Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kenaikan Harga Gula, Tepung Mungkin Pada 25 Oktober 2013 Ini.


Clue nya dah diberi sejak minggu lepas. Di mana portal bussiness ada update kenyataan dari Menteri Kesihatan.

Wartawan ajukan soalan. Adakah harga gula akan dinaikkan dalam masa terdekat = adakah subsidi gula akan dikurangkan dalam masa terdekat?

Menteri taknak komen. Dia elakkan diri dari menjawab samada ya ataupun tidak. Lalu spekulasi mula tercetus. Kemungkinan besar harga gula akan dinaikkan dalam masa terdekat. Tapi bila? Nah, jawapan mungkin pada 25 Oktober ini beb.

Ini hint yang menteri KPDNDK beb.

Dia cakap bahawa ;

1. Rakyat perlu bersedia dengan kemungkinan besar mengenai harga dua barang iaitu gula dan tepung.

2. Ini selaras dengan rancangan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi supaya subsidi sampai kepada golongan sasaran.

3. Subsidi kepada dua barangan keperluan harian tersebut mungkin akan dikurangkan dalam masa terdekat.

4. Maklumat lanjut berkenaan hal tersebut akan dibentangkan dalam pembentangan bajet 2014 oleh Najib Razak pada 25 Oktober 2013 nanti.

5. Menurut Hasan Malek, langkah2 tersebut perlu dibuat bagi memastikan kepentingan negara di utamakan.

Apa maksudnya neh? Negara hadapi krisis. Jadi kerajaan nak selesaikan krisis tersebut. Kerajaan selesaikan krisis tersebut dengan mencampakkan semua permasalahan kepada rakyat terlebih dahulu untuk diselesaikan. Agak2 boleh diselesaikan, oke cun. Agak2 tak boleh selesaikan baru kita citer bab kroni, macam tue ka?

Untuk rekod, dulu2 menteri pernah sembang kencang. Kita tak boleh la pongpang2 awal pasal kenaikan harga minyak la itu la ini la dan blablablablabla la. Nanti peniaga sorok gula la, itu la ini la. Kan akan mengacau pengguna2 di Malaysia.

Dah tue yang ko beria2 bagi hint neh pasai pa?

Dah sah2 la depa akan mula sorokkan barang.

Aduhai. Aku memahami juga dari sudut kepenggunaan kita mesti tertekan punya. Bagitau awal pun kita kena, bagitau lewat pun kita kena. Yang pasti harga barang kalau dah di umumkan akan naik, maka naik la dia.

Sekarang aku tunggu dulu pengumuman menteri. Gula dan tepung akan naik berapa. Lepas tue bila dah confirm aku nak tunggu pula statement2 bernas, bijak, cerdik dan super mengacam dari penyokong2 BN. Aku percaya setakat suruh bersyukur tue mesti ada la punya.

Kita nantikan sama2.

KAH KAH KAH

Celake. Gelak apaan aku neh. Barang nak naik harga la oi. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/after-petrol-hike-sugar-and-flour-prices-next

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...