jawapan kat bawah neh ;

1. Mereka mahu kem PLKN dimahsuhkan terus. Ia tidak memberikan kebaikan kepada anak2 mereka bahkan hanya berperanan mengkayakan kroni. Elaun pun sikit2 aje.

2. Kecualikan perempuan dalam kem PLKN. Mereka risau anak2 mereka menjadi mangsa rogol, cabul dan ganguan seksual yang seterusnya mempengaruhi emosi anak2 mereka.

3. Berikan opsyen kepada ibu bapa samada mahu bersetuju ataupun menolak dengan menghantar anak2 ke kem PLKN. Jangan paksa2 orang pergi. Orang taknak pergi biarkan mereka taknak pergi. Orang nak pergi biarkanla dia pergi. Buat apa paksa2 anak orang dengan sesuka ahti pula?

4. Hentikan kem PLKN sehingga la semua kes2 kematian, rogol, dera dan sebagainya diselesaikan dengan seadilnya. Lepas tue kalau nak sambung balik pastikan semua kelemahan2 diperbaiki sebelum meneruskan kembali program ini.

5. Asingkan kem perempuan dan lelaki. Dalam buat dalam base kem yang sama. Jurulatih perempuan untuk pelatih perempuan. Jurulatih lelaki untuk pelatih lelaki. Jangan satukan mereka. Sekurang2nya kes rogol boleh dielakkan. Kes gangguan oleh jurulatih lelaki terhadap pelatih2 perempuan juga dapat dielakkan.

6. Kawalan keselamatan yang ketat dengan pemasangan CCTV disemua tempat. Mesti ada base yang memerhatikan keadaan menerusi CCTV. Maka kes buli mungkin dapat dikecilkan skopnya.

7. Wujudkan jurulatih kaunseling. Jika mana2 pihak rasa ada masalah kesihatan, masalah kena buli, kena kacau, at least mereka boleh mengadu agar dilepaskan dari masalah yang mereka hadapi. Jurulatih tak semuanya peka. Ada yang macam HARAM buat tatau jek dengan aduan pelatih2 tersebut. 

8. Proses yang ketat dalam pengambilan jurulatih. Jangan main amek aje la. Sampai ada yang mengorat2 anak dara orang dalam kem. Jurulatih bodoh apa macam neh.

9. 1 billion cash. Untuk setiap kematian dan apa saja perkara yang berlaku dalam PLKN yang melibatkan anak2 ini terluka. Tanpa banyak soal tanpa banyak ragam asalkan ia kematian, rogol, kena buli, apa saja berlaku dalam PLKN, kerajaan kena bayar 1billion. Nyawa anak2 bukan 1b. Ia bukan soal duit. Ini soal untuk memastikan kerajaan lebih peka dan ber-ahti2 dalam setiap keputusan mereka. Jika mereka perlu membayar 1billion, maka mereka akan lebih menitikberatkan soal keselamatan anak2 rakyat dalam kem.

Kita bukan mahu bersikap memberontak dengan setiap apa yang kerajaan usulkan kepada rakyat. Jika ia membawa kebaikan kita pasti setuju. Secara asasnya, dasar PLKN itu mempunyai maksud yang baik. Tapi sayangnya ia tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul sehingga menakutkan ibu bapa. Sekurang2nya buatla yang satu ini. Yang paling penting. Berikan ibu bapa dan anak2 ini pilihan samada mereka mahu hadir ataupun sebaliknya. Lepas tue kerajaan sendiri boleh nilai sendiri suara ahti rakyat. Jika ramai yang pergi ternyatalah ramai yang beranggapan program ini tidak perlu ditambahbaik. Jika ramai yang tidak pergi, maka kerajaan perlu faham penolakan ini adalah respon jelas kepada kerajaan bahawa ada sesuatu dalam PLKN yang perlu diubah.

Bai. 

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelatih-pkln-muadzam-shah-mati-dibunuh

http://sisibukit.blogspot.com/2009/10/kes-rogol-pelatih-plkn-kemuka-rayuan.html 

http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/06/19-kematian-21-cacat-kekal-sejak-plkn.html 

http://www.youtube.com/watch?v=_PdBKDq7J4A 

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=396986

http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2005/apr05/bul/bul2692.htm 

http://my.news.yahoo.com/ngo-ujian-kehamilan-plkn-dorong-pengguguran-bayi-041014208.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...